Pages

Wednesday, January 15, 2014

2014,katil.tilam.

Hye..
Selamat tahun baru 2014...walaupon hari ni dah berbelas hari bulan takpa la..cheq x dan nak update.heeee
Sempena tahun baru, katil kami yang usia nya tak sampai 2 tahun dah patah kayu bawahnya.
Macamana boleh patah pon pelik..tau2 dah patah dua..
Mesti arissa melompat kuat sangat kot.
Takpa la...dah jadi pon.

Maka, aku dan incek somi sepakat g cari katil n tilam lain.
Sebelum ni di seremban, kami guna tilam vono gambar ziana zain.hehe
Dah pindah ipoh, takkan nak angkut pula kan. Lagi pon tilam tu kat rumah mak.
Sayang tilam tu sebab best tak sakit badan dan itu tilam kahwin kami dulu.

Masa baru pindah ipoh ni,memang kami bawa baju je. So nak cepat punya pasal, beli je set bilik tido yg biasa dan tak ambil tau pon
jenis tilam dia macamana.
Sampai je set tu kat rumah, tidur beberapa malam ,tiap kali bangun pagi mesti sakit badan. Sama la dgn incek somi.waktu tu pregnant..ohh sangat tak selesa tapi tahan ja.untung dah ada tilam kan?orang lain ada yang tido atas kotak je........!

Ni alang2 katil patah, apa lagi...terus survey katil,tilam ..tak payah beli set2..semak rumah ja...rumah dah la comel je ha.
Antara jenama tilam yang best, yang aku tau Vono, slumberland,goodnite,dreamland,kingkoil..
Cuma tau jenama saja..tak tau jenis apa..
Kat kedai perabot, cina tu explain macam2..last2 kita sangkut dengan Divan bed cap Goodnite dan tilam cap KingKoil.
Katanya tilam waranty
10years.  lebih kurang vono dulu. Tebal tilam 10inch. Ok la tu tak yah tebal sangat ti Izz jatuh payah plak. Ni pon dah  rasa tinggi sebab katil yg patah tu rendah sesangat..

Ok. Selepas bergolek2 atas tilam kingkoil ni.. dapat rasa perbezaan yang ketara dari tilam sebelum ni.memang best la..rasa x nak bangun..
Keselesaan tilam bagi aku sangat penting sebab dia mempengaruhi kesihatan kita.macam aku sendiri la kan..sangat kerap lenguh badan tiap kali bangun tidur if tilam tak seswai..ohh mengada sungguh!Haih..nak buat lagu mana...hmm

Sesiapa yang sedang mencari tilam, beli lah cap king koil...best!
;)

Yang atas . Katil lama.

6 peninggalan:

Anonymous said...

Salam, nak tahu, you beli kat mana katil n tilam kat ipoh? I pon sedang mencari jugak ni. Adakah di kedai yg MTL you sebut aritu?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam..awk bli kat mna erh set tilam n katil tu?nma kdai ape?.kami pn tgh mncri2 ni..brape hrga complete set tu?

zoora qushairi said...

Hafzan : kat Ikah Furniture,Bercham..dekat dgn public bank,bercham.
tilam king koil rm1200, divan bed rm500.

Unknown said...

oo..sy xprsan komen ni..huhu..da bli..tp mhal sket..bercham kat perak erh?.sori,geo xllus..kahkahkah..

King Koil said...

Good blog post! Thanks for sharing for King Koil mattress. May see more of King Koil products and review at:
http://kidbuxblog.com/king-koil-leaders-in-the-manufacture-sleep-products/

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers