hye.
hampir 2 bulan menunggu panggilan dari SKMM untuk program GMBO .
hampir setiap hari juga tengok handset sampai dah fedap. haha.. nampak sangat aku mengharapkan geran RM1000 tu.
haih siapa yang tak nak? boleh buat modal berniaga . walaupun ada yang kata alahai sikit je RM1000 tu...jadi lah tu, bersyukur kita.
nak lebih lagi kita usaha sehabis baik.
kalau betul-betul, RM1000 tu boleh jadi RM10,000.
kan?
RM100,000 pun boleh kalau kena cara nya.
sesiapa kawan-kawan yang dah ada business kecil-kecilan buat online , apply la GMBO ni.
tak rugi pun.
syarat nya bagi aku mudah.
-ada daftar SSM
-ada website domain .com/.com.my/.net (blog dia tak nak)
aku buat website yang simple gile. sekadar cukup kan syarat dulu..dah dapat duit RM1k tu baru nak upgrade website amik yang shopping cart tu.
-ada langgan internet (broadband/streamyx/unifi,etc)
-ada akaun simpanan (personal account pun boleh)
senang kan. ramai kawan aku tanya macamana buat website tu. senang je. sebab aku buat guna google business sitebuilder. tapi jangan nak banyak komplen la kata website tu tak banyak function. memang la. dah murah RM20/year. itu la yang kita dapat. tak dapat der nak print invois , estimate shipping cost. nak semua tu kena buat yang advanced ckit la. aku dah tengok-tengok harga dalam RM200/year. paling murah dah tu aku jumpa.
Insyaallah aku nak buat juga website tu. Memudahkan customer nak order kan. kalau sepenuh nya di Facebook pun ok je cuma buat je la backup..mana tau tetibe FB kena hack ke..kena blocked ke.Uisshh minta jangan la. haha
haaaa...kan dari hari tu dok tunggu panggilan dari SKMM. dah hampir giveup. Alih2 petang semalam dapat emel bertajuk :
STATUS PERMOHONAN GERAN GMBO-no rujukan G10****
terus excited. tinggal anak depan tV sat. hihi. Ingat kan e-mel tu nak kata lulus/gagal.
tapi dia berbunyi begini ..
"Pihak kami telah cuba menghubungi pihak puan namun tidak berjaya. Kami perlu buat beberapa pengesahan sebelum permohonan geran GMBO tuan/puan diluluskan/ditolak. Sila hubungi kami di talian 03-868***** ".
Oh tidak.bila masa hang talipon ni. aku check2 misscall pastu ada la sejak hujung bulan 6 hari tu nombor seakan-akan nombor yang dia suruh dail tu. haiyaaaa...patut la. aku ni jenis tak angkat talipon kalau xde nama naik kat screen. cerdik jugak kan.
takde la. aku malas nak angkat sebab kang orang insurans AIA join dengan ASB la , Takaful,Etiqa..macam2 kan
..diorang kan gemar talipon suruh kita masuk insurans suma tu.
Malas sangat nak layan.
sekali hambik nombor SKMM pun tak angkat. mana aku tau tu nombor skmm.
weee..nasib baik dia contact thru emel. kalau tidak,takde rejeki la.
Selepas baca emel, aku terus call nombor tu.masa tu jam 4.59ptg.
nasib ada staff angkat. dia just ambil nombor tipon aku sebab person incas takde sewaktu kejadian.
Ingat kan dia nak call lenkali.
Jam 5.10ptg dia dah return call.
yeayyyy...suka.
Interview sikit..dah berapa lama buat bisnes online, dia akan tengok website kita, so dia tanya aku barang2 besar macam rocker semua ni pun online juga ke? yerp.online ,kita hantar guna courier skynet.customer berdekatan boleh COD. lagi dia tanya nombor akaun,ic utk pengesahan.
dan..tahniah,permohonan anda diluluskan.
tempoh kemasukan duit paling lama 30 hari, paling awal dalam 4-5 hari.
lalalaaa..nak sebelum raya boleh?
orait.
dah subuh.
mandi.sembahyang.tidoq balik.
assalamualaikum
^_^
6 peninggalan:
Salam Ramadhan..
lama tak dtg sini..
sy 1st time dgr skim GMBO ni..
TQ for info...:)
Alahai kak, sy juga dpt emel yg sama. Td baru kol dan dah kena minta ic dan juga nombor akaun. Tp xder pulak ditanya pasal website sy.. alahai.. staff yg hantar emel tu namanya megat farizuan ke?..
yup vina. nama yg hantar emel tu megat. yg incharged pn. syikin.
takpe.kalau dah dapat call so ok la. tunggu je yea.. hehe :)
salam.saya nak bertanya..boleh saya tahu no.penuh telefon yang kena kol balik tu adakah sama dengan no.ini..03-868 88 000? Terima kasih:)
Saya pun baru dpt call dari skmm tadi kata dah lulus. Sblm tu dia interview sketlah utk pengesahan. Dlm seminggu ke tiga minggu masuk duit. Alhamdulillah.
little hannah : tak lama lagi dapat lah tu. saya dapat 2 hari sebelum raya hari tu.
Post a Comment