Pages

Sunday, July 7, 2013

Hari sabtu

Macam biasa. Bila 3 jantung hati beta dah lena malam2 gini, mama pun cari jantung hati lagi satu ni...sang blog. Hehe.

Hari sabtu hari ni ,pagi2 pergi kedai lauk @ pasar basah feveret mama kat tambun. kedai warisan haji jermadi. Suka pergi kedai dia..senang semua ada.

Lepas tu, tak terus balik rumah. Pergi Giant plak. Sampai giant kul 9am tepat...tak ramai orang lagi..tujuan utama pegi giant sebab nak beli rice cooker. Ye rice cooker dah genap setahun rosak. Malas nak beli. Sedap pula masak atas dapur gas je. Tapi fikir next week nak puasa dah..so kite perlukan nasi panas2...kalau masak atas gas,nak panas kan macam leceh. Gas pun copek yo habih bilo masak ateh dapur kan ? :D

Dah kat giant, berenti lak jap budak2 dua orang ni nak main mini playground dalam tu. Layan kan je sementara giant tengah kosong di pagi hari..
Ok, Masuk je pintu hypermarket giant sebelah kiri dah barang letrik kan. Terus nampak Elba rice cooker offer .. Colour pink belacan..wahh menarik..harga ok je rm74..awak bajet rice cooker dalam rm150.ada 2 kaler..pink tu dengan hijau..dedua faveret kaler, belek2, amik pink la.

Jalan depan sikit nampak pula vacuum pensonic..rm105. Erm fikir fikir .. Ok la amik yo lah. Mama allergi habuk..kalau sapu je terus bersin tak hingat..heh alasan je kan. Mengado ngado lobih.eh tapi Husband pon buleh guna vacuum kereta esok. Yay esok ye tak. Tak menyompek an.

Teruskan perjalanan capai lak baldi dengan tempat perah mop. Gaya nye macam orang baru nak pindah rumah kan. Lepas ni harus rajin dan bersemangat lagi mama mengemas. Hoho..

Dah settle beli2 bayar la apa lagi...ok,arissa suka duduk kat pangkin depan cashier. Ada uncle tu dok menyakat arissa, usik2 kasut la apa...terus meraung kat situ juga. Haihh satu hal nak pujuk.

After that, dah jadi habit, tengok resit sambil tolak troli. Jeng jeng jeng....ada yg salah ni. Masuk balik giant, tengok harga ricecooker, sasih rm74..tapi sistem nye tak update kot..dah jadi rm89.99 .. Walaupun rm15 je balance, I tak kira. Hahaa gi customer service je isi form refund. Tak terkejut dah semalam ni kali ke berapa tah mama kena. Asyik la salah harga. Last month beli ampai kain, offer rm89, bayar rm129,pampers rm39,bayar rm53,lagi satu susu harga rm69,bayar rm85.banyak lagi la.

kalau jenis yang tak kisah lepas bayar tu mesti dah burn je kan duit. So dinasihatkan semua orang supaya rajin2 la check resit tak kisah la giant/tesco/jj atau mana2 hypermarket. Diorang pun kekadang terlepas pandang nak update beribu2 barang tu kan. Ehee... Ok la.

Nak tidur dah.
Bismikallah hummaahya waamut ..

Assalamualaikum
^_^
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 peninggalan:

papa love mama

my lil cute doter

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers