Pages

Thursday, April 25, 2013

Macamana boleh kurus??

hai :)

last week mama balik kampung.

erm ramai yang tanya macamana mama boleh kurus dari sebelum ni?
makan alpha lipid SD2 ka? makan figure-up ka?

dua2 bukan. tak makan apa...tu yang kurus tu .. mihmihmih...

ok. sejak lepas pantang anak nombor dua ni, memang mama nak minum sd2 ,nak cuba pil figure-up..memandangkan baby Izz masih breastfeeding (campur FM jugak), dan mama masih makan pil perancang,jadi SD2 tak boleh nak minum lagi. Kalau kita ambil pil perancang berdos tinggi, makanya SD2 tak jalan...sesiapa nak minum sd2 make sure jgn makan pil2 hormon macam pil perancang yang berdos tinggi. minta nasihat doctor pil mana yg dos rendah.

figure up plak mama nak makan sebab my cousin makan memang berkesan kat dia. tapi bila nak beli je en.suami kata.."tak yah la..dah ok dah ni"...sob sob...berat mama bulan 7 last year hari tu 64kg. sekarang 56kg..mama tak perasan pon badan ni kecil dari sebelum ni..rasa sama je..cuma kalau pakai seluar dah kena cerut dengan tali pinggang...

jadi bila orang asyik kata..dah kurus,dah kurus...mama pon check balik mama buat apa,makan apa.

yang mama perasan,

setiap pagi mama tak makan heavy mcm nasi lemak,roti canai...mama cuma mkn roti canai,nasi lemak tu semua masa balik kampung je..hahaa..sebab ayah,abah selalu belikan. kat ipoh ni, nak beli roti canai,nasi lemak semua tu sangat susah..kereta satu je kan. husband kul 7am dah kua p kerja. nak beli kena jalan kaki..tidak le mama nak jalan kaki dengan dua org power rangers ni..dah la anjing banyak..satu hal kena kejar anjing plak tiga beranak kami..so makan je la cereal anak2 dengan segelas susu/milo. tak pun roti bakar...apa2 je yg simple.

tengah hari mama selalu ter'skip nasi. sebab mama busy packing barang nak hantar ke customer pada petang hari dan reply segala emel. lepas tu bagi anak2 makan,tidurkan diorang,mama sambung buat kerja rumah pula..sapu sampah,kemas toys yang melambak2 budak2 ni main,mop lantai,kemas dapur..sambil2 kemas mama selalu minum air coklat atau susu dengan roti..dah rasa kenyang so takdela rasa nak makan nasi.

makan malam...wajib makan nasi. kena la kan teman husband makan nasi ...kang sensorang je laki i menjamu selera. husband mama pulak jenis makan nasi sebelum kul 8..paling awal kul 6.50pm dah makan nasi dah. so kat sini pun memberi kesan juga kan makan sebelum jam 8pm.

supper?? no supper...mama selalu tidur awal kul 10mlm dah masuk bilik....sebab kepenatan....
sebab ni la kot berat badan mama menurun.

nak turun sampai 50kg la kalau buleh...hehe..mood verangan dah sampai..

lifestyle banyak pengaruhi berat badan kan?


***waktu dan menu makan berubah 100% apabila kami pulang ke kampung...hahaa..mana bley tahan masakan mak dan mak mertua ku yang maveles..***


ok.bai ~~~

3 peninggalan:

Ratu Hatiku said...

hihihi..baguslah dah kurus.. skrg nie nak betul2 jaga pemakanan kita kan.. ;D

lia said...

Alhmdlh da turun...

sy ni, xtau cmner nak turunkan berat hu3

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

papa love mama

my lil cute doter

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers