Pages

Friday, September 20, 2013

italian rainbow cake. simple dan mudah.





woahh entry yang bertangguh tangguh.
hah.
italian rainbow antara kek yang femes kat kedai kek online. kan?
suka sebab eye catching sangat.
kaler warna warni dia tu. menarik.
orang tua suka, anak2 lagi la suka tengok kaler-kaler.
daripada tahun lepas la konon nya nak order tapi ntah kenapa tak terorder.
lepas tu tengok kat Facebook , cousin aku tengah belajar buat kek ni.
terus aku mencelah nak rasa la apa...lepas tu cousin aku kata, nak buat kat rumah mak mertua ku.
wah apa lagi...bestnya..kebetulan balik aloq staq lagi hari tu.

yang kek kita buat ni versi kukus.sedappp, lembut ja.
siapa nak cuba. nah resipi dan cara2. mudah ja rupanya...tak la susah sangat. dah buat baru tau.
-
-
-
-
-
-


bahan-bahan untuk kek

tepung gandum 2 cawan
serbuk penaik 1 sudu kecil
serbuk soda bikarbonat 1 sudu kecil
susu pekat 1 cawan
susu cair 1 cawan
minyak 1 cawan

pewarna suka hati .
-biru
-merah
-hijau
-purple (biru+merah)
-kuning

3biji telur (2 biji ambil putih DAN kuning , 1 biji lagi ambil KUNING SAHAJA)
1cawan gula halus (ayak terlebih dahulu)

cara-cara utk buat kek.

1. Ayak kan tepung,serbuk penaik dan serbuk soda
2. Gula dan telur, putar sampai gebu
3. Masukkan susu pekat dan minyak selang seli
4. Masukkan tepung dan susu cair selang seli


5. Selepas tu bahagi kan adunan sama rata(kalau nak buat 5 warna, asingkan kepada 5 bahagian mcm dlm gambar kat atas)

6.Panaskan pengukus.
7.Sapukan butter pada loyang dan letak baking paper(klu takde,guna A4 paper pon boleh). sapu butter lagi skali atas kertas tu.
8. masukkan adunan ikut warna. kukus satu persatu. 1 warna dalam 20minit. nak cepat bukak dua dapur gas dan 2 pengukus ye :D
9. dah siap kukus semua warna,bagi sejuk dulu..dah sejuk, sapukan cream putih tu dan lapik dengan lapisan kek warna lain, sapu cream semula,lapik lagi,ulang sampai habis lapisan.
10. salutkan kek dengan cream dan hias ikut suka.

Cara buat cream pula..

bahan2.
1 buttercup
2 sudu besar gula icing
lebihan susu cair buat kek tadi

cara-cara
-campurkan semua bahan dan putar sampai kembang,gebu dan putih. aku putar dalam 1jam lebih ckit. aaaaa lenguh tangan...kalau ada mixer yg auto ada bekas tu senang banyak la :)




ni diaaaa...next time buat kita kemas kan lagi hiasan . hari tu dah lenguh2 tangan putar krim pastu dah malam masa tu .. ngantuk penat suma ada ;p
thanx a lot sepupu ku...shazwani zakaria!!

sedapnyaaa.....esok nak buat lagi laaaa...insyaallah.hehe








6 peninggalan:

lia said...

opismate suka buat kek ni... sedappp....

zoora qushairi said...

hehe lepas ni awk buatkan pulak utk opismate >_<

AtieYusof said...

wah! lama tak datang sini...tgk2 ada kek sedap..hehe..
tQ sharing resepi..:)

zoora qushairi said...

atie : kite pon jaranggg dh update. konon2 bz melampau ;p

Cyda Acme said...

rajinnya diknun ... leh try nih nnt huehuehue tp tah biler hahaha

zoora qushairi said...

kak dot buat masa burfday anak akk lepas ni nanti.

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers