Pages

Sunday, October 27, 2013

ohh burger malaysia ku . .


petang semalam akhirnya jadi juga beger melesia ni.
asyik bertangguh je nak buat..dulu buat tak jadi...keras.

dah teringin sangat.. kalah orang mengidam, so gigih kan diri buat juga.
bukan takde jual kat kedai...ada,banyak kan?
tapi biasanya kat kedai tu dah sejuk dan sambal sikit..tak puas...hihi.

--------
resipi sambal bilis.

segenggam ikan bilis
secubit garam
cili kering (10-15tangkai)
bawang besar (2 biji - 1 biji hiris,1 biji blend)
bawang putih 4 ulas

kisar.
1 labu bwg besar,bwg putih,belacan,cili kering yg sudah direndam dgn air panas.

panas minyak, masuk bahan kisar,tunggu hingga sambal masak (garing/pecahminyak) ,masuk bawang besar yg dihiris dan masuk kan ikan bilis..
perasa kan dengan asam keping,garam,gula.

resipi doh(ambil dari Yani-myresipi)
-----
*200gram tepung gandum (yang takde timbang berat tu guna 2 cawan tepung gandum) 
*2 sudu kecil mauripan
*2 1/2 sudu besar gula
*2 sudu besar margerin/planta
*140 ml air (suhu bilik) - aku guna botol susu anak untuk sukat air..hehe
*1/2 sudu kecil garam

-timun

cara-cara.

campurkan semua bahan bertanda * dalam mangkuk besar.
jangan tuang air sikit-sikit..masuk kan sekaligus semua bahan2 tu.
kalau adunan lembik ,cuma tambah kan tepung je.

uli sehingga tidak melekat di jari.
buat 1 bulat besar..tutup mangkuk tersebut dengan kain lembab dan biarkan kembang 2 kali ganda.

bila dah kembanggggg....jangan terus uli kecil2....tumbuk-tumbuk dulu doh yang dah kembang tadi untuk buang angin-angin yg ada. selepas tu bahagi pada 8 bahagian, buat bentuk bulat.

biarkan bentuk bulat yang dibahagi 8 tu naik lagi 2 kali ganda , dan goreng dengan minyak sederhana panas hingga kekuningan.

belah dua roti, masuk kan sambal dan timun.

siappppp....sedap dimakan panas2..

sila buat untuk minum petang ni ye.

:D































Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers