Pages

Thursday, November 29, 2012

berguguran.

apa la yang berguguran kan? durian? bukan... air mata?? ohh tidak jugak.. eheee..

ni ha. rambut mama ni. RAMBUT.!

aduhh tension je bila mengalami masalah rambut gugur ni. hari tu masa preggy elok je cantik tak gugur. dah lepas lepas bersalin ...amekawww...banyak betul gugur. nak nak setiap kali bangun pagi dan waktu mandi. hissshhhh..

paling tak suka bila baru je mop dan sapu lantai. lepas 5 minit tu dah ada pulak rambut rambut. aduhh.

shampoo mama guna dari dulu pantene anti dandruff . kata kurang kan rambut gugur kan. tak berkesan untuk waktu sekarang ni.

orang tua plak selalu cakap kalau bayi dah start menyembur air liur dia, lagiiiii banyak rambut mama nya akan gugur. baby izz memang 2,3 bulan kebelakangan ni suka sangat2 la menyembur2 main air liur.
hehe mama tak dapat nak relate kan dari segi saintifik nya di sini. mungkin hanya mitos je kan ;p

urm. potong rambut bg pendek? ohhh tidak..sayang plak dengan rambut panjang ni..tapi itu la..kenapa la dia GUGUR! terasa dah kenipisan rambut mama ni. tidakkkkkkk mama tak mau botak awal.!! +_+

sesiapa ada petua nak share pasal rambut gugur ni sila lah share..boleh mama try nanti.




tadaaaa....rambut baby Izz Rizqi dah panjang....hihi takde lah. Baby Izz pinjam rambut kakak dia sekejap >_<





-mamazoora-

7 peninggalan:

puansazusarin said...

Sama!!!rambut mengugurkan dirinya sampai hubby tegur kata bahagian depan dah botak..hu3...so minggu lepas gi lah potong rambut..kononya xgugur dah..walhal gugur lagi tapi nmpak sikit lah sbb rambut dah pendek...keh3...

zoora qushairi said...

adoi geram kan..bila nak stop ni.
tgk la next week kena gak kot gunting rambut.

aizu's life said...

sama je.. rmbut org pn gugur gak.. pas sikat, cnfrm btabur ats lantai. menci!!
nk atazi? potong pendek jela kot jwpnnye.. tp ai x sanggup.. huhu

Hana Soffelia said...

sama. Naurah dh kerap buat bubbling, sembur liuq, hbs gugur rambut sy. ngeri ni, tkt botak je. huwaaa kalo jmpa petua, mohon up 1 entry ye.

btw, comelnya dia ada rmbut panjang. ekeke

MaMa CyDa said...

act rmbt gugur bkn sbb bb kerap bubling. Aimy xpndi pun bubling tp rmbt akak gugur jugak dgn byknya. Kot kumpul dlm seharinya rmbt, leh dpt 1 kepala yg baru! Nih semua disebabkan anak bf. Hormon kita dh berubah. Ms Arif dlu pun akak mengalami situasi yg sama. Arif pun xbubling jugak tp dia bf ngan akak. Cumanya ms Aimy nih lg byk gugur sbb Aimy fully bf. Rileks jeklah, xyah kalut. Tp ada baiknya potong rmbt sbb takut rmbt kita yg gugur tuh termsk dlm mulut bb.

Sekian, pengalaman pnjg lebar dr kak dot huhuhuhu

CikNaa said...

suke makan ea die.. anak ciknaa hampeh. berpulas kepala mama dia ni nk suh dia mkn..haiyakk

mama ila said...

huhu..betul tuh..saya pun byk sngat rambut gugur..masa ank start menyembur..sampaikan takut nk sikat rambut pas mandi..macam nk botak...tapi skang dah ok semula... =)

papa love mama

my lil cute doter

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers