Pages

Sunday, January 26, 2014

Cheeky Tots, De-Garden, Ipoh

Hari minggu.
Tak plan ke mana. Cuma nak ke Samsung service center sebab Galaxy Tab 3 yang tak sampai sebulan dah buat hal. Bateri tak boleh caj, kena restart baru boleh tu pun tak naik-naik..asyik la 43%. Lepas tu padam tiba-tiba sebab bateri dah 0%....stressss...

Sampai ke De Garden Ipoh, tutup pula pusat servis nya. Tengok kat website Samsung kata hari ahad buka..lepas tu sebelum datang tadi siap call samsung, kata nya buka jam 10pagi..argghh double stress..

Dah alang-alang ke situ, naik tingkat atas jumpa Cheeky Tots tempat anak-anak beriadah. Arissa dan Izz dah super excited loncat loncat. Kesian pula kalau tak masuk. Actually memang dah lama nak bawa tapi tak terpergi pergi.

Masuk lah kami. Ni caj yang dikenakan..


ok la bagi aku. berbaloi sesuai dengan tempat yang selesa,luas dan bersih.

kalau nak pergi pastikan anda dan anak2 ada bawa stokin. kalau takde pon takpe je..beli kat kaunter la macam kami.. Rm1.50/pair. kalau rm15/pair tadi memang keluar balik la. hihiii
Dalam tu ada mini cafe juga..banyak menu untuk anak-anak.

Ni rupa bentuk dalam nya...maaf gambar tak santek kamera takda..


paling best...gelonsor panjang..mama papa pon boleh naik yang ini tapi aku gayat tiba-tiba tadi + malu orang tengok dah tua-tua gedik naik gelonsor. hahaa

 suka lettew


layan ye papa..


ada banyak kereta kecik dan basikal..


ada musix room juga..


malas nak rotate...peace ~~~


dalam ni boleh buat birthday party...ehem...macam best je ...


izz suka main ni ja...len tak mau..


itu musix room, sebelah ada bilik masak-masak...ada dapur,anak patung dan maciam-maciam lagi..


berangan lah anak ku..

okies...itu aja gambar..
sesiapa yang nak pergi keluar masuk ikut suka hati .. boleh la beli annual pass berharga RM280/YEAR/PERSON. Jimat kalau kita pergi tiap-tiap hari kan...kalau jarang-jarang tak payah lah. membazir saja.


tata!!

:)




1 peninggalan:

aTieYusof Family said...

Takde rezeki nak pegi pusat service Samsung..rezeki anak2 lah bawa main2 kat sini...:)

papa love mama

my lil cute doter

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers