Pages

Monday, December 23, 2013

Setelah 4 tahun

Hye :)



Hmmmm payah nya nak mula intro. Tak reti dah haih.
Hehe..apo bondo yang 4 tahun? Ngee...

Ok jumaat lepas sampai ahad, aku balik kampung seremban. Nak jumpa mak sebab lepas mak discaj,aku belum jenguk mak lagi. Alhamdullilah mak ok cuma x la kuat sangat macam dulu.

Cadang nya hari sabtu nak piknik bawah pokok klapak di port dickson tapi dari subuh hujan je.terpaksa la cancel. Malam nya bbq kat rumah mak.

Weh tak cerita lagi apa yang 4 tahun kan. Ni pasal talifon bimbit incek suami yang dah 4 tahun tak tukar. Kalau tengok memang sedih la. Dia guna sony ericson satio..kalau guna 3310 mesti bertahun tahan kan. Satio masuk tahun ke-2 dah mula k.o

Tapi suami aku jenis tak suka tukar talipon. Yang ni aku suruh jugak tukar sebab hari tu masa talipon aku kena bar,aku pinjam talipon dia untuk message, dan ia berjaya buat aku rasa stress melampau. Nak message pendek je tapi dekat 10 minit tak habis2 aku taip.lepas tu jem. Baling kat lantai baru ok balik screen dia.Gila kan. Lepas tu belakang talipon dah kena salotape...ahh nazak dah.

Jadi sabtu lepas dia ajak pergi jusco somban 2. Tengok2 talipon. Dia memang tak berapa reti bab2 talipon ni. Sama la dengan aku pon. Kalau sebut samsung, aku tau yg note,s3,s4...yang famous2 dan harga riban2 je . Sampai kedai,belek2 banyak rupanya kan yang samsung ok2 harga bawah seribu.
Mata tertancap pada Samsung Galaxy Grand Quattro screen 5". Sebelum pergi jusco ada nampak iklan galaxy ace 3 kat paper metro rm799.kecik ckit pada grand. Harga grand quattro rm899. Terus amik yang itu . Nak beli note 2 @ S3 kat dia macam rugi je sebab dia x terlalu bersosial di internet. Cuma main game je kerja nya. So ok la screen 5" main candy crush ke apa kan. Talipon satio dia masih boleh hidup dan cameranya gambar cantik,jadi turunkan kat arissa. Masalahnya, arissa taknak pon main satio tu...sebab takde game atau apa2. Hihi kecik2 pandai pilih dah. Huh

Settle talipon dia, mata nampak galaxy tab 3 10.1/8.0/7.0........hmmmm...berfikir fikir sebentar. Incek somi bagi lampu hijau,makanya bawak balik yg 10.1 tab 3.
Tq bang. Pesanan penaja sebelum beli, "jangan nanti tak buat kerja rumah pula". Hoho dont worry.

Aku beli tab pon untuk memudahkan aku uruskan page ohsem babykids shop aku tu. Kalau tidak, 24/7 kena buka laptop untuk check inbox page. Talipon blackberry aku takde function tu. Memang susah kalau nak keluar lama2 atau balik kampung. aku suka soping on9 juga,bila seller reply lambat,aku jadi tawar hati nak beli. Begitu juga lah customer rasa bila aku reply message mereka lambat kan?
Harap2 bila ada tab ni lagi mudah aku berurusan dengan customer. Amin...

Disamping tu, senang dan best juga update blog guna tab 3 ni kan :). Heee ok . Dah petang,so kena kemas rumah kemas2 sebelum penaja balik dari opiz.

Tata......
Xoxo

1 peninggalan:

safurara said...

semoga success selalu! Amin.

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers