selamat petang :)
hihi tajuk nak macam cerita hantu plak kan.
camni. mama nak cerita pasal Tapai.
Arwah atuk mama memang terkenal dengan tapai dia yang sangat sedap. Selalu dia akan buat setiap kali raya.
Mama ingat lagi masa tu mama darjah 1. Balik kampung dan tibalah waktu arwah atuk untuk buat tapai. Dia bawak segala kelengkapan untuk buat tapai tadi dalam sebuah bilik dan kunci pintu tu. Dia buat sorang sorang je. Tak bagi langsung cucu cucu dia yang berderet ni masuk. Macam menurun ilmu plak yea. Kitorang mesti memanjat manjat pintu bilik nak tinjau atuk buat tapai :)
Dan sekarang, kepandaian buat tapai ni menurun kat mak mama pulak. Sama rasa macam arwah atuk buat.
Mak cerita, kalau ikutkan arwah atuk, pantang larang tapai ni banyak jugak yea. Antara nya :
- tak boleh buat dalam keadaan riuh rendah (sebab tu masuk dalam bilik kunci pintu sume)
- tak boleh makan sireh
- tak boleh buat tapai sekiranya tukang buat tu 'datang bulan'
- tak boleh makan benda masam
Jika langgar pantang, tapai ni tak jadi , tak sedap, boleh jadi masam, boleh jadi kaler merah(kalau buat masa datang bulan). ye ke ?? tapi kenapa mak buat tapai sekarang ni dalam keadaan hiruk pikuk jadi je tapai dia.
kenapa keluar cite tapai petang petang ni??
pic dari en.google
sebab...akak ipar mama ada amik order tapai 200 bungkus (8kg beras pulut)
nak jadi kan cerita, dia dah buat 2 hari lepas tapi tapai dia tak jadi, jadi masammmm sangat.orang yang order tu nak amik hari ahad 23 disember ni. sebelum ni dia buat sedap,manis..thats why jiran dia tu order kat dia. akak ipar mama buang yang masam tu semua pastu hari ni nak try buat lagi sekali...dah elok kukus semua, akak ipar mama call..katanya dia tetibe 'datang bulan' plak so tak berani nak buat takut tapai tak jadi lagi..
huhu nasib baik mak mama ni baik hati..mak pergi rumah dia nak tolong buatkan tapai. kesian juga kalau tak sempat siap orang dah order kan.
terus abang mama kata tadi, lepas ni taknak amik order tapai lagi dah..banyak sangat misterinya. hari tu buat rasa dah manis tapi pulut nya tak masak. Buat lagi skali, pulut masak elok dah, rasa pun manis tapi dia jadi kering sekering kering nya..takde air...
ikut je la pantang larang cik tapai ni yea..hehe
-mamazoora-
9 peninggalan:
Suka tapai yg dr daun getah tu...sedap.. :D
dalam daun sedap kan..tapi mak buat bekas plastik je dah malas nak cari daun tu. hehe :D
mmg banyak pantang buat tapai..tahu juga,..kalau silap mmg tak jadi....kalau org tegur pun sure tak jadi...elok beli jerlah kan..hihi
Kak zan org Banjar..suku kami memang terkenal dgn pembuatan tapai yg sedap, malangnya kakzan tidak mewarisi kepandaian tu. Tapi tapai org Banjar berwarna hijau, dari jus daun asin-asin..
Mmg byk pantang larang wat tapai nih...mak sy pun ckp benda yg sama spt kat ats tu...kkdg bika dpkir blk mcm pelik je kan...
aahh..tu la..saya pon ade dgr pasal pantang lrg wat tapai ni..terutama msa dtg bulan..mmg x leh wat tapai...hehehhe..
tu la pasal..saya pun ada dengar pasal pantang larang masa buat tapai tu...Tapi secara personal, saya tak pernah lagi buat tapai ni..hihihi
terliurnye dgan tapai ni sedapnyerrrr..tak sabar nak balik kampung beli tapai pulut banyak2 nak makan. kat bandar ni tak jumpe lagi tapai yang sodap..
selalu jugak dengar pasal pantang larang wat tapai nie..tp x tahu lar betul ke tidak..hihi..yg penting tapai best!!
Post a Comment