Pages

Tuesday, May 1, 2012

Labour Day and Aeon/Jcard Shopping Spree ---> Kinta City,Ipoh

Memandangkan hari ni cuti labour day, so memang plan nak shopping kat Jusco kinta city. Jam 10.02minit kitorang sampai kat parking tengok dah nak penuh dah. Hurmmm ramainya rakyat jelata Ipoh yang shopping hari ni..hehe.

Ok masuk dalam terus ke customer service amik stroller untuk Arissa...

Pastu renew Jcard ke Aeon Card..rm24 utk 3 tahun sampai 30.11.2014 :)

Sampai je kat pintu masuk Jusco nampak banner jcard/aeon member shopping spree. hari ni last day rupanya. patut la ramai semacam.

Mama macam biasa la..kat rumah macam2 nak beli..sampai2 je dah tak tau nak amik apa...Takpe la jom cari barang papa dulu..papa nak beli baju n seluar pegi ofis..sebelum si arissa mengamuk kebosanan, better cepat2.

Mata mencari mana Padini. Ok dah nampak..Sementara nak ke Padini section, sempat la mama capai seluar kecik yg besar tu dua helai..hihi..Papa terus amik kemeja long sleeve plain size M kaler grey. Seluar slack size 32. Try punya try, dia terus ok. Amik lagi satu kemeja kaler brown n slack lagi satu..haa dalam masa tak sampai 15minit  En. Suami dah dapat 2baju,2seluar padini dia. Mama ? itu je..

Arissa dah start mengamuk nak dukung taknak dok dalam stroller..aarrgghh tension.Dah la ramai orang.. Pujuk2 ok kejap. Terus cari baju arissa plak..pergi kat Seed tengok comel2 je baju dia..dulu arissa tak muat lagi baju2 seed, tadi try tengok dah boleh dah so tanpa buang masa amik 2helai t-shirt kat dia..
Jalan lagi pastu Arissa kata "mama..acha nak suar jean la.." urmm..ok la pilih nye pilih dapat jeans Miki Kids selai. Terus bayar.

Pergi kat baby section konon nak beli barang hero kecik dalam perut mama ni.Tapi tak best sangat..Sempat tinjau harga Avent Starter Kit for newborn kat situ..harga dia RM249..gulpp mahalnye. Mama beli kat online shop benda yang sama RM112.50 je..Jauh kan beza dia :). Cari towel baby tapi tak tau kenapa rasa tak best..maybe beli dalam keadaan yang rushing sebab takot si kakak mengamuk. Cuma amik kain buaian dia je sbb murah.

Arissa dah tak senang duduk dah.Maybe dia rimas dengan orang ramai dan tengok kawan2 sebaya dia berlari2 je kat situ. Settle sume terus keluar pergi kat supermarket jusco plak cari Cheese Stick Arissa + Kinder Bueno mama.

Dapat je CheeseStick tu haa dia dok diam je dalam stroller tu. Papa macam dah nak balik...tapi tetiba teringat....Seluar slack tadi tak potong lagi..Aiyooo masuk balik hantar alter. Sementara tunggu alter seluar tu, dan arissa pon tengah asyik layan cheesestick dia,mama pergi balik kat MIKI Kids. Dapat lagi baju arissa 2 helai. Dalam hati berkata "papa dah dpt brg dia, arissa pon dh dpt 4 t-shirt+jeans,mama punya?? 2 helai underwear je??"..aishhh...xpela. Mama/Wifey memang selalu beralah..hehe..Nak beli suar + baju maternity cam tak berbaloi je.lagi sebulan dua nak slim balik dah...cewahhh =P

Lepas siap alter seluar papa, mama ajak papa naik 1st floor pergi Padini concept store..waaaaa ada 50-70% sume. Papa pergi tengok jaket yang dia dah usha kat Padini dalam Jusco tadi,kat dalam Jusco harga RM269 ada less 50% .. Kat dalam Padini Concept store ni plak harga sama RM269 takde less. Dah berbelah bagi..nak amik ke taknak..last2 tak amik sebab dia bukan kulit.nanti cepat mengelupas..ehh cam kudis plak kan. hehe..

Nak balik dah..tapi masuk reject Shop jap sebab biasanya baju budak2 comel2 kat situ..
Belek-belek dapat kemeja untuk Arissa. Umur Arissa dekat 3tahun tapi baju2 dia sume size 2tahun...size setahun lebih pon boleh pakai lagi. Slim sungguh anak mama :)

Ahh dah penat..turun Ground floor pulang stroller kat customer service.
Singgah Auntie Annes Pretzel..amik air mocha,pretzel choclate n apa nama dia tah yang ada sosej besar tu....

Selesai sudah shopping..tapi tu la..geram ni. barang mama itu je.hiks..takpe..tunggu lepas i habis pantang ok.

-
-
-
-
-
-

* mama dah dekat 8bulan tp mcm tak besar je..hahaaa sila jangan muntah ;p *



* my heart :) 


*suka baju MIKI sebab wording dia macam cute je :). 


*baju untuk kaki shopping :). hehe




 *baju yang nampak perempuan sikit dari reject shop..huhu





ok last sekali...jom makan...



>_<

*arissa n papa dah keletihan dan selamat beradu...
*nampak gayanya barang-barang baby yang banyak lagi tak complete kena beli next week kat Seremban, tak payah bawak arissa.huhu..




SELAMAT HARI PEKERJA !

-mamarissa-

3 peninggalan:

Unknown said...

waaaa manyak soping baju...hehehe

Unknown said...

waaaaa manyak soping baju...hehehe

zoora qushairi said...

huu..baju anak ngan bapak je +_+

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers