Pages

Monday, November 12, 2012

walker . bagus atau tidak ?

Hye dear.

Hari ni mama rasa sangat fresh dan rajin nak menaip. So ini entry yang ke-2 untuk hari ni. Tadi tentang Avent tiruan. 

Now tentang Baby Walker.

Mama sedang berfikir-fikir dan mengira duit kocek, untuk membeli walker baby Izz Rizqi. Memandangkan dia semakin hampir dengan usia 6 bulan nya nanti,Insyallah. Dan baby izz suka main sambil di dukung, tak suka berbaring. Suka meloncat-loncat dengan riang nya sekarang ni. 

Walker kakak dia ada tinggal kat seremban. Itu bukan mama beli tapi maktok hadiah kan kat Arissa. Really appreciate it maktok. Arissa macam bayi-bayi lain memang suka duduk dalam walker sambil main-main dengan benda yang ada atas walker tu :)

Setiap orang punya pendapat masing2 kan. Juga punya cara sendiri untuk menjaga bayi masing2 Memang tak salah pon ada walker ni kan :).

Aha.. banyak artikel mama baca dan sume tentang kesan burukkkk je.! teringat masa kelas psikologi dulu..Roughly apa yang mama ingat, pensyarah tu bagitau walker tidak begitu bagus bagi perkembangan psikologi kanak- kanak. bayi perlu merangkak, berguling dan lelain utk perkembangan minda.

Dan...mama terbaca satu artikel best ni....

Ringkasan.


1. Daripada tahun 1990-2001, sebanyak 200,000 kecederaan kanak-kanak dilaporkan di AS berkait dengan baby walker. 3/4 daripada kes-kes ini disebabkan jatuh tangga.
2. Pada tahun 1997, AS menetapkan garis panduan kepada ciri dan reka bentuk baby walker seperti ianya mesti besar supaya tidak boleh melepasi pintu atau tangga, dan mempunyai alat penahan (brake) apabila hendak terjatuh. Selepas tahun 1997, semakin kurang bayi yang terjatuh dari tangga. Malah, kebanyakan kejadian jatuh tangga hanya melibatkan reka bentuk walker yang lama (tidak menepati garis panduan).Adakah baby walker anak anda mempunyai ciri-ciri garis panduan ini?
3. Tetapi, mengapa ingin mengambil risiko? Kerana padahal, walker tidak mempunyai sebarang kegunaan. Malah, ia tidak membantu kanak-kanak untuk berjalan dan ia juga melambatkan sistem tumbesaran motor, otot dan mental.
4. Di Kanada, hukuman denda dan penjara dijatuhkan kepada mereka yang mempunyai baby walker. Di AS juga, para pakar kanak-kanak menggalakkan pengharaman baby walker.
Satu lagi artikel menarik daripada Eropah:  http://www.capt.org.uk/pdfs/factsheet%20baby%20walkers.pdf 
1. Garis panduan reka bentuk walker di Eropah telah diperbaharui pada tahun 2005. Walker direka agar tidak bergerak laju dan ianya sepatutnya berhenti (brake) apabila hendak terjatuh.
2. Jenis-jenis kecederaan kanak-kanak yang melibatkan baby walker: terjatuh tangga, kecederaan kepala, kebakaran air panas (mencapai cerek atau air panas di atas meja), mencapai objek tajam di tempat tinggi, keracunan (mencapai minyak wangi dan alkohol).
3. Walker mengajar anak-anak berjalan adalah mitos di kalangan ibu bapa sahaja. Merangkak, duduk, berguling dan bermain blok adalah lebih untuk pembentukan minda dan fizikal.
4. Walaupun sesetengah ibu bapa mengatakan walker selamat digunakan semasa kehadiran ibu bapa, tetapi kebanyakan kecederaan berlaku dengan pantas di depan ibu bapa dan anak mereka tidak dapat diselamatkan (70% daripada kes di AS). and why take any risk? :)
5. Di Kanada, penjualan baby walker telah diharamkan sepenuhnya.
credit to ummusaif.com

So. mama dah dapat jawapan utk mama. 
Tapi, jangan ikut mama yea...kalau nak beli walker, beli la...macam mama cakap tadi, tak salah pon nak memiliki walker ni kan :). Lain orang, lain cara. Lagipun sekarang walker banyak yang canggih-canggih.

comelkan.


wowww.... unik.
sesiapa yg guna walker make sure jgn tinggalkan baby sorang2 tau!!
Ok dah. jom prepare minum petang plak !

-mamazoora-



2 peninggalan:

MaMa CyDa said...

Anak2 kak dot umo 5bln dah selamat akak masukkan dlm walker. Mmg ramai yg marah kata nnt terbantut perkembangan otot dia. Akak n hubby wat xreti jek. Alhamdulillah, abglong umo 10bln bkn takat pndi jln, berlari terus. Abgngah umo 11 bln dh berjln. Aimy skang nih pun pantang dirikan dia, mulalah dia dh menapak dh huhuhuhu sebenarnya ikut bdk kot. Cam anak2 kak dot tulang dorang mmg kuat. Umo 2 hr kepala dah tegak. Semuanya penangan SALINDAH yg akak mkn ms preggy dulu huhuhuhu

zoora qushairi said...

betul la k.dot ..mmg ikut baby kan.semua lain2..arissa dulu pon nek walker 11 bulan dia jln ok je..si izz je x penah naik lg. ooo kak dot mkn salindah yea. ti preggy nombor 3 bley try .. +_+

papa love mama

my lil cute doter

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers