Pages

Tuesday, December 11, 2012

kerja pertama selepas SPM

selamat pagi.

mulakan hari anda dengan senyuman :)

mama dengar Era.fm. Siapa dengar angkat tangan!!!
haa topik dia kerja pertama selepas SPM.
macam macam cerita kita dengar kan.

tiba tiba mama teringat kerja pertama mama selepas SPM.
SPM mama tahun 2003. so start kerja 2004.
tau tak mama buat apa? hehee...
berbekal kan seluar hitam,kasut hitam,baju putih...mama kerja kat Hotel Royal Adelphi Seremban yang mana nama baru dia sekarang Royale Bintang. Lagi glamerrr . hehe mama dengar selepas je mama berenti kerja royal tu, mereka tukar management baru..ada la tu sebab sebab tertentu nya kan.bukan sebab mama benti ye.hahaaa

macam mana pulak mama dapat kerja situ??
ok..mama ikut kawan mama nama dia ayie. terima kasih ayie, tak pernah ku lupa jasa mu dulu . ehee :)

sampai je kat tempat punch card tu kena bagi IC kat guard dulu tukar dengan pass kerja  sebelum masuk hotel. dah masuk hotel, diorang bagi baju uniform..ingat lagi..ala ala 'kot' ..kaler kelabu nak biru..hihi.. ada corak corak sikit. masa tu mama tak pakai tudung...rambut pendek gile macam lelaki. macam tomboi dah. dengan kasar nya(tak sangka aku dah beranak dua!!muahahaaa)

kerja mama masa tu ermmm...set up table dalam ballroom untuk event yang ada. first day tu mama lap segala cutlery yg ada. pastu lap cawan yg orang hotel panggil goblet nia haa.



goblet.bukan goblok ok.

lenguh jugak la tangan waktu tu. tapi best cepat dapat ramai kawan. mama kan peramah..muahahahaaa..memula nak start kerja tu punya lah malu . berdebar debar jantung mama. maklumlah pestime keluar kerja. mama jenis tak boleh duduk rumah. biar la kerja apa pun, mama nak gak kerja. 

haa gaji kalau tak silap sejam rm3 kot..ke rm4 tah..tak ingat..gaji pula diberi setiap hari khamis petang..setiap minggu..haaaa masa ni memang best..beratur ramai ramai kat tempat pak guard tu ada akak muka garang dengan cash box dan kertas. pergi kat dia, dia dah siap kira total gaji kita seminggu berapa. mama dulu boleh kata tiap tiap hari kerja. sehari dalam 12 jam..paling cepat ada yang 5 jam je. suka hati la kan..kata part time. tiap tiap minggu dapat duit tu punya la seronok..duit sendiri kan. walaupun sikit tapi bg budak budak banyak tu.lebih seratus.budak budak kan...duit beli topap..duit tengok wayang..beli baju..hihi.

mama ingat event yg terbesar dalam waktu tu ialah Chit Chat Azwan Ali..alaaa program dia yg selalu kua astro ria dulu tu. masa ni memang kerja bersungguh sungguh.lebih 12 jam kerja sebab nak make sure sume dapat siap. malam nye tu memang penuh la artis..mama  jaga table sharifah shahira, laki dia ijoy,lagi tak ingat siapa.terlampau ramai.

urmmm terlalu banyak kenangan manis yang nak diceritakan waktu kerja masa ni.tapi takpelah.mama simpan elok elok dalam hati je. 

kenapa mama berhenti?

mesti la..sampai bila pulak kan nak kerja situ. hehe..masa tu bulan jun,2004..mama tengah gosok seluar nak pi hotel ni..pastu dapat call dari UPM,serdang..mama ditawarkan belajar kat situ..uwahhhh sewonok nyess..terus tak jadi p hotel...sebenarnya surat tawaran dah lama sampai..tapi bukan sampai kat rumah mama..sampai kat ofis unty mama. unty pula beberapa minggu outstation di sabah untuk kejohanan sukan dia. thats why la UPM call rumah bagitau awak ni kena register secepat mungkin sebab orang lain dah nak habis orientasi masa tu. 

Mama terus packing baju untuk masuk U, dan petang tu jugak mama pegi sensorang naik komuter. hahaaa berdikari gila. orang lain mak bapak hantar. takpe...lagi pun mama start naik komuter dari Seremban ke Serdang sorang-sorang masa mama darjah 6 lagi (boleh pulak mak bapak lepas kan.hahaaa). 

Kenapa naik komuter sorang sorang darjah 6 tu???
Unty mama tinggal kat serdang. Mama sangat rapat dgn dia.setiap kali cuti sekolah unty akan jemput kat seremban bawa pergi rumah dia. so bila dah ada komuter, mama dengan kakak mama selalu la gi sana. ada satu hari tu kakak mama tak nak pergi, so dia hantar mama kat komuter tu pastu dia tengok mama naik dan dia pesan jangan turun mana mana. turun kat serdang je. alaa lagipun komuter kan straight je. turun turun serdang masa tu unty dah siap tunggu dah kat situ. senang kan...wei dah terkeluar tajuk...takpe lah ek :p

So apa yang korang buat selepas habis sekolah? kerja kah? duduk rumah sampai dapat tawaran belajar? ke terus kahwin??? best jugak sebenarnya kahwin awal lepas spm kan? tau2 anak dah besar dah sekarang..hihihiiii



-mamazoora-


12 peninggalan:

aTieYusof Family said...

hihihi...lucu klu di ingat2 kan..
Akak dulu2 lepas SPM 1996 kerja kt Kedai Emas.. tolong2 tauke cina tu jual emas... kejap je keja pastu sambung STPM..:)

zoora qushairi said...

hehe kan. tapi seronok la. wahh tokey emas kenal akak lg tak? boleh dpt diskaun tu :p

NM03 said...

kite keje metrojaya, lenguh kaki kite bediri setengah hari wak...

mama aini said...

assalam..ehem byk kenangan masa lepas SPM kan.. kalau diingatkan mesti ketawa sorang..mama masa tunggu SPM kerja kat office kilang..dpt kerja kat office tu pun boss kilang tu kawan atuk mama..ha2x..thanks sudi singgah.. ;)

zoora qushairi said...

NM03 : memang lenguh2 kaki kan. balik rumah zura terbongkang tido.penat.

mama aini : hahaaa memang kelakar bila ingt tp kenangan yg x boleh dibeli mana mana tu kan :D

Daddy Ziyyad said...

Salam perkenalan :)
Ohhh..muda lagi mama ni...SPM 2003..Saya SPM tahun 1995..hihihi..

Saya dulu lepas SPM, mak ayah saya tak kasi kerja..So melepak la saya kat rumah 3-4 bulan kot, sebelum masuk U...hihihih

Memang daring tu naik komuter Sban- Serdang masa mama darjah6! haha

zoora qushairi said...

ohhh 1995 mama ni baru 9 tahun sibuk main kejar kejar lg.
hehe bagus abg ni dgr kata. zura ayah tak bagi tp nak jugak p kerja tu :p
haha naik komuter drjh 6 sebab nak ikut unty tgk sukan komanwel kt bukit jalil waktu tu ;)

Mimie Najib said...

erm, pnggil akk blh ke ni??
memang best kerja lepas dah hbis sekolah..pastu dapat duit gji..rasa macam hilang penat lelah bila tgk duit tu.. sy dulu pas hbis spm ambil sjil kmputer,hbis tu lesen kete moto.. xdan hbis dah masuk form 6. pas hbis form 6 baru keje..tmpat kje sekarang ni start dari thun 2008..tp pernah tukar kje lg.. :)

zoora qushairi said...

hehe boleh je mimi ;).
wah bagus lah x penah tukar kerja lg yea..sama la ngan akak pas hbs blaja kerja 1 tempat je..pastu skrg dh benti kerja dh ikut asben ;p

QasehnyaRania said...

mmg berdikari sangat..
tahniah :D

tp mmg berani la kan..kalau skrg ni sriau juga kan..mcam2 hal berlaku..
zaman dulu kurang masalahnya :D

zoora qushairi said...

haa itu la berani.main redah je...hihihii so sampai besar pergi mana mana kalau sensorang pon x kesah ;p

Wan Afzan said...

keje pertama adalah mase praktikal. :)

papa love mama

my lil cute doter

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers