Pages

Friday, December 28, 2012

jumaat terakhir..(mengimbau kenangan) hahaa






assalamualaikum :)

selamat pagi !

syukur alhamdullilah nafas ini masih dipinjamkan untuk hari ni. moga dipanjangkan umur kita semua.

hari ni jumaat yang terakhir untuk tahun 2012. mama rasa sangat cepat masa berlalu. hampir genap setahun dah mama berhenti kerja, jadi surirumah sepenuh masa. jaga anak kecik ni ha.

mama letak resignation letter pada 1.11.11 ..tarikh nak cantik je kan..
2 month notice. masa ni nak berhenti kerja konon konon sebab tension sangat dah dgn kerja.memang pun.husband izinkan so apa lagi ye tak..actually kerja mana2 pun sama je kan.ada je pressure.kerja kedai runcit jual sayur pun tension jgk.
mama kerja kat tempat tu 4 tahun. tak la lama mana pun. ni kerja pertama mama lepas abis study kat UPM,serdang.

lepas je mama letak notis berhenti kerja,ada beberapa berita gumbira mama dapat. alhamdullilah. husband dpt kenaikan pangkat. tapi kena pindah..dari seremban ke ipoh(tempat mama sekarang).elok la tu kan mama pun dah resign. erm masa tu juga mama dapat tau mama tengah pregnant.
ohhhh patut la tension sangat2 kat ofis sampai nak berhenti kerja. ada benda dalam perut rupanya.syukur lagi sekali.menangis mama kat klinik masa tau tengah pregnant sbb mama ingatkan perut mama buncit.mama pergi gym,jogging semata mata nak kurus,nak kempis perut. nasib baik sangat2 anak mama dalam perut ni kuat.  hihi Allah swt dah aturkan apa yang terbaik utk umatNya kan.

jadi, januari 2012 mula la kehidupan baru di ipoh. mula tu dah risau sebab husband tak jumpa rumah utk disewa. mama cari kat internet pun tak banyak sangat. lepas tu kebetulan pulak ada sedara duduk ipoh ni. mama pergi rumah dia,tumpang tidur satu malam dan dia bawa jalan jalan sekitar taman rumah mencari umah sewa. alhamdullilah dapat juga akhirnya.

awal nya sangat kekok ok duduk rumah je. mama rasa sangat penat masa baru pindah tu. dengan perut yg makin besar.tapi seronok jugak..dapat tengok arissa 24/7..
semua nya ok sepanjang masa duduk ipoh cuma TRAGEDI 02 MEI yang tak boleh dilupakan. takpe. allah bagi kita gembira, allah bagi kita sedih juga kan. dugaan setiap manusia tu berbeza beza :).

pastu selepas Mei yang sadis tu, datang pula Jun yang sangat bahagia. Mau tak nye..mama bersalin 08 Jun tu. awal sebulan pada due...kelam kabut sekejap kat ipoh..mama cerita kat SINI .

pejam celik pejam celik baby Izz dah nak masuk 7 bulan dah. Next week dah new year? azam tahun baru,macam biasa, carry 4wd mana mana azam tahun baru yang tak terbuat hari tu :D


Selamat hari Jumaat yang terakhir untuk tahun 2012 yea kawan kawan. Semoga esok lebih baik dari hari ini dan semalam.




klik besarkan image 



-mamazoora-

6 peninggalan:

abah khalisha said...

Rezeki ye tak..Alhamdulillah

lia said...

Mmg terasa cpt sgt ms berlalu tahun ni... Kiamat makin dkt kan...

Ratu Hatiku said...

Alhamdulillah...sesungguhnya sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya kan... Allah Maha Mengetahui.. :D

Fiza Rahman said...

Kejap jer masa berlalu kan.

aTieYusof Family said...

Tak terasa bgtu cepat masa berlalu..
semoga thn baru nanti di penuhi dgn kebahagiaan...
Salam Jumaat:)

izan mama mia said...

tahniah..jg anak sendiri,..best apa...cam saya hik..

papa love mama

my lil cute doter

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers