Pages

Monday, July 22, 2013

pandang atas.bawah

hai.

ape benda tajuk ntah ni.

cuma nak cakap.

aku tak suka,bila orang pandang aku dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas.
pandangan yang macam tak puas hati tu.

haihh..
rasa nak cakap je..."kau apahal pandang aku macam tu?".
tapi tak berani pon. hahaa..

ni maksud aku orang yang tak berapa nak rapat dengan aku atau yang aku tak kenal langsung.
dan lagi satu,sesetengah salesman/salesgirl gemar pandang macam tu. tak semua la.tapi kebanyakan nya begitu. tak boleh orang pakai selekeh sikit,masuk butik dia, nak tak nak je layan. huh. tak baik tau.

aku teringat hari tu. masa nak beli handphone. 
aku nak cepat, so siap sepantas kilat capai tudung ekspress D'haja,dengan t-shirt biasa (t-shirt free dari wawasan open U) , seluar levi's aku yang paling lusuh, dan sarung selipar esprit paling lama aku ada. 

aku cukup selesa pakai macam ni. tak reti nak ladies2 sangat dengan shawl lilit2,dress, high heels apa semua tu. cadang nye nak ke kedai talipon kat kiosk2 tesco saje. tapi takde stock lak. sebab nak guna cepat talipon tu, aku pergi jusco. jusco je pun,bukan nya pavillion,klcc. heh

masuk kedai digi, baru melangkah setapak ke dalam , salesman nya dah pandang aku atas bawah dengan muka pelik dan tak senyum. eeee yaiii tak suke nye..ye la..diorang kan pakai smart (kemeja,necktie,kasut kilat kaler itam). aku terus malu nak tanya pasal talipon,rasa nak tunduk dan keluar balik. TAPI tak boleh.aku urgent nak henset blackberry tu. 

aku tanya model HP yg aku nak tu, dan dia geleng2 kepala kata takde.ok,lagi la aku maluuu. at least ko cakap la elok2, model ni takde, yang ada cuma model ini,ini,ini..boleh tak korang layan je orang2 macam aku ni macam biasa??tak yah buat2 ekspresi muka macam tu. dan rata2 bersikap begitu adalah orang melayu kita. tapi ye la kan..nak buat camane. 

lagi satu kat Guess,jusco seremban 2 (JJs2). tak tau la ada lagi ke tidak salesgirl tu. pun bersikap macam salesman kat kedai talipon tadi. orang pakai simple2 dia tak senyum pun,buat muka pelik tu. patut ke? ergghhh tension memikirkan nya. hahaa.. tapi bila kite dah serius nak beli, baru la semanis manis nye muka tu layan kite..siapa pernah kena sila angkat keyboard! :p

masa keluar masuk lif pon selalu kena. aku fikir balik, teruk sangat ke aku dress up ko nak pandang atas.bawah. ahakk .. lepas ni kalau ada orang buat macam tu, aku balas dengan muka macam niiiiii je.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

ok.bai
xoxo



1 peninggalan:

lia said...

sy ni mmg selekeh & serabai... mmg da biasa kena pandangan gitu hu3

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers