Pages

Tuesday, January 8, 2013

permohonan rebat rm200 telefon pintar

hai :)

tengahari ni mama sibuk la memohon rebat rm200 untuk telefon pintar tu. sebab nya telefon mama yang sekarang ni kejap ok kejap k.o

Izz suka gigit telepon mama,makanya air liur dia habis la masuk celah2 qwerty pad tu (ewahh ini sengaja diberi atau apa.haha)

sekarang Mama guna Nokia X5 je. Ini pun dapat free tau. Husband dapat masa cabutan bertuah waktu dinner ofis dia dulu hujung tahun 2010. See..lama dah kan mama guna. Free lak tu. Mama tak tukar tukar ikut trend pun. Cukup la dapat call,sms,amik gambar,video bebudak ni.

mama konpius sekejap tadi. boleh ke orang dah kahwin mohon untuk rebat rm200 ni. erm bila tengok syarat, takde plak kata yang boleh mohon cuma belia yang bujang. belia yang dah berkahwin pun boleh la kan asalkan umur tak sampai 30tahun lagi.

hihi mama pun cecepat la apply tadi..terus keluar 'permohonan anda berjaya'..Penebusan luput pada 8 februari 2013 ni. jom survey talipon. dalam otak ada blackberry dengan samsung yang murah2 je.

alhamdullilah.

hari tu kerajaan tetapkan telefon pintar yang boleh dibeli cuma yang RM500 kebawah sahaja,tetapi 2,3 hari lepas dengar berita, diorang tukar semula..tiada had harga.maknanya boleh beli samsung s3,iphone5. Uwaahhh banyak cantik...mama ada rebat rm200 je pastu lagi yang lebihan ribu raban belakang tu siapa mau nambah? hahaa jadi, husband mama tetap guna syarat yang kerajaan tetapkan awal awal tu...boleh beli telefon yang tidak melebihi rm500. alaaa sayang...lebih ckit la rm600 ke rm700 ke...hikss

ok lah...sesiapa yang belum melebihi 30 dan nak mohon sila ke http://www.skmm.gov.my . surirumah yang bekerja sendiri pun boleh je mohon ;)

-mamazoora-






9 peninggalan:

Dr K said...

huhuhuh..saya dah lebih 30...ekekeke

zoora qushairi said...

hihi Dr. kalau belum 30 pun tak yah la apply ;p

Fiza Rahman said...

Mohon...jgn tak mohon. Saya pon tak bley sbb dah lebih umur...huhuhu...

Kakzakie Purvit said...

Kakak pun sama janji telefon boleh buat call sudah. SMS pun kakak jaaarang biasa org sms kakak call balik...

Ada peluang mohon buatlah macam kakak nie dah terlajak umur tak boleh.

Ratu Hatiku said...

hehehe...da terlebih sikit umur la...

Unknown said...

suri rumah yg xbekerja lnsg bleh jgk ke apply??hihi

zulaikha megat said...

telan ailio jerlah tgk org lain dapat rebat RM200 tu..

Cyda Acme said...

kat opis nih berlumba2 mohon. kak dot? Pandang jeklah hahahahaha

Anonymous said...

Do you have a spam problem on this blog; I also am a blogger, and I
was curious about your situation; we have created some nice methods and we
are looking to exchange methods with other folks,
please shoot me an email if interested.

My blog post: iphone 5 design

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers