assalamualaikum.
lama tak bebel-bebel kat sini. dan lama sangat tak BW
rasa macam sibukkkkkk sangat.
november hari tu dua2 anak kesayangan ku demam panas, hampir sebulan berulang-ulang.sampai ambil darah 2x sebab takut kena denggi tapi bukan dengki. doctor diagnose viral fever..
yang kecil si Izz sampai sekarang masih selsema/batuk berkahak. steam and percusion dah buat kat dia tapi baru 2x.
nanti kite buat lagi.
dan bukan anak-anak saja demam, malah papa nya juga turut demam panas ( wahhhh ayat nak skema apasal tah!!)
-
-
hah 22 nov lepas annibersari kami somi istri tapi tak terasa nak meraikan hatta nak ucap "happy anniversary sayang...." . kerana,
21nov, dapat panggilan dari kakak ku di seremban mengatakan mak jatuh dalam bilik, dan dah tak sedar.
risau nya aku hanya ALLAH swt yang tau. aku tak dapat nak balik terus 21nov masa dapat call dari kakak aku sebab kebetulan aku menunggu mertua ku dari alor star datang ipoh, dan en.somi kena drive kereta mertua utk ke seremban juga.
kenapa??
-
sebab, kebetulan lagi 22 nov sepupu suami ku yang tinggal di seremban akan berkahwin.
keluarga mertua ku sampai malam 21 nov, dan pagi 22 nov terus cepat-cepat siap dan gerak ke seremban.
dan sampai hentian ulu bernam, kakak aku message, kata "mak masih koma dan doktor kata keadaan mak sangat kritikal"
hah. mesti korang faham apa aku rasa masa tu kan...haih tak boleh tahan beb. terus menangis teresak-esak dalam kereta. jalan pulak boleh jem lepas tol kat shah alam tu.grrrr bertambah laju la air mata aku turun.
-
-
en.somi terus hantar aku ke hospital tuanku jaafar dan dia teruskan perjalanan hantar family yang nak pergi kenduri tu dulu. tak jauh, kat senawang je.
aku naik ke tingkat atas hospital wad 6B katil 22, berdua je dengan anak aku yang kecik si Izz.
yang tunggu masa tu kak long aku. tengok keadaan mak masa tu lutut dan jantung aku rasa nak tercabut.
dengan wayar-wayar kat hidung ,mesin oksigen dan mesin jantung yg ada benda turun naik turun naik tu (apa nama nya aku tak tau)..dan kesukaran mak nak bernafas masa tu. aduhhh...tak sangka.
mak dah 63 tahun dan ini pertama kali masuk hospital sebab sakit. mak takda kencing manis, takda diabetes, darah tinggi pon takda.
doctor dah buat ct scan, x-ray paru2, kata nya mak stroke dan di paru2 ada jangkitan kuman.
terdiam bisu tak terkata masa tu.
bertambah sedih bila ayah sampai dan baca yassin kat telinga mak sambil sapu2 muka mak suruh mak bangun dan ayah cakap kat mak "dosa kau sikit pun takde dengan aku"..
tak sanggup aku nak tengok masa tu.
-
-
dan double triple sedih masa doktor panggil ayah dan bagitau ayah ..
"heartbeat mak dah sangat lemah, dan MISAL kata KALAU,KALAU ye...KALAU degupan jantung mak berhenti, kebiasaan nya doktor akan cuba untuk buat CPR @ Cardio Pulmonary Resuscitation TAPI disebabkan mak yang terlalu kurus, berat bawah 40kg(mungkin dalam 35kg je), doktor tak nak ambil risiko. takot hentakan kuat tu boleh menyebabkan tulang rusuknya patah."
ayah bincang2 dgn adik beradik apa semua, maka dia pon sign surat kebenaran supaya TIDAK melakukan CPR jika degupan jantung mak berhenti.....................aku cuma mampu berdoa sebanyak mungkin.
Tengahari tu wad tempat mak penuh sesak dengan kawan2 mak,jiran2,sedara mara datang ziarah. ramai sangat kawan baik mak ni :)
.
.
22nov tu aku terus demam panas, sakit badan yg amat sakit. terus balik rumah dulu,rehat kejap.
tengah malam dapat message dari akak yg tunggu mak,kata mak buka mata sikit dan macam bercakap sesuatu.
ya allah, besar nya kuasa mu.
pagi esok nya 23 nov, waktu subuh, ayah panggil mak, mak sedar,bila ayah tanya, ingat tak ni? mak jawab INGAT! syukur ya allah.
tiada yang hebat melainkan kuasa ALLAH.
-
-
12 hari mak duduk hospital. (2 hari koma, 10hari sedar)
sekarang mak kat rumah, kata doktor hari tu, kalau mak sihat dan sedar semula pun, mak tak boleh jalan dah.
ye lah..doktor boleh kata apa2 je kan.apa-apa pun semua diatas keizinan ALLAH swt. Alhamdullilah allah permudahkan semua. mak kat hospital hari ke 6 atau 7 macam tu dah boleh jalan tp berpimpin la.
sekarang kat rumah pun alhamdullilah boleh jalan slow slow..wheelchair guna sekejap je hari tu, sekarang dah simpan dah wheelchair dengan tongkat nya.
lega lah anak nya yang tinggal di ipoh ni.
tak sabar nak balik seremban lagi.
------------------------------------------------------------------------------------------------
ho yeah. selepas balik dari seremban, aku dok ipoh 5 hari je terus balik alor star rumah mertua.
mertua ku baru balik bercuti dari langkawi,katanya, kalau nak coklat balik sendiri ambik,taknak pos.
ok fine. jom balik ambil coklat..haha sanggup tu kan.
takde lah...lagi pun adik ipar aku semua ada kat kampung, bang long nye je takda, so balik lah kami..dapat kumpul2 semua..macam biasa lah. dah balik alor star macam2 aktiviti..kebiasaan lebih pada aktiviti makan-makan.
nak-nak hujung tahun cuti skolah ni, banyak la kenduri kendara.
makanya pergi lah kami ikut rombongan pengantin (sepupu en.somi ku yang tinggal di alor staq plak menikah). gambar apa semua lupa nak ambil.ada gambar anak dara si Arissa ni je tengah ngomel-ngomel kepanasan depan laman rumah pengantin.
*membebel je budak sorang ni*
hah. dua budak comel lapaq susu. macam twin dah. jarak lahir ngam2 sebulan.
:D
lalalaaa...patut la suruh balik sendiri ambik coklat...sebab bukan coklat je mertua ku beli..pinggan mangkuk kain baju siap. hehe .. terima kasih tak terhingga mak & abah.
kadang2 sampai naik segan dah menantu dia ni..banyak sangat yang diorang bagi..tiap kali balik ada je la bendanya.
gambar ni diambil jam 3pagi tadi...kami gerak dari alor star kul 4pagi sebab semalam hari ahad jalan jem teruk seteruknya. kesian pulak nak kejut kakak tengah berselubung tu. papa dukung turun bawah dengan kain selimut, nak tinggalkan selimut kat rumah tok,dia dah teriak nak bawak kain selimut tok dia balik ipoh. hihi bertambah lah 1 lagi selimut kat ipoh ni.
Sampai jam 6.30pagi tadi.
alor star -ipoh 2jamsetengah je. boleh la pergi balik hari kan.
hihihihihiihiiii.....
ok lah. nak gi makan coklat pepero!
baibai
>_<