Pages

Thursday, January 3, 2013

kedai perabot dan barang elektrik

assalamualaikum.

:)

huh fenat nye mama. dedua anak kecik ni baru tidur. mama nak lurus kan pinggang tapi pandang lappy , ermmm online dulu la. tu la diaaaa....hihi

kedai perabot? hang beli apa lagi ni cheq?

takde...tadi lepas pos kan barang yang mama jual hari tu. lalu kat kedai perabot faveret mama n hubby kat ipoh ni. dari awal pindah januari 2012, semua beli kat kedai ni.
termasuk la barang letrik macam mesin basuh, peti ais..senang sekaligus. Kitorang pindah IPOH cuma bawa baju-bajan,sebijik LCD Tv dgn pinggan mangkuk sahaja ye. masa beli set bilik tidur,mesin basuh dgn peti ais dulu dia bg free gift rak kasut, rice cooker,bantal,ada lagi mama tak ingat.

lagi pun yang buat kita jadi pelanggan tetap kedai uncle ni adalah..dia selalu bagi free gift dan harga memang boleh lebih kurang.

contoh :
kabinet dapur RM350 .. minta kurang dan kurang dia bagi RM280.
tilam single 8" RM235 .. kurang kurang dapat RM180...total RM460. tapi 2 barang tu RM450..

tadi kan dah lalu kedai perabot uncle tu,terus la singgah sebab nak tanya pasal warranty mesin basuh yg beli kat dia dulu tu. ada problem plak dgn mesin basuh ni.haisshhhh...naik muscle2 dah lengan mama hari2 mendobi guna tangan. kikikiii..mama tak kesah basuh baju guna tangan cuma, Izz dgn arissa nak tolong sekali. Dua dua tak boleh duduk diam diam tengok tV kalau mama takde.
Pakai mesin kan senang..tekan tot tet tot tet dah siap basuh.

Settle pasal waranty mesin basuh tu, Arissa plak dah taknak balik sebab berkenan dengan Almari baju kartun kartun tu..uwaaaa...kartun mickey mos..harga tokey tu tepek kat lemari tu RM399...alahaii lari bajet la arissa(mama memang nak cari almari baju yg baru untuk arissa)....pastu cari almari biasa dua pintu kaler coklat gelap rm180 je. tapi arissa masih melekat kat almari mickey mos tu. haiyaaaa uncle tu kata...takpe la u angkat RM250. Mama tak nak , mama jenjalan lagi cari almari lain. Takde plak yg berkenan. si Arissa dah masuk duduk dalam almari mickey tu. Pastu uncle tu cakap, u angkat la rm200...anak u suka yang ini.
Mama papa belek-belek almari arissa suka tu, hmm ada lock. ni yang paling penting sebab arissa suka sepah baju. tp takde tempat hanger. Uncle tu panggil staff dia suruh tambah tempat hanger kat almari arissa.hihi mekasih uncle.

Arissa nampak tilam. pastu dia cakap, "tilam kakak kat rumah tu dah tak sedap la papa"...hahaaaa mama gelak je. sebab memang tak sedap pun nipis gile dah tilam tu.tilam tu beli masa arissa x wujud lagi rm50 thn 2008. ok papa belikan tilam baru untuk arissa. kesian kat dia...malam ni tidur nyenyak2 tau arissa. jgn kencing sudah..

ok dh jom balik sebelum arissa nampak benda lain ;p

*actually mama dgn papa bukan ikut kan kehendak arissa pun tau. memang dah plan dgn papa dia nak cari kan almari baju memandangkan baju dah bertambah dengan kehadiran baby izz...tilam pun sama. dah penyet.kesian kat dia.hihi

ok daaa...

nama kedai uncle tu MTL furniture electric ent. kat taman bercham jaya.



-mamazoora-

           







17 peninggalan:

Daddy Ziyyad said...

bagus uncle tu..dari RM399 terus turun jadi RM200..hahahah..siap tolong tambah hanger...

zoora qushairi said...

kan kan... pandai dia amik hati customer. macamana la mama dgn papa ni tak melekat kat kedai dia ;)

wahida said...

amboi arissa...pandai dia request mcm2...haha...


salam, tengs drop by my blog n following mine, saya follow sini balik yer...

nice blog!!

Mama Vogue said...

Wahh best nyer membeli kat kedai mcm tu :)
Kat sini kalau ade sale harga runtuh baru kami gi menjengok..hahaha

Fiza Rahman said...

Murahnya kedai uncle tu. Klo kat sini jgn harap lah nak dpt rega mcm tu.

zoora qushairi said...

wahida : itu la br 3 thn dh request tilam,almari..haha

mama vogue : nasib baik mama jumpa kedai uncle ni. bnyk jimat

fiza : hihi sebab tu la mama x pandang dh kedai lain. deret2 tu ada jgk tp hrga jauh beza, x ley kurang lak tu.

zulaikha megat said...

wah wah..tahun baru tilam pun kena baru juga ya...

fifi said...

boleh guna info nih tuk mark harga...tenkiu...

Anonymous said...

kt mn eh kedai uncle tu eh?sy cari x jumpa pn

zoora qushairi said...

Sederet Mee rebus ramli taman perpaduan dan sederet juga dengan Bigtoys City kedai mainan tu. Kedai uncle ni corner lot..satu ja kedai perabot kat situ.

Anonymous said...

dkt dgn sekolah pakatan jaya ke?tq

eddy ipoh said...

Blog walking.. Terima kasih.. Nanti boleh tgk

Azisadliyatul said...

hihi, finally ade jugak idea nak beli perabot murah dekat mana.. =)

azizul zaliza said...

pm no tel kdai uncle tu..sya tgh mcri perbot2 murh

azizul zaliza said...

sya bru nk pindh Ipoh.

Anonymous said...

Salam.blh bg address kedai tu x?tq

Linda Ismail said...

Salam,

Wah! Tq sangat info ni tau! Baru je nak cari perabot utk homestay kami di Lost World ni, mmg dekat sesangat la nak nyinggah sat lagi.

papa love mama

my lil cute doter

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers