Pages

Wednesday, December 12, 2012

Baby Bullet best ke???

Assalamualaikum sume.

Hehe.

Oktober hari tu mama ada order BENDA NI.
Jadi mama baru dapat hari ni.
Nak jugak tu sampai masa tarikh best 12.12.12 kan :)

Hampir 2 bulan juga tapi takpa tak urgent sangat nak guna(padahal punyalah excited nak guna).
Dah tentu nama pun barang pre-order so memang kena tunggu ETA dia le.
Sesiapa yang beli barang pre-order kat online jangan la marah penjual tu ye.
Sabar banyak banyak. Last week tokey kedai Mum naila bagitau barang dah sampai kat supplier dan dia akan pos barang mama. Berbunga hati...yay macam dapat duit sejuta lak kan ;p

Macam biasa mama menunggu abg pos laju. Sebab selagi tak dapat hasil tangkapan online ni, mama nak keluar beli barang pun dah tak senang hati sebab hari tu poslaju datang hantar barang masa mama pergi Giant. Dah nak kena suruh en.asben pegi amik kat pos laju kat pekan ipoh. Kekadang malas nak suruh sebab kekadang tu jugak dia tak tau mama ni shoping on9!!!hahaaa tak pasal pasal la kantoi kalau suruh dia amik barang kat pos laju.

haishh panjang pulak dah melalut.
dapat dapat je tadi benda pertama mama buat...tangkap gambar la apa lagi  =).


arissa dengan izz excited nak tau apa dia dalam tu.ingatkan mainan diorang la tu. ni mainan mama kat dapur jap gi tau ;p

  ni barang yang mama dapat. lengkap semua nya. timakasih wawa :)
dah buka ni bawak pi sinki pastu basuh bersih bersih before guna yea puan puan.
eheee


dan hari ni mama buat puree carrot untuk izz sebab sepanjang 2 minggu dia makan ni, dia lebih suka carrot dari pear atau epal. maybe sebab carrot ni manis manis kan. pear ngan epal tu masam ckit.pandai ye nak yg sedap je.
mama rebus sikit carrot tu bg lembut dulu pastu baru blend. gunakan air rebusan untuk blend.
kalau mummy2 nak buat puri dalam kuantiti yg sikit, cuma guna short cup ni je. kalau nak buat banyak guna la batchbowl yg besar tu. 

Nak blend beras untuk dijadikan bubur guna milling blade.



tadaaa dah siap dan tersimpan comel lam peti ais. eheee...siap ada tempat date kat setiap bekas ni..jadi tak la mama konpius bila mama buat puri ni..kalau chill boleh tahan 3 hari, kalau frozen boleh tahan 30 hari.
 6 bekas comel ni tak tau boleh habis bila..takde la tiap2 hari nak kena buat kan. izz  makan dengan bubur nasi. 
lagi satu, buku buku panduan yang dia bekalkan tu sangat sangat berguna.

ok kesimpulannya. mama suka baby bullet. best .! memudahkan kerja dan senang untuk mama (semua nak senang je??!haiii)




*tak semestinya kalau takde benda ni kita tak boleh bagi makanan yang terbaik untuk anak anak kan . ia sedikit sebanyak  memudahkan lagi kerja mama yg suka berkungfu kat dapur ni haa. yang paling penting ialah cepat sebab anak mama 2 orang ni tak boleh langsung tinggal lelama kat depan berdua. kejap kang kakak nangis, pastu adik pulak sambung. (dah besar nanti mesti rindu masa masa ni kan )

ok tu je nak share ;)


-mamazoora-



20 peninggalan:

Daddy Ziyyad said...

Bagus, convenient kalau ada gadget macam ni...

Dan amat sesuai utk baby yg sentiasa lapar! hihihi

zoora qushairi said...

betullll...bukan untuk adik je..kakak pun makan puree ni so ok la. hihiihhi

Wan Afzan said...

menarikk!

MaMa CyDa said...

bestnya, order kat mana?

zoora qushairi said...

kak dot. kat mum naila jugak.. :)

puansazusarin said...

Dulu2 terfikir nak ble..last2 nya xbeli jugsk...rugi pulak rse..heee

N i e Z a said...

comelnyer..siap ade bekas utk isi mknan lg..geram plak tgk menda yg comei2 ni..

zoora qushairi said...

huu itu yg mama terpengaruh p beli tu :D

Aisyah Husaini said...

hai mama..baru dapat menjejaki he he. kite follow awak dah : ) cumillsss la baby bullet tu nak geget rasa

Ratu Hatiku said...

Comelnya bekas dia...hehe..
Salam kenal..Tq follow blog saya ya.. :D

Nad @ MamaZN said...

Ooo camtu gunenye..
Comel
Saya penah nmpk kt milkadeal

zulaikha megat said...

salam ziarah..akak pun dah follow..

sekarang ni byk benda untk menyenangkan kerja2 mama...

Hana Soffelia said...

Serius comel baby bullet ni. Hana xbeli apa2 lg persedian for naurah mkn.

yan's cottage said...

salam kenal....
singah dan follow sekali....jom singgah blog yan pula.....

aTieYusof Family said...

Wahh.. best nya.. mesti Izz semangat nak makan ni..hehe:)

aizu's life said...

how much ni?? cam best je.. tetibe minat w/pun xde ank kck.. ekekeke

Anonymous said...

Assalam...sory just nk tanye,,,
Bile u blend gune baby bullet tu kn,senang x ea?
Ad x nk kne tekan2 ke?huhu
Xtaw knape i pnye mcm ssh gile nk blend...
:(

zoora qushairi said...

wslam..

masa first time guna hari tu macam susah sikit nak guna. tapi second time guna dah ok dah..tekan ckit je pastu twist.

cuma kalau blend beras guna milling blade tu je agak susah nak hancur. zura blend beras guna blender kering pensonic biasa je :D.

gina said...

Salam....ni guna elektrik juga ke. .....

zoora qushairi said...

wslm yerp ni guna letrik...nk order boleh ke sini www.facebook.com/ohsembabykids

papa love mama

my lil cute doter

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers