Pages

Thursday, December 22, 2011

Perak will be my . . . . . ?

hehe .

selepas beberapa tahun en.hubby menunggu,akhirnya baru dapat jawapan. alhamdullilah mungkin ini rezki anak2 .... dengan mama sekali. ngeeee tak malu +_+.
last friday masa bercuti kat kampung kedah, dia dapat call dari office. terkejut jugak tiba2 dengar dia menjerit...hish apsal pulak la ni...ok lepas tu dia kata, "cheq naik pangkat dpt transfer perak." Ohhh syukur alhamdullilah. Nasib baik perak, dekat nak ke kedah,dekat jugak nak ke negri sembilan...sebelum ni, aku dah berangan2 dah yg dia dapat pindah johor. bukan apa, sebab kawan2 baik ada dua org kat JB! Takde rezki la nak duk ngan diorg :). Xpe...lepas ni aku dah kena berdikari sepenuhnya. First time duduk jauh sikit dari family, dan...first time jugak aku menjadi surirumah sepenuh masa. harap semuanya akan dipermudahkan...amin ~
Ok lepas ni jom kite explore PERAK pulak !!
dah nak balikkkk rumah...!daaaa


-mamazoora-

Wednesday, November 9, 2011

heh encik hubby :)

Tetiba teringat pasal ni :)

Macamana kita nak ajar anak kecil tidur asing dari parent dia? Sekarang ni anakku sayang baru 2 tahun :). Awal sangat ke nak asing kan dia tidur tempat lain. Sebab arissa ni jenis yang kalau dah lelap kul 9.00 malam, sampai pagi kul 6.00pagi baru terjaga. Dia tak jaga tengah malam minta susu. hehe...so malam tadi kita saja la nak letak dia asing.saja nak try..nak tengok boleh tak tido tanpa papa n mama. Ok lepas tidur kan arissa...kita pon tinggalkan dia ,dan siap2 nak tidur sebab arissa dah lena nyenyak...Tapi kan tetiba terasa something weird....kita tengok papa dia amik selimut n bantal...kita pun tanya la "ehh yang..nak pegi mana ni???" pastu papa jwb " nak tido dengan arissa...kesian dia"..............~ hurmmm nak tak nak...angkat la balik si arissa tido kat celah ketiak dia.....sabar jer la. bukan anak yg meragam...papa plak! grrrrrr +_+


love u sayang :)




-mamarissa-

astro bYond

ok.

last week dapat call from telemarketeer Astro. Diorang offer untuk change/upgrade dekoder yg sedia ada kepada Byond. 1st soalan yg kena tnya kat astro ni.....charges macamana? kang x pasal2 naik ke 300/month. tercekik nak bayar....hehe . Ok no charges at all asalkan korang pulang balik dekoder lama,remote control, n dish/piring besar....kalau korang nak simpan yg lama2 tu kena byr rm100....mcm pakej lama ada Mustika,Movie,Variety,Sport,Disc Channel....tapi bila tukar pada byond..kitorg dapat lagi bnyk channel pada harga yg selalu kitorg byr evrymonth iaitu Rm125 . . dah ada ABO,Cartoon for my arissa dll. Best jugak...gambar pon cantik skit pada biasa sbb tV kitorg cuma Haier Plasma32". Ingat kan tak ley pasang sbb bukan full HD....kalau nak lagi cantik kena la upgrade TV plak....Nak2 kalau dpt Samsung LCD 3D Full HD tu...haaa amik..sume DDDDD....hehe berangan sudah.

K lah so kalau ada sesapa terima call dr astro offer utk byond ni amik jer la...x rugi pon. x kena bayar....service pon cepat jer... :)..*tapi kalau hujan, awan mendung kelabu still "service not available"*. huh!!



mamarissa

Tuesday, October 25, 2011

: pengakhiran sesuatu permulaan :

aku perlu lakukan ini.!
tak semestinya perkara yang bakal aku akhiri ni akan terus berakhir macam tu saja. 
mungkin ada sesuatu yang baru sedang menunggu aku. hmmm tak siapa tau :). 
kadang2 aku takut untuk teruskan tapi bila fikir, fikir dan fikir......I HAVE TO !! 
apa2 pon yang perlu aku tanam dalam diri sekarang :


-peduli kan orang yang memandang sinis pada kita (anggap itu cabaran)
-jangan sekali-kali aku give-up (mudah-mudahan)
-usaha sehabis mungkin
-berdoa pada yang MAHA BERKUASA YA RABB
-dan bertawakkal.







::mamarissa::

Saturday, September 24, 2011

MAA Takaful .

a.ha.. sebenarnya dari arissa lahir lagi dah terfikir nak amik edu. plan tuk dia..tp asyik tangguh sebab x kenal mana consultant. pastu x reti nak pilh mana satu yg ok..Prudential,takaful ikhlas,etiqa,maa...banyak bebenar. Last2 hari ni aku register kan arissa under Educational Plan MAA Takaful. Kebetulan semalam p beraya kat rumah makcik,pastu anak dia yg bekerja sebagai cikgu tu rupanya consultant utk MAA takaful ni. Lepas dia explain semua,dan aku pon dah pikir habis2an, aku pon setuju. hehe...Untuk tahun ni aku amik yg paling minimun sebanyak Rm50 sahaja. Rm50 ni takde Medical Card..Aku plan, next year Januari baru nak start yg Plan Rm150(termasuk medical card). Yang best nya tentang MAA Takaful ni, kita boleh keluarkan duit dengan syarat kena tinggalkan rm1000 dlm akaun. Dalam erti kata lain, kita boleh amik 80% daripada jumlah simpanan yg kita ada..Lepas tu kalau dah ada medical card, misal kata anak kita terkena apa2/kena warded secara tiba2(tapi minta dijauhkan anak ku dari sebarang perkara tak diingini), cuma hulurkan medical card tu je.Ini salah satu langkah berjaga2.Ok lepas tu tak payah keluar ape2 duit kecuali KPJ,kena byr deposit rm200,masa discharge dipulangkan semula. Kalau warded, setiap hari tu akan dapat elaun harian.Depends pada pakej yg kita amik. Benda ni penting utk masa depan anak kita. Kalau parent kaya raya takpe la tak payah risau. Untuk yg mcm aku, ni la cara nak tolong masa depan arissa. Taknak dia pinjam PTPTN dah mcm aku!Jenuh nak bayor.  Huhu..Itu la cerita dia... :). Sekian......Mekasih.


-mamarissa-

Wednesday, August 24, 2011

saya ada kawan baik :)

illy maisara & norazura
saja. nak cerita pasal budak tomel sebelah kite tu . hehe.
ni kita panggil ayong. kenal dia since 2002 masa tu form 4. dan form 5 jugak. tapi masa tu kitorg tak serapat hari ni. sombong .hihi. memasing ada kawan baik sendiri kan. biasala bebudak. Pastu klu x silap masa thun 2004 or 2005, aku terserempak ngan dia kat kedai buku. Since dari tu, bermula lah persahabatan yg betul2 sampai sekarang.
Kita selalu lepak sesama, buat benda baru sesama.kita hijau, dia hijau.. ngeee :D. takkan lupa pada warna hijau merak tu kan ayong. Pastu memalam lepak Azhar Maju senawang. Gossiping. Yes. I like...! dan rindu benda tu...
Semua nya tak lama sebab kita dah ada tanggungjawab lain. Dah kawin, dah ada anak. Tapi masih ada jugak peluang utk keluar sesama dgn dak ayong ni. terima kasih encik suami sebab bagi chance/izin kat kita kua memalam dgn girlfren kita.
Hmm tak lama lagi .... ayong akan menjalani perkara yang sama dgn apa yg kita buat sekarang. Dia nak kawin dah bulan Oktober nanti :). Mesti cantik kan dia masa tu. hihi. kita plak yg tak sabar nak tgk muka ayong blushing. haa pipi dia ni kan kalau tgh malu je pasti merah pink. comel yo. Ayong nanti jgn nangis tau masa kena tinggal kat Sg. Buloh. hakhakkk :p.

Ok cukup utk hari ni. akan ada next entri utk ayong.......! Blueekkk!





-mamazoora-

Monday, August 22, 2011

7 days to go.

dah nak raya dah..? tp mood utk raya tak berapa nak ada. tahun ni. kite beraya dgn penuh kesederhanaan. preparation x mcm last year. barang arissa pon beli apa yang patut jer. kenapa kejap sangat puasa tahun ni yea...walaupon 30 hari sama macam tahun2 sebelum ni tapi..aku rasa sgt sekejap dan tak puas.kalau waktu kecik dulu 30 hari rasa bagai berbulan2..pastu tak sabar2 nak raya...main bunga api, mercun...Ohhh ok. dah dapat jawapan....the answer is....aku dah makin tua.!telah dimamah usia :). hehe..





* terima kasih YA ALLAH kerana masih memberi aku peluang utk bernafas hari ini...dan peluang utk aku menginsafi diri yg hina ini*




-mamazoora-

Friday, August 12, 2011

keras kepala.

siapa? aku ?
mesti la keras. kalau tak , sekali org pijak dah hancur =) .
Kan?
hehe. yerp ada org kata aku keras kepala n degil . jadi apa?? dah benda tu tak boleh ,
tak betul, tak kan nak buat.
kalau aku kata tak mahu, tak mahu la. sila jangan paksa. klu buat pon benda tu akan jadi sambil lewa.
dan...kalau aku kata aku nak, aku nak la.....*haaa yg ni sgt bahaya bila pegi shopping* 
ngeh ngeh.





dah la.
boring. . . !

Thursday, August 11, 2011

sambal gila :)

ho yeah. 
hari ni dah 11 hari puasa. 
bila puasa je macam2 benda kite rasa nak makan kan.
sepatutnya bulan puasa kite berjimat cermat dalam segala hal.
tapi....tekak kita ni macam2 nak makan..so ke bazaar la jawabnyer.
hehe tapi semalam...terasa nak masak sendiri kat rumah lepas balik kerja.
menu sangat simple.
tapi buat aku bertambah sebab semalam buat "sambal gila". sedapppp...
Mula2 dengar nama sambal ni dah pelik dah. sambal apa ni?? Pastu tnya la member opiz tu. Rupanya2 sambal gila equal tO tempoyak goreng + ikan bilis+cili api. 
Memang  best. Senang sgt nak buat. Blend bwg kecik,bwg putih, cili api, tumis kan benda blend tu pastu masuk kan tempoyak, agak2 dah kering ckit masukkan ikan bilis yg telah digoreng..nak sodap laie tambah potai.

image from google 



Hari ni jom masak.!!





mamarissa :)


Wednesday, August 10, 2011

.tiada title.

bila dah terkena ...baru tau erti itu. kaku diam seribu bahasa. what goes around,comes around. tak boleh nak lari mana dah. bongkak lah. dan terus bongkak. bangga dengan apa yang ada. ia tak kemana kalau jiwa meronta sakit.

jgn pula ada yg terasa. ini cuma tulisan aku. dan aku suka.


mari menyanyi..!
lalalalaaaa . . . .

(",)

Monday, June 6, 2011

:: kata kata manis ::

Terharu rasanya hati bila orang yang jarang cakap benda2 manis kat kite tiba2 cakap benda tu :). Thanks dear. Walaupon ia sekelumit cuma tapi tetap aku hargai . Because i know u really mean it ! ngeh2. *seronok jugak melayan perasaan nih*


sayasayangsuamisaya

-mamarissa-

Friday, June 3, 2011

: M I M P I :

Dua tiga hari ni tidur aku selalu didatangi mimpi2 pelik. Tak tau apa maksud nya. atau itu cuma mainan tidur. Tapi mimpi yang paling aku rasa macam real, aku mimpi kan husband aku yang akan di transfer dari negeri ini ke tempat lain.....Dalam mimpi tu aku menangis semahunya sebab aku rindukan sang suami. Dan, yang paling best....aku mimpikan dia dihantar bertugas ke BALI , INDONESIA. Aku siap tanya, ada ke DOSH dekat BALI?? Lepas tu, masa tunggu hubby balik dari BALI,dekat airport dia terus hug aku....masa tu memang air mata jatuh berguguran lah hai. Pastu...........dah sedar. Dan bila sedar, pipi dan bantal aku dah dibasahi air mata. Bangun tido mata bengkak. Apakah maksud mimpi macam ni?? hmmmmm...



*dalam hati berkata : jangan lah sang suami  di pindahkan jauh dari aku*kesian kat arissa nanti rindu papa dia . yay :p


-mamarissa-

Thursday, June 2, 2011

: satay & nasi impit punya hal :

Semalam. 01 jun 2011 . Tekak terasa mau makan satay hj. samuri. Jadi. lepas hantar sang suami main futsal jam 6.30ptg, aku terus memandu menuju destinasi.
Okeh. dari dalam kereta dah bajet dah...harga secucuk satay ialah RM0.60 (daging@ayam). so nak beli 30cucuk. RM0.60 x 30 = RM18.00. Dalam hati berkata, Yes cukup untuk beli nasi impit.hehe
Sampai je kedai satay, terus Q. Ramai jugak orang  yg nak makan satay petang semalam :p.
Masa Q, mata memerhati menu serta harga nya sekali. Betul RM0.60 secucuk dan harga nasi impit cuma RM0.50 disitu. Setelah berkira2, aku pon order : Kak..bagi sy satay ayam 20 cucuk, daging 10 cucuk, nasi impit 2! Tetiba kat mesin cashier tu appear amount yang lain . Kalau ikutkan totalnya RM19 termasuk nasi impit berharga RM0.50 yang aku beli dua tu. Tapi jadi RM25.00 . . . . ..
Alaaaaaaa kenapa boleh sampai RM25.00 plak ni. Masa tu aku cuma ada RM23.00 tepat. Lagi RM2.00 mana nak carik ni!!!!Cashier tu kata, ehh dik ni baru RM23.00. EEuuwwww  muka dah merah padam kot. Dengan rilex nya aku kata, ohh kejap saya amik duit dalam keta..padahal dalam  keta pon xde.Nak pegi bank jauh tu. Tiba2 teringat ofis kakakku yang berhampiran dgn kedai tu. Aku terus pegi ofis dia, fuhh nasib baek dia belum balik. Dapat jugak RM2.00 yang berbentuk syiling rm0.10 dan rm0.20. Terima Kasih kakakku.

Lepas tgk resit, harga nasi impit bukan seperti yg tertera di signage tu.
Harga sebenar RM2.80 SATU! TUAN KEDAI  TOLONG PERGI UPDATE HARGA KAT PAPAN TANDA MENU TU.

Moral of the story : Lepas ni pergi mana2 aku akan pastikan duit ada extra dalam wallet.



-mamarissa-

: frozen :

frozen?makanan beku .? bukan. actually, pagi2 dtg office check email....email first sekali yg sgt menarik. Sepanjang empat tahun aku bekerja kat sini. Baru first time dpt email seperti ini. Terima Kasih la ye. Tajuk dia ..Freezing of all Replacement Leave and Annual Leave in TITIKCOSMO .  Cuti dibekukan!


Benda pertama yang terus aku ingat, 24,25&26 June 2011. My holiday. Bilik dah booking, sume dah set. so camana? takkan nak biarkan je.rugi la makcik...walaupon ia ditanggung sepenuhnya oleh kakakku. hehe. Baru je ingat nak apply leave next week,dah dapat email cenggini plak. Ish x kira la. nak pegi jgk. Unpaid pon unpaid la. Tiada apa yang lebih bermakna selain percutian bersama family. cewaahh :).



-mamarissa-

Tuesday, May 24, 2011

s.t.r.e.s.s

arrrggHhhhhh! benci la rasa macam ni. minggu ni adalah silent week & stress week ! apsal ntah. so tengah hari ni aku perlukan therapy.
Otak aku dah terbeban dengan macam2 benda.
Kadang2 tak mampu nak uruskan semua.
Rasa down, give up....tapi bila tengok arissa tu,baru aku bersemangat utk teruskan hidup.
Ish!!! rasa nak menjerit jer! *menjerit nnti terkejut plak si maziah ni kang. hihi

dah la. kembali ke hidup yang normal.
kerja dan kerja . sampai bila ? tiada jawaban ~


-mamarissa-

Saturday, May 21, 2011

tak semua.

apa yang tak semua?

tak semua...apa yang kite nak akan kite dapat.
tak semua...apa yang kite rancang, berjalan perfect seperti rancangan itu.
tak semua...orang yang tersenyum itu,gembira didalam hati nya.
tak semua...orang yang baik itu ikhlas.
tak semua...orang yang jahat itu busuk hatinya.

tak semua . . . . ? macam2 lagi kan.

jadi . . .biarkan mereka. . .pedulik kan diri sendiri sahaja :).



-mamarissa-
   +_+

Wednesday, May 18, 2011

gambar itu adalah satu rasa :)

                                                           kedah yang sangat sejahtera

                                                                             alien ku.

                                                                        si dia yang kacak

                                                                 ..dan pandai bergaya

                                                                             tenang

Tuesday, May 10, 2011

tok.

semalam 09 mei 2011 , anak kite si arissa dah pandai cakap "tok". Terperanjat mula2 dengar dia sebut 'tOk'...
suke la mak tok dia kat kedah nanti. weekend ni kite habiskan masa kat kedah pulak yea cayang :).

dah tu jer! :)

mamarissa !

Monday, May 2, 2011

kehidupan di hari Monday

Oh best juga kan bercuti hari Isnin nih.

Puteriku si Arissa baru je tidur. Papa nye layan x-box. Mama nye ni tengah beronline.
Kalau dulu bila kite online jer mesti untuk download lagu banyak-banyak,tengok movie kat youtube, donlod itu ini....Dan sekarang. Bila online jer terus pergi http://www.myresipi.com :) . Maklumlah kite tak terror masak macam orang lain. So ini la caranya...blaja blaja dan blaja.Dulu masa nak kawen benda paling risau ialah....MASAK!! Ketar lutut jugak la masa tu. Padan muka diri sendiri. Masa bujang asyik berjalan tak penah lekat kat rumah...huhu. kenangan masa dulu. betul la..masa itu telah mendewasakan kita.

Dah la. Jom. Lets masak-masak !


mamarissa :)

Sunday, May 1, 2011

01 Mei 2011

Selamat hari buruh kepada sume2 pekerja.
Hari ni hari buruh @ hari pekerja so....boleh tak kite nak cuti dari buat kerja rumah untuk hari ni..??Nak masak...tapi baru balik dari umah kenduri...Nak kemas...dah kemas dah semalam. Hah hari ni nak rehat luruskan pinggang jer lah.Layan HBO best jgk ni. Malam ni McDonald je...*tapi kena pujuk my mr.snuggle bunny dulu.*  +_+
Ish Ish...hape la kan. Ala...sehari jer :p.

-
-
-
-
-
Sepasang lagi kekasih yang telah ada ikatan sah..alhamdullilah. Ni pengantin di Kg Solok Duku Masjid Tanah. (officemate hubby)
                                                                  -mereka yang manis-
mamarissa
selamatharipekerja :)

Saturday, April 30, 2011

bila gaji lewat . . .

kita rasa nak menyumpah. dan rasa menyampah. Ye la. Orang lain dah dapat 25-26hb ...kite..3hari bulan yang depannya baru dapat. Dalam wallet dah paras2 idung dah . Tapi takpela at least dia bagi jugak tarikh nye...dari takde langsung kan...pastu org dh hbs gaji, kite bnyk lg....haaa*ayat sedapkan ati .
dah ler besok labour day. Baru ingat nak celebrate....apakan daya...tak pat bergonjeng,masing2 tertonggeng la kat rumah..
Oh yer besok ada jemputan kenduri. Kg Solok Duku masjid tanah ~kan kalau gaji dh masuk bley teruskan perjalanan ke DP. heh berangan lagik. Xpe2 tak payah shopping skrg. Kite tunggu pre-sale SOGO!     

                   


mamarissa :)

Thursday, April 28, 2011

One year and a half .

Dear Arissa ,

You're 1 year and a half.....and you're papa look alike now.
And you love cat and bird!You're so excited when you saw maklang's cat,Puteh and also a singing bird in the birdhouse.
Every morning, you will jump into your jogger and ask your atok to push it around.
Atok say's that your new hair cut looks good on you.ErrrggHhh! I was trembling when I cut your hair. You're moving around here and there!Thanx ALLAH you have a cute n beautiful face. No matter how the hair is messed up, you still look great.. !

You’re still awake at 9pm.Well, these days, you’re sleeping at 10pm or 11pm.. You also tend to sleep late in the afternoon at around 2p.m. or 3p.m. You find it hard to sleep with Mama so I let your papa lull you to sleep. With Mama, you always think of playing or with Mama X5 phone, watching cartoon on youtube, or book-reading so, sleeping is secondary to you, unless your eyes become so droopy.

Your singing always make me smile....even it just "na na naaaa..n lalalaaa".Your inspired me when i felt like giving up on everything.You are my sunshine in the storm~
Sometimes I think I know u better than myself...I know the way your hair naturally fall..
I know the way your eyes sparkle with your smile..
I usually know what you’re saying, even if no one else does..
You are my notty gurl. but mama sayang kamOo,.remember that..
You are one year and a half but....sometimes when I look at you, especially when you’re sleeping,  I still see my little newborn baby..fresh from oven ~ Please...don't grow up too fast .hehe..

I love u my little honey .



mamarissa.
28042011
venue : pe-ja-bat!
masa : rehat !

Monday, April 18, 2011

comot badmood !

budak comot ni penyeri idup gue . tanpa dia mesti jadi tak keruan.

pejam celik pejam celik kejap dah besar kan minah ni.

ingat losyen ke sayang..?

mama!!!!adik dah bosan dengan sume nih!!!!

.......20 tahun lagi apa yg saya akan jadi........?

mama selalu doa kamu jadi manusia yang berguna.kalau mama dah takde, jaga diri sebaik mungkin. cepat pandai baca yer sayang. nanti boleh kita komen mengomen. hehe...


ok la.nak balik!


sayasayangsuamisaya : hiks tetiba jer+_+


zOora qushairi.

Sunday, April 17, 2011

warna warni kehidupan .


hidup memang penuh cabaran dan dugaan. kalau takde semua tu,
bukan kehidupan namanya kan. Mesti tak berseri. Entah lah.
Mungkin aku ni jahat.suka lukakan ati org tanpa sengaja..
.
memang pon =(. tapi aku selalu cuba untuk jadi yg terbaik. ..
haish memang susah nak diungkap dengan kata2.
aku selalu macam ni.
tak reti nak sampaikan apa yg aku maksudkan.


takpelah.


apeapeponsayasayanggnoladenganarissaku :)


17/04/2011

Thursday, March 3, 2011

Nikon D7000 ?? I fall in love!

Heh tajuk nak gebang je.
:) hari tu aku termimpi kan Nikon Dslr D7000 yang heboh sangat dikalangan Nikonian....
Selalu jugak usha2 D7k ni. Setiap kali lalu pasti menjeling-terjeling je. geram tau !! Pastu balik rumah tidur termimpi2 . .macam hape tah. Lain macam sangat rasanya. Haa dah macam org dilamun cinta....
02/03/11
Erm. Lepas tu tah macamana semalam pegi lalu lagi kat kedai tu, kaki dah macam melekat. Dah masuk kedai tu tak boleh nak keluar...ececee :p.

Ok, dengan berjalan lurus aku menuju ATM machine.....aaargghh limit utk keluarkan duit cuma Rm 3 K sahaja utk 1 hari. Takpe...patah balik ke kedai tu...erm cakap sama tokey kedai " en. tokey...duit saya x cukup...macamana...?".......dia senyum je. "ye la ye la saya letak deposit...esok saya amik"......guLppPPp.. apakah??mengigau ke hape? :D hehe

03/03/11
Yeeaaaaa.....finally its in my hand~dengan harga RM4550...mintak kurang lagi dia x kasi. Area KL maybe boleh mintak kurang kan..Takpe lah,penat lelah mengumpul duit...
Lepas ni boleh berjimba dengan Nikon D7000 >_<, Nikon D40 . . . akan ada tuan yang baru menjaga kamu.





mama zoora :)

Sunday, February 20, 2011

sunday is working day :)

Saya berada di pejabat sekarang ni. Suasana sangat tenang,aman dan damai. i like ~ tiada bayangan hitam . . untuk hari nih jer kot. Esok mesti muncul kembali.....ArrggHhhh!!!
Takpe. Ini tempat saya mencari rezeki. Jadi pedulikan kehadiran bayangan hitam yang sentiasa menghantui aku bila berada di pejabat :D.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bila semua nya akan berakhir ??.
Tunggu jer la ....... an .

Friday, February 18, 2011

Pak Nil @ Aznil Hj Nawawi berada di pejabat pos seremban!

Ngaaaaa!!!!!kenapa hr ni skuad ERA datang Seremban.datang la hr sabtu ahad ker!!! Tak dapat join!! Huuuuuuu...nak jmpa pak nil !!!!!! Fariz ja dapat pergi! Ish Isshh !!

Thursday, February 17, 2011

hye my little blog !

Really miss u babe! since i was sooooooo bz with my work, with my family...i really don't have time to visit u :). But today i manage myself free just to see u! hehe..almost half and hour I'd try to open this blog!i cant remember which email n password i used. Just try and error n luckily i found it!...*itu maknanya kita masih ada jodoh kan?.

Hoh dah macam x betul pon ada jugak nih.. erm tp betul la td masa x dpt sign in tba2 rasa sedih jerrrrr :(.
Bersungguh2 aku cuba ingat kan password dgn email.Maklumlah sejak2 lepas bersalin ni dah tak bapa nak ingat dah :p.







*actually aku masih berteleku di office sementara menunggu buah hati aku jemput kejap lagi.
banyak benda nak cerita tapi xpe lah .. besok2 +_+








saya zoora wife qushairi. hikSs gedik mengada-ngada ~





papa love mama

my lil cute doter

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers