Pages

Tuesday, December 4, 2012

Kamera.

Sejak mama kehilangan Nikon D7000 pada bulan Mei lepas, nak pergi jalan mana-mana rasa tak best sebab tak boleh nak amik gambar cantik cantik. boleh camtu? lalalaa =D

Jadi, haruslah mama dengan papa cari yang baru. Tapi bukan sekarang. Sekarang cuma waktu untuk survey dan target mana yang nak. Macam tu sekali kan..hihii

Kalau ikutkan, encik somi nak beli Nikon D7k tu semula tapi mama tak nak. Fobia dah nak guna.

Mama nak kamera compact je bukan Dslr TAPI..haaa ada tapi tu yang tak best...biasalah kuasa vito terletak di tangan suami. hahaa takde lah. Papa nye nak dslr.katanya alang alang beli compact yg harga ckit lg boleh dpt dslr, baik beli dslr. Entah la..ikut je la.

Mama dengan papa cuma survey Nikon je. Mungkin sebab dari dulu guna Nikon, dan dah selesa dengan Nikon. 

Tapi....baru baru ni..mama jatuh cinta plak dengan camera samsung (dasar cepat terpengaruh!!)

Samsung Galaxy Camera

Pulak dah.... Boleh capture gambo (mestila klu tidak bukan camera) edit2 gambo pastu share terus ke FB/Blog etc..sebab boleh connect guna wi-fi. compact ,comel, senang nak bawak selit masuk dalam diapers bag(sejak jd mummy,diapers bag adalah handbag mama). Tapi tak ley buat call la. kalau boleh memang dasyat ah. cakap talipon kat kamera...hihi ada jakun disitu.


Harga yang ditawarkan RM1899 dan didatangkan bersama sistem operasi Android. Bukan kamera pertama yang menggunakan Android, sebelum ni Nikon pun ada peranti lebih kurang sama. Tapi, Galaxy Camera didatangkan dengan sistem operasi yg terkini, iaitu Android 4.1 Jelly Bean. Skrin bersaiz sebesar 4.8-inci, paparan terbesar di sebarang kamera kompak. Sensor 16.3 megapixel, 21x zoom optikal. Ada kaler putih dengan hitam. Mama pilih putih. hehe berangan jap.

Nikon 1 J2

Ha ni yang mama dok perhati dari hari tu.
Macam biasa kompak, comel, lagi2 boleh tukar lens,gambar pon cantek2 mcm dslr je.
Kamera tanpa cermin (mirrorless) ni, model susulan kepada kamera Nikon 1 J1 yang dilancarkan tahun 2011. Ada banyak kaler, oren,PINK,merah,grey,putih,itam.
Harga pasaran malaysia sekitar RM1650.

i love white ? ..yum yum...best nya kalau dapat....berangan je semua ni sebab en. somi tak suka kamera kecik2..nak yg gedabak..larat plak mama nak bawak p mana mana. kang kalau tinggal kat rumah macam dulu kan hilang lagiiii...tak sanggup dah tau. Serius mama takkan lupa tragedi tu. huh

seterusnya..last yang mama suka. 

Nikon D5200

D5200 merupakan model yang akan gantikan Nikon D5100 yang  ada. Spesifikasi Nikon D5200 ini berada antara spesifikasi Nikon D7000(i miss u d7000) dan Nikon D3200.
Spesifikasi Nikon D5200
Nikon D5200 lengkap dgn  24.1 Megapiksel CMOS sensor, enjin pemprosesan imej EXPEED 3, dan jarak ISO antara 100-6,400 (boleh dipertingkatkan sehingga 25,600).
Di belakang kamera DSLR ni ada skrin LCD  3 inci yang boleh dipusing pada sudut tertentu dan amat membantu untuk merakam portrait sendiri(sesuai sangat)
Ada fungsi D-Movie dan kita boleh rakam video full HD 1920×1080 pada kadar 50i/60i.
Ada tiga warna , hitam, bronze(gangsa) dgn merah makngah :p


                                 
Mungkin en. suami akan ok dengan yang ini. Harga murah sikit dari D7000.

Nikon D5200 akan dijual dipasaran Eropah pada harga £720 (sekitar RM3,520 ) untuk badan sahaja atau £820 (RM4,010 )bersama-sama dengan lensa kit (kit lense) 18-55mm VR. 

Yang mana 1 ?? Entah....tak tahu lagi. Survey dan survey lagi.. ;)







9 peninggalan:

Hana Soffelia said...

Hana pun berangan nak beli kamera dslr tp suami ckp larat ke usung ke sana ke mari. g opis pun nk bwk kamera. xpuas hati snap gambar dgn kamera hp je. kalo canon yg yuna pakai tu ok x? nanti leh la ajar hana guna dslr ye. hehe

zoora qushairi said...

hehe kan hana kan. dslr best..cuma besar ckit la nak usung. nak2 klu dah ada anak anak ni.

canon yuna guna tu pon ok sangat utk beginner macam kita. ti kita blaja sama sama ye :)

lia said...

sy pakai hp camera jer... sbb plng mudah biler da beranak ni ha3

zoora qushairi said...

henpon camera gak senang tp tu la henpon zura takde camera..oldskool punya..hihii :)

mama_saly said...

salam kenal..

sy paling suka yg cmpact jew senang dibawa mana2 n comel..hehe..
dan sy paling suka yg jenama Nikon tu..bg sy kualiti gmbar dia cantik jg..!

zoora qushairi said...

salam kenal :).
ikut hati mmg nak je yg compact.tp kena ikut hubby jugak kan..hihi
nikon tu mmg best..hmmm

Cik Aish said...

nikon V1 best!!! sekarang dah murah da...!

Mimie Najib said...

baru dalam cadangan nak beli nikon..tp beli yng biasa je..sebab baru first time nak guna..heheee..

zoora qushairi said...

yg biasa pon dah cukup ok dah mimie.. :). nikon best.senang nak paham.

papa love mama

my lil cute doter

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers