Pages

Monday, July 14, 2014

persiapan raya 2014

Hye.

Dah beli baju raya belum? Hee
Kami biasa2 je seperti tahun sebelum ni. Laki ku dah cakap baju melayu dia taknak beli. Ikut suka la..sebab baju melayu dia pakai jap je pagi raya tu.
ok 80% dah beli...tinggal baju melayu izz,kasut izz n arissa belum jumpa.

Biasanya baju baju beli dalam jusco. Tahun ni aku pilih baju semua dari Padini Concept Store (pdi,seed,pdi kids,miki baby). Sekali harung baju aku,husband,arissa , izz.

Awal tu survey jugak dalam jusco tapi harga macam tak reasonable. Before less rm145,less 50% dapat rm70++. Masih rasa mahal untuk seluar izz yang kecik ni. Masuk Padini, tengok harga ok la..PDI kids jeans rm39, t-shirt standard rm29/2 helai.
Seluar izz cuma ada yang Miki baby sebab badan dia halus.

Selesai baju budak2 ni, beralih ke baju papa pulak...senang sungguh laki aku pilih baju..tak sampai 10 minit terus settle..tak try dah sebab tiap2 tahun beli memang M size.

haaa pastu tiba turn aku , anak2 dah meragam,orang dah penuh..ohhh stress nya nak cari baju. Aku dah la lambat kalau belek baju,nak try semua. Pastu lepas try nak betul2 tudung ...silap aku tak pakai tudung instant..p pakai tudung bawal. So aku decide, cancel tak yah cari baju aku..lenkali la aku beli. Husband dah bebel2 suruh gak cari..arghh tak boleh beb. Aku kena tenang, baru boleh.
maka balik la kami,aku je tak beli apa.

Esok nya ahad,pagi semalam la...aku saja try ajak laki aku pergi cari baju. Dia ok je. Seperti biasa kul 9.50am dah parking depan jusco tunggu pintu buka. Semalam pergi jusco kinta city yang dekat dengan rumah ni, sebelumnya tu beli kat jusco aeon 18 jauh sikit.

Masuk je pintu jusco, nampak dah baju kurung yang aku berkenan..alhamdullilah ada size. Beli 2 psg .. harga rm59 dengan rm99..ok la tu..save cost tak yah beli yg rm200++. Hihi..try test semua ok,bayar, naik level atas, gi padini sini pulak..orang tak ramai sebab baru kul 10pagi...lengang je..haa aku suka camni la aman damai..tak nak bergasak pilih baju.pening.
Dapat 2 blouse lengan panjang,pun murah each rm39. Konon nak beli seluar sekali, tapiii size paling besar 32, aku boleh tak muat pulak..hahaaa perasan diri ni kurus. Tension je..tak yah la seluar hai..letak balik.

Cukup, dah siap. Aku tak beli dah kasut ke handbag...handbag tumpang bag diapers izz je. Kasut tak berani nak minta dah sebab januari hari tu vincci sale,aku beli sekali 3 psg dan tak guna-guna, simpan dalam stor. Memang kena jelingan maut laki ku la kalau kata nak kasut lagiii kan.

Waktu beli baju,teringat kat mak ayah,mak mertua,abah mertua.
Untuk abah dengan ayah dah beli. Tinggal untuk mak-mak belum dapat. Insyaallah next trip.

Done part pakaian..kuih muih pulak?
hmm takde mood nak beli kuih raya thn ni..aku buat sendiri je la ..weekend ni mula.

Ok itu saja...selamat bersoping kawan2.

:)




0 peninggalan:

papa love mama

my lil cute doter

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers