Pages

Tuesday, April 30, 2013

FISHER PRICE JUMPEROO RAINFOREST


FISHER PRICE RAINFOREST JUMPEROO
MARKET PRICE : RM360 - RM400
OHSEM BABYKIDS PRICE RM340/SET
POSTAGE E-PARCEL RM18(SEM)/RM45(SABAH/SARAWAK)

OPEN FOR PRE-ORDER
ETA 6 MAY ONWARDS.

VISIT and LIKE OUR PAGE---> https://www.facebook.com/ohsembabykids

TQVM


Thursday, April 25, 2013

Macamana boleh kurus??

hai :)

last week mama balik kampung.

erm ramai yang tanya macamana mama boleh kurus dari sebelum ni?
makan alpha lipid SD2 ka? makan figure-up ka?

dua2 bukan. tak makan apa...tu yang kurus tu .. mihmihmih...

ok. sejak lepas pantang anak nombor dua ni, memang mama nak minum sd2 ,nak cuba pil figure-up..memandangkan baby Izz masih breastfeeding (campur FM jugak), dan mama masih makan pil perancang,jadi SD2 tak boleh nak minum lagi. Kalau kita ambil pil perancang berdos tinggi, makanya SD2 tak jalan...sesiapa nak minum sd2 make sure jgn makan pil2 hormon macam pil perancang yang berdos tinggi. minta nasihat doctor pil mana yg dos rendah.

figure up plak mama nak makan sebab my cousin makan memang berkesan kat dia. tapi bila nak beli je en.suami kata.."tak yah la..dah ok dah ni"...sob sob...berat mama bulan 7 last year hari tu 64kg. sekarang 56kg..mama tak perasan pon badan ni kecil dari sebelum ni..rasa sama je..cuma kalau pakai seluar dah kena cerut dengan tali pinggang...

jadi bila orang asyik kata..dah kurus,dah kurus...mama pon check balik mama buat apa,makan apa.

yang mama perasan,

setiap pagi mama tak makan heavy mcm nasi lemak,roti canai...mama cuma mkn roti canai,nasi lemak tu semua masa balik kampung je..hahaa..sebab ayah,abah selalu belikan. kat ipoh ni, nak beli roti canai,nasi lemak semua tu sangat susah..kereta satu je kan. husband kul 7am dah kua p kerja. nak beli kena jalan kaki..tidak le mama nak jalan kaki dengan dua org power rangers ni..dah la anjing banyak..satu hal kena kejar anjing plak tiga beranak kami..so makan je la cereal anak2 dengan segelas susu/milo. tak pun roti bakar...apa2 je yg simple.

tengah hari mama selalu ter'skip nasi. sebab mama busy packing barang nak hantar ke customer pada petang hari dan reply segala emel. lepas tu bagi anak2 makan,tidurkan diorang,mama sambung buat kerja rumah pula..sapu sampah,kemas toys yang melambak2 budak2 ni main,mop lantai,kemas dapur..sambil2 kemas mama selalu minum air coklat atau susu dengan roti..dah rasa kenyang so takdela rasa nak makan nasi.

makan malam...wajib makan nasi. kena la kan teman husband makan nasi ...kang sensorang je laki i menjamu selera. husband mama pulak jenis makan nasi sebelum kul 8..paling awal kul 6.50pm dah makan nasi dah. so kat sini pun memberi kesan juga kan makan sebelum jam 8pm.

supper?? no supper...mama selalu tidur awal kul 10mlm dah masuk bilik....sebab kepenatan....
sebab ni la kot berat badan mama menurun.

nak turun sampai 50kg la kalau buleh...hehe..mood verangan dah sampai..

lifestyle banyak pengaruhi berat badan kan?


***waktu dan menu makan berubah 100% apabila kami pulang ke kampung...hahaa..mana bley tahan masakan mak dan mak mertua ku yang maveles..***


ok.bai ~~~

Sunday, April 21, 2013

Ikan pekasam kedah

Assalamualaikum...

Siapa suka makan ikan pekasam? Hehe..mama suka selepas kawen dengan orang kedah ni. Kalau tidak tak berapa makan sebab kat seremban jarang jumpa orang jual. Pastu mak pun jarang beli.

Kat kedah pergi je Pekan Rabu alor star,tingkat 1 menghadap main road tu memang sodap. Kalau tak beli pun,my MIL dan tok selalu jugak buat sendiri. Nak2 bila tiba musim ikan2 darat ni tengah banyak kan. Ikan puyu la feveret mama. Kecil halus je..

Sekarang mama kat alor star lagi. Kelmarin lalu nak ke jitra, mama nampak la signboard KIAH PEKASAM kat tepi jalan alor janggus....Uittt terus terbayang muka rozita che wan dlm drama kiah pekasam astro dulu tu ;p. So hari ni mama saja ajak husband pergi beli buat tambah2 stok yg ada. Malas nak ke Pekan Rabu...susah nak parking sebab dah ada kiah pekasam ni.hihi...

Pergi2 tgk ikan feveret iaitu lampam..tinggal 6 ekor kecik ckit pd tapak tangan. So mama minta la sume2 tu. Kasi habiskan je....pastu amik ikan sepat pon 6 ekor jgk. Mama tak tanya harga sebab biasa beli kt pekan rabu 1kg / rm10, 500gm/rm5 ja...masa nak bayar...tokey nya kata..ok kak rm20.. Gulp....mahal nyeessss ... Tgk dia timbang td dlm 500gm utk 2 jenis ikan tu. Takpa la ..rezeki dia kan...husband kata..maybe sebab dia guna nama 'Kiah Pekasam' macam rozita che wan berlakon..sbb tu mahaiii.... Nasib baik tak beriye beli sampai 2kg tadi tau...

(+_+)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 19, 2013

Alor star best :)

Alhamdullilah selamat sampai kedah malam tadi.
Dapat rehat balik sini. Anak-anak dua orang sampai rumah tok ngan tokwan dia, tak nampak mama pun takpe dah kan.

Walaupun dah sampai sini,tapi operasi ke pejabat pos tetap berjalan seperti biasa...nak pos barang customer order IHB rose hair perfume. Wangi je bila sapu kat rambut.boleh kurangkan rambut gugur jika diguna secara konsisten...sangat bagus utk perempuan bertudung...siapa nak order bley sms/wasap 0196563689 yea :).

Ok baiiiii... :)

.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, April 8, 2013

Pintu bilik terkunci

Assalamualaikum..
Tak pasal2 kena pecah pintu hari tu.
Anakku yang bertuah Arissa ni pergi lock masterbedroom.

Waktu tu pagi lagi. Segala2 kunci ada dalam masterbedroom tu. Kunci semua bilik,kunci kereta juga kunci utama utk rumah.

Mama sempat keluarkan laptop je pagi tu....handphone semua lam bilik. pastu sementara husband cuba buka pintu terkunci tu mama google la cara2 nak buka pintu terkunci. Ada yg guna kad nampak senang gile kan...tapi kami cari kad kat ruang tamu takde, kat dapur takde...kad semua nya dalam bilik. Errgghhh....

Dah rempuh2 pintu tu still tak boleh buka...guna pisau pon tak ley... Akhirnya husband tendang sekuat hati dia terus pecah papan tu..aiyakkk kite kalau boleh taknak rosak kan pintu tapi apa boleh buat...alang2 dah pecah yg bahagian luar tu, husband pon tebuk je la yg dalam tu.. Hurmmm..

Selepas ni memang sentiasa beringat la pasal kunci ni. Nasib baik husband ada, kalau tak...nangis la mama ...

Sekian.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, April 7, 2013

Al-kisah sang subang

Assalamualaikum semua.

Mesti ramai tengok ABPBH sekarang ni kan. Mama tengok dah macam grammy award....seksi bonar baju2 retis sekarang kan.. Takot ai tengok..huuuu...

Ok forget about it. Nak cerita..last saturday, mertua mama datang rumah kami kat ipoh ni. Pagi sabtu jenjalan p giant sebelah rumah ni je. Ada kedai emas TOMEI ... Arissa sibuk sangat nak pakai subang nak bertindik. Tok wan dengan maktok pun bawa la masuk..

Mulanya dia ok je pilih2 subang mana dia nak. Lepas tu waktu staff tomei keluarkan peralatan nak bertindik tu,muka arissa dah cuak gile. Hihiii ... Papa arissa dah kata ,Arissa takkan nak punye tindik tu. Kami tak caye,bawak gak masuk kedai pujuk2..last2 bila staff nak sembur telinga bg kebas , arissa dah teriak ketakutan ya hamat... Gamat suasana dalam kedai emas tu..malu mama jap bila semua mata tertumpu kat kami...arissa dah lari bawa.h kerusi waktu tu sambil menjerit2 takot.

Akhirnya selepas usaha pujuk memujuk arissa tak berjaya, mertua ku kata, xpe lah mama je la pergi tindik sebab subang tu dah dikoyakkan dr bekas dia. Sob sob .. Mama pun takot gak sebenarnya.hahaaa ni kali ke 4 mama tindik t elinga. Asyik la tertimbus lubang nya. Harap yg kali ni kekal la.

Tunggu arissa dah sekolah rendah,dah pandai fikir, baru boleh bawa tindik balik. Kepada mummy2 baru yg ada baby,bakal ada baby perempuan kalau nak bawak tindik, better la tindik masa bawah setahun. Waktu dia tak reti erti sakit tu lagi... Hihihihi...

Ok bai sambung balik tengok ABPBH..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hero

Hero kecik mama dah hampir 10 bulan...cepat sungguh.
...
Dah pandai nak makan macam-macam..
Tu tengah tunggu papa balik kerja...setiap petang minta papa dukung..

Mama love u Izz :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pergi tak kembali

Selamat hujung minggu kawan2.
Pagi subuh tadi mama dikejutkan dengan berita pergi nya adik kepada ayah mama ke rahmatullah.
Panggilan mesra nye Induk Timah...mama last jumpa dia masa raya tahun lepas.
Masa tu dia dah kena kanser..Kanser paru-paru...
After raya kanser nye merebak dengan cepat...sedih sangat.
Hmmm Arwah induk timah sangat baik dan lembut orang nya. Takpe...semoga dia ditempatkan dikalangan orang beriman kat alam sana nanti.
Alfatihah......

:'(
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers