Jumaat lepas, 28jun2013, kak liza (akak ku), pergi bercuti ke Pulau Perhentian. Macam biasa, dia update tempat2 dia pergi dalam Facebook,IG...
Sabtu 29jun,petang tu macam senyap je FB dia.
Malam dapat call , dia kata kena ragut...semua hilang...bacalah kisah dia.
Beringat semua kawan-kawan atau sesiapa saja...walau dimana jua anda berada.
Dunia makin tidak selamat.
- karangan ni mama copy paste dari FB dia -
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku Di Ragut Di Pulau perhentian
Aku kehilangan semua gadjet. Samsung Galaxy Camera yang baru aku beli, Samsung Galaxy Tab pon masih baru, Blackberry, fon Nokia C1, wallet (semua benda penting kat dlm - IC, Driving license, Diving license, duit, segala kad) semuanya hilang tpi tak apalah, dah rezeki si peragut. Aku bersyukur tak apa2, cuma tangan sakit dgn luka sikit kat belakang sbb aku terjatuh masa dia rentap beg sandang dari bahu kemudian bergelut main tarik2 beg. Aku tak berapa cam muka dia.
Kejadian berlaku pada hari Sabtu (29/06/2013) di "Turtle Beach" (trekking 10 minit dari D'Lagoon Chalet tempat aku tinggal. Waktu berlaku 6.40 ptg masa nak balik dari Turtle beach ke chalet. Baru jer jalan dari pantai masuk trekking route, selisih dgn sorang lelaki (konfom budak pulau), melayu, bdn besar2, kulit hitam, pakai seluar paras lutut yg beach boy selalu pakai tu, rambut pendek hampir botak, tak pakai baju dan berkaki ayam. Dia siap senyum dan tegur aku (Hi!) lagi masa selisih tu. Dah lepas selisih jer dia rentap beg aku dari belakang sampai aku terjatuh, tali beg masih dalam genggaman aku. Mmg terkejut masa tu, sambil menjerit mintak tolong sampai nak keluar anak tekak rasa. Tak der sapa dah masa tu, 3-4 org kat pantai masa aku sampai semua dah balik. Ada 1 couple mat saleh duduk nun jauh kat atas batu tpi dorang pon tak pasti apa yg sdg berlaku.
Sebelum masuk pulau ni hari tu dpt la jugak info dari travel agent yg uruskan transfer airport aku ke jeti, pasal tourist hilang brg (duit, gadjet etc) kat satu chalet ni (nama chalet biarlah rahsia tpi kat area long beach okay) dan lgi dia pesan kalau kat pantai jgn tinggal beg masa pegi mandi nanti kena curi. Aku lain plak ceritanya...kena RAGUT di pulau? Apakah? Nak buat mcm mna. Tentu ada hikmah di sebalik kejadian. Aku tau aku berada di tempat yg salah dan pada waktu yg salah masa tu tpi perkara ni tak sepatutnya berlaku. Aku pasti peragut tu mesti dari long beach. Biasa kalau jalan kat KL atau Seremban town punyalah aku berhati2 takut peragut...mmmm kat pulau??? mmg di luar jangkaan ku.
Cuma berkongsi pengalaman dgn kawan2 ku semua. Akan menjadi pengajaran buat ku. Berhati2 lah walau di mana jua kita berada. Kdg2 kita perlu utk bersangka buruk. Tempat yg cantik tak semesti penghuninya juga cantik. Perhentian akan menjadi kenangan yg paling buruk dan indah dalam hidupku. Cukuplah setakat ni saja kunjunganku ke Perhentian. Fobia dowh fobia!!!!
Aku teramat berterima kasih kpd owner chalet D'Lagoon En Razak dan isteri yg byk membantu dari mula kejadian sampailah aku balik hari ni. Aku check out hari ni, kebetulan owner nk balik rumah dia. Dia pon pelawa aku keluar ke Kuala Besut naik bot dia, hantar aku buat polis report, pegi buat IC, bwk balik rmh dia sementara tunggu flight aku belah mlm dan sampailah hantar aku ke airport mlm ni tdi. Duit bilik dgn mkn aku selama 4 hari 3 mlm belum aku byr (semua cash hilang), dia pulak siap bgi aku duit tambang balik lgi (pinjam jer nanti aku byr blk okay)...terharu giler...siap tanya lgi cukup tak tuh...hanya tuhan saja dpt membalas jasa En Razak dan isteri.
Sekian, Salam semua.
Liza mangsa ragut di Pulau Perhentian
Tuesday, July 2, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 peninggalan:
Oh kisah ku...tq adikku tlg kongsikan...
Post a Comment