Alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan untuk bernafas hingga detik ini :). Sebenarnya, tiba-tiba terasa macam nak meluahkan perasaan. Bukan apa, ermm...ok. Bulan januari 2012, bulan pertama dimana aku tidak lagi bergelar wanita berkarier...
eeyaii macam bagus jer kan ! hihi.
01.11.2011..tarikh aku buat keputusan muktamad..dengan bersemangat aku karang Resignation Letter as Student Lifecycle Executive at Cosmopoint College. Selepas hampir lima tahun aku bekerja. Sebelum convocation year 2007, rezeki aku dah di Cosmopoint. Sepanjang hampir lima tahun tu, segala macam benda dah aku lihat dan harung. Dan segala macam orang juga yang aku jumpa. Ada yang baik, ada yang sebaliknya. Biasa lettew kan :).
A'ha..sebenarnya lagi...ini kali pertama aku duduk rumah dan jadi fulltime housewife. Aku dilahirkan sebagai anak bongsu dan aku mengaku aku memang anak bongsu yang betul2 bongsu..
apa yg aku mengarut ni. Maksudnya disini dari segi semua hal rumah tangga. Selepas berkahwin, aku masih lagi duduk dengan mak ayah, ermm 3 tahun juga. so faham-faham la semuanya dah tersedia ada.
Januari 2012 ni baru aku berjauhan dengan family di Seremban sebab mengekor
bontot suami ke Perak. Lagi-lagi aku dah tak berkarier kan. hehe.
Dan, baru aku sedar, SEBENARNYA jadi surirumah sepenuh masa tidak semudah yang disangka. Jangan ambil mudah ye. Ramai yang kata, senang nye jadi housewife...best la duduk rumah je.! Oh tidak semudah tu wahai kawan. tanggungjawab yang dipikul lebih besar. Kalau dulu, pagi-pagi hantar anak kerumah pengasuh ,lepas tu kite pergi office. Kalau banyak kerja ok la, kalau xde kerja facebook la kan.
Ooppss +_+. Kalau dekat rumah pulak, selagi ada benda tak dikemas selagi tu aku rasa macam nak duduk pon tak senang. Kalau dulu kemas ala kadar je pagi2 nak cepat pergi kerja. Sekarang tak lagi. Sebelum ni kat rumah mak bukan aku malas tapi ramai sangat penghuni nya,jadi, kemas tak sampai 5 minit dah tsunami balik,Lagipon masa tu kite bekerja..
cewahh alasan jer kan.hehe ;p. Ini bukan satu rungutan tapi cuma pandangan aku yang tak pernah lekat duduk rumah ni la. Baru first time nak merasa. Dulu aku pon selalu cakap dalam hati , "bestnye kalau x kerja,duduk rumah goyang kaki,tunggu laki balik kerja". Tapikan aku lega sangat sebab dapat tengok Arissa depan mata 24/7. Walaupon dia lasak dan suka sangat2 kacau mama dia tapi takpe...aku puas.
Lagi satu sebelum aku resign , ada yang berkata macam ni " Rugi la belajar masuk Universiti lepas tu duduk rumah. Baik tak payah belajar ". Mula-mula macam nak marah tapi tak jadi, sebab semua orang ada hak nak bersuara. Katalah apa saja kat aku. Jawapan aku senang.. "setidak-tidaknya saya seorang surirumah yang berpelajaran.dan apa yang saya belajar akan saya praktikkan pada anak2 saya. Saya kan amik jurusan Human Development.
KAU ADA?" hahaaa sombong la plak kan. Lagipon zaman sekarang sangat canggih, walaupun surirumah, tu semua tak menghalang kite untuk berjaya. Boleh jer nak berniaga online ke,kite kan tak buta IT!
haa berlagak lagi tu :p. duduk rumah mengasuh anak orang pon boleh jugak kan?
jual cupcake ke...macam la pandai kan. xpe2 boleh belajar!Internet kan ada. Macam-macam lagi boleh buat. Tunggu lepas bersalin nanti kite tengok apa yg boleh dibuat ye..
Ok lah mama dah bosan. Nak tidur. Esok nak mengemas lagi...hihi P to the O to the Y to the O!
Assalamualaikum :)
2 peninggalan:
hahahahha...kak zura neh lawak...ahahah..xpe2 atleast kak zura jd HOUSEWIFE EDUCATED gituuuu....
hahaa surirumah.satu pekerjaan yg x ternilai sebenarnya dik. nak mendidik anak anugerah ALLAH bukan semudah yg disangka.risau sebenarnya ni :p
Post a Comment