Pages

Wednesday, August 24, 2011

saya ada kawan baik :)

illy maisara & norazura
saja. nak cerita pasal budak tomel sebelah kite tu . hehe.
ni kita panggil ayong. kenal dia since 2002 masa tu form 4. dan form 5 jugak. tapi masa tu kitorg tak serapat hari ni. sombong .hihi. memasing ada kawan baik sendiri kan. biasala bebudak. Pastu klu x silap masa thun 2004 or 2005, aku terserempak ngan dia kat kedai buku. Since dari tu, bermula lah persahabatan yg betul2 sampai sekarang.
Kita selalu lepak sesama, buat benda baru sesama.kita hijau, dia hijau.. ngeee :D. takkan lupa pada warna hijau merak tu kan ayong. Pastu memalam lepak Azhar Maju senawang. Gossiping. Yes. I like...! dan rindu benda tu...
Semua nya tak lama sebab kita dah ada tanggungjawab lain. Dah kawin, dah ada anak. Tapi masih ada jugak peluang utk keluar sesama dgn dak ayong ni. terima kasih encik suami sebab bagi chance/izin kat kita kua memalam dgn girlfren kita.
Hmm tak lama lagi .... ayong akan menjalani perkara yang sama dgn apa yg kita buat sekarang. Dia nak kawin dah bulan Oktober nanti :). Mesti cantik kan dia masa tu. hihi. kita plak yg tak sabar nak tgk muka ayong blushing. haa pipi dia ni kan kalau tgh malu je pasti merah pink. comel yo. Ayong nanti jgn nangis tau masa kena tinggal kat Sg. Buloh. hakhakkk :p.

Ok cukup utk hari ni. akan ada next entri utk ayong.......! Blueekkk!





-mamazoora-

Monday, August 22, 2011

7 days to go.

dah nak raya dah..? tp mood utk raya tak berapa nak ada. tahun ni. kite beraya dgn penuh kesederhanaan. preparation x mcm last year. barang arissa pon beli apa yang patut jer. kenapa kejap sangat puasa tahun ni yea...walaupon 30 hari sama macam tahun2 sebelum ni tapi..aku rasa sgt sekejap dan tak puas.kalau waktu kecik dulu 30 hari rasa bagai berbulan2..pastu tak sabar2 nak raya...main bunga api, mercun...Ohhh ok. dah dapat jawapan....the answer is....aku dah makin tua.!telah dimamah usia :). hehe..





* terima kasih YA ALLAH kerana masih memberi aku peluang utk bernafas hari ini...dan peluang utk aku menginsafi diri yg hina ini*




-mamazoora-

Friday, August 12, 2011

keras kepala.

siapa? aku ?
mesti la keras. kalau tak , sekali org pijak dah hancur =) .
Kan?
hehe. yerp ada org kata aku keras kepala n degil . jadi apa?? dah benda tu tak boleh ,
tak betul, tak kan nak buat.
kalau aku kata tak mahu, tak mahu la. sila jangan paksa. klu buat pon benda tu akan jadi sambil lewa.
dan...kalau aku kata aku nak, aku nak la.....*haaa yg ni sgt bahaya bila pegi shopping* 
ngeh ngeh.





dah la.
boring. . . !

Thursday, August 11, 2011

sambal gila :)

ho yeah. 
hari ni dah 11 hari puasa. 
bila puasa je macam2 benda kite rasa nak makan kan.
sepatutnya bulan puasa kite berjimat cermat dalam segala hal.
tapi....tekak kita ni macam2 nak makan..so ke bazaar la jawabnyer.
hehe tapi semalam...terasa nak masak sendiri kat rumah lepas balik kerja.
menu sangat simple.
tapi buat aku bertambah sebab semalam buat "sambal gila". sedapppp...
Mula2 dengar nama sambal ni dah pelik dah. sambal apa ni?? Pastu tnya la member opiz tu. Rupanya2 sambal gila equal tO tempoyak goreng + ikan bilis+cili api. 
Memang  best. Senang sgt nak buat. Blend bwg kecik,bwg putih, cili api, tumis kan benda blend tu pastu masuk kan tempoyak, agak2 dah kering ckit masukkan ikan bilis yg telah digoreng..nak sodap laie tambah potai.

image from google 



Hari ni jom masak.!!





mamarissa :)


Wednesday, August 10, 2011

.tiada title.

bila dah terkena ...baru tau erti itu. kaku diam seribu bahasa. what goes around,comes around. tak boleh nak lari mana dah. bongkak lah. dan terus bongkak. bangga dengan apa yang ada. ia tak kemana kalau jiwa meronta sakit.

jgn pula ada yg terasa. ini cuma tulisan aku. dan aku suka.


mari menyanyi..!
lalalalaaaa . . . .

(",)

papa love mama

my lil cute doter

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers