Pages

Wednesday, March 19, 2014

kalut.

Hari ni jadual sangat2 padat........!

Pagi anta arissa,anta husband,pergi poslaju,pergi Airpak courier.
Balik rumah kul 10am,tido kan izz,balut barang2,isi form,izz nangis,tidokan dia balik,sambung balut barang.
kul 12 jemput arissa,pergi kangaroo courier,pusing2 cari rumah sewa(nanti cite kat entry lain) balik rumah masak nasik/lauk kenyangkan anak2,kemas2 rumah,vacuum tgk jam dah 4.30ptg!
bergegas mandikan anak2,jemput husband,teman husband main badminton,pergi poslaju second round..
tapau dinner,makan,anak2 sepahkan meja balik.kemas,sapu,kutip baju kat luar,masuk bilik baju banyak x lipat, tgk sinki owhhh noo dah penuh balik!!arghhhh sambung esok......
Now tengok jam .. 22.42pm....
Zzzzzz....good nite.!

Monday, March 3, 2014

samsung galaxy tab 3 10.1

Hai.
:)
Bulan 12 yang lepas kan ada beli tab 3 samsung,awal guna tu ok je tapi selepss beberapa minggu , dia mula buat hal. Kalau dah setahun tu boleh terima lagi kan.

Masalah tab 3 :
●masuk charger tak detect. Kena restart device baru boleh cas. Ingat kan normal.
●cas tapi percentage bateri tak naik..20% je walaupun dah 2jam cas. Cabut charger dan on semula, tak sampai 15minit dah mencanak 100% pula.
● guna beberapa minit, mendadak turun dari 100% jadi 20%...pastu padammmmm... ohhh stress gila.

Pergi service center, selepas 11 hari baru siap. Depa tukar port utk charge tu..balik rumah excited la nak guna..cuba cas, sama gak masalah dia..tak settle pun. Esok tu hantar lagi sekali dan selepas 7 hari dapat semula..kali ni depa kata tukar motherboard..ok takpa tukarlah..harap2 ok.

Balik rumah cuba lagi guna dua hari...wahh kali ni lagi teruk..siap auto off tak buleh on. Menyirap pulak darah kite...

Dengan gigih nya pergi hantar buat kali ke 3...waktu bercakap dengan customer service tu aku dah rasa nak lepaskan marah je kat situ tapi fikir balik..tak guna pon..buat sakit je nanti..aku cuma kata "macamana ni.kali ke 3 dah ni".

Sampai aku tawar hati dah d3ngan tab ni ..siap masukkan iklan kat mudah.my nak jual..ramai gak yang sms n whatsapp nak beli...huhuu ampunn yea...tak jadi jual...takot kang korang guna tak sampai 2 hari dah rosak,mati la den kena cop jadi scammer jual barang rosak...kennn?

Ok lepas kali 3 masuk service center, dalam 5 hari siap, aku gi collect, depa tukar motherboard buat kali ke 2! Huh. Tukar lagi...masuk lam kereta terus on, tengok bateri ada 70%..aku guna ,guna guna guna sampai 20%...lama juga tahan .. bila dah kua signal "please connect your charger", aku pon connect dan cas macam biasa..dalam 4 jam dah full 100%..yeayyy dah ok alhamdullilah. Tapi tak puas hati lagi..aku guna lagi nak tengok bateri dia drop lagi atau tidak..jawapan nya tidak..guna 8 jam bateri ada lagi...

minggu lepas cas petang jumaat, ahad malam tadi baru cas balik..lama kan tahan..heavy use juga..jika dibandingkan, sekarang lagi tahan lama dari beli bulan 12 dulu..entah2 waktu baru beli tu dah memang problem kan? Hmm takpalah. Itu semua rezeki kan? Dapat yang tak elok pon rezeki...ni harap2 tab ni tak rosak lagi la buat masa terdekat ni..
Hari tu tanya kedai, kalau trade in depa ambil rm700 .uwaa half price..tak yah la trade in ka juai ka...guna ja la kan ^_^.

yang nak beli tu fikir bebaik ye..hehe..

chow sin chi...




Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers