Pages

Wednesday, July 9, 2014

semoga dilanjutkan usia .

Olla.

Rindu pulak mrs blog ni.
Dah jarang nak type panjang-panjang kat blog. Tak cukup masa..makin lama makin busy.

Tapi hari ni free sangat so boleh manja-manja dengan belog jap. Nak post panjang2 kat facebook mau kena maki dengan friendlist yang suka "feeling annoying" tu .. haha

Kisah malam tadi,

Sebelum buka puasa, suami tanya,

Suami : ayg nak terawih tak?
Isteri : haa? **blur sebab fikir siapa nak jaga anak2 dua orang ni?bawak g masjid ke camana**
Suami : kalau nak, abang tarawih kat rumah je malam ni..nak p masjid malam ni abang tak sedap badan
Isteri : ohhh camtu..boleh2.

kami pun siap berbuka puasa, solat maghrib,lepas tu sempat pergi kedai beli barang nak buat bekal arissa ke tadika.

Sampai rumah, siap untuk Isyak dan tarawih..dalam pada tu arissa dengan izz dah buat sepah makan icecream berlemoih muka2 + selerak kan ruang tamu yang baru dikemas..Kena la marah dengan papa mama. Dedua sedih.

Kami mula solat, arissa n izz ,main2 kat sebelah kami ja dalam bilik.Memang nampak aktiviti diorang..
Izz nangis2 kat kakak,kakak peluk adik dia....tepuk-tepuk adik bagi tidur..terganggu sekejap sembahyang aku sebab arisa dengan izz macam anjing dengan kucing tak pernah nak baik. Tiba-tiba malam ni tidur peluk2..izz tidur lepas kakak bobok dia.kakak ambil selimut dan selimut adik Izz dia. Lepas tu,kakak baring termenung pandang siling.

Mama nya yang tengah solat terus touching..
Aku terbayang kalau tiba2 umur aku pendek...macamana anak-anak aku nanti.Siapa la yang akan jaga diorang..haihh terus menitik-nitik air mata..
Walaupun aku ni garang la jugak , tapiii SAYANG tu tak tau nak ungkap macamana. Aku berdoa supaya dilanjutkan usia..

Sebelum ni selalu borak dengan suami, kalau aku mati, letak bunga banyak2 tau kat pusara. Suami aku jawab, kajian menunjukkan lelaki yang ramai mati awal dari perempuan.Apa pun ini kuasa ALLAH swt yang maha berkuasa dan maha mengetahui..kan? Huhu bila fikir pasal mati ni, terus nampak muka anak aku ja.terus aku jadi takut dan berdoa ulang2 supaya aku panjang umur.

Aku ada borak dengan arissa ..

Mama: kakak,kalau mama mati macamana?
Arissa : saya cari la mama baru..*gelak2*
Mama : hmm...tak sayang mama la tu kan?takpe la mama mati la macam ni..
Arissa : ehhhhh tak tak...saya gurau je..saya sayang mama tau.mama jangan la mati nanti saya nangis tengok mama kena tanam macam dalam cite tanah kubur tu.
Mama : hahaaa pandai eh!
***hug hug***

Kenapa asyik cerita pasal mati ni??
Hehe..
Hidup ni kena selalu ingat mati kan? Baru rasa insaf selalu dan takut nak buat jahat.
Baru-baru ni biduanita negara pergi tinggal kan kita...selang beberapa jam tu Memen anak linda rafar..pastu buka facebook@berita boleh kata setiap hari ada kemalangan jalan raya yang meragut nyawa.hmm...

Nombor giliran kita ni bila pula nak kena panggil kan? Soalan yang hanya DIA tahu jawapan...

Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan ALLAH swt..amin.

selamat berpuasa

Xoxo
;)






1 peninggalan:

lia said...

bak kata bos saya... kita smua ni bakal jenazah...

tp mmg tacing bler tgk dari ekor mata mcm mana anak kita bler kita tgh solat... pandai kakak jaga adik...

papa love mama

my lil cute doter

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers