Jadi, haruslah mama dengan papa cari yang baru. Tapi bukan sekarang. Sekarang cuma waktu untuk survey dan target mana yang nak. Macam tu sekali kan..hihii
Kalau ikutkan, encik somi nak beli Nikon D7k tu semula tapi mama tak nak. Fobia dah nak guna.
Mama nak kamera compact je bukan Dslr TAPI..
Mama dengan papa cuma survey Nikon je. Mungkin sebab dari dulu guna Nikon, dan dah selesa dengan Nikon.
Tapi....baru baru ni..mama jatuh cinta plak dengan camera samsung
Samsung Galaxy Camera
Pulak dah.... Boleh capture gambo
Harga yang ditawarkan RM1899 dan didatangkan bersama sistem operasi Android. Bukan kamera pertama yang menggunakan Android, sebelum ni Nikon pun ada peranti lebih kurang sama. Tapi, Galaxy Camera didatangkan dengan sistem operasi yg terkini, iaitu Android 4.1 Jelly Bean. Skrin bersaiz sebesar 4.8-inci, paparan terbesar di sebarang kamera kompak. Sensor 16.3 megapixel, 21x zoom optikal. Ada kaler putih dengan hitam. Mama pilih putih. hehe berangan jap.
Nikon 1 J2
Ha ni yang mama dok perhati dari hari tu.
Macam biasa kompak, comel, lagi2 boleh tukar lens,gambar pon cantek2 mcm dslr je.
Kamera tanpa cermin (mirrorless) ni, model susulan kepada kamera Nikon 1 J1 yang dilancarkan tahun 2011. Ada banyak kaler, oren,PINK,merah,grey,putih,itam.
Harga pasaran malaysia sekitar RM1650.
i love white ? ..yum yum...best nya kalau dapat....berangan je semua ni sebab en. somi tak suka kamera kecik2..nak yg gedabak..larat plak mama nak bawak p mana mana. kang kalau tinggal kat rumah macam dulu kan hilang lagiiii...tak sanggup dah tau. Serius mama takkan lupa tragedi tu. huh
seterusnya..last yang mama suka.
Nikon D5200
D5200 merupakan model yang akan gantikan Nikon D5100 yang ada. Spesifikasi Nikon D5200 ini berada antara spesifikasi Nikon D7000(i miss u d7000) dan Nikon D3200.
Spesifikasi Nikon D5200
Nikon D5200 lengkap dgn 24.1 Megapiksel CMOS sensor, enjin pemprosesan imej EXPEED 3, dan jarak ISO antara 100-6,400 (boleh dipertingkatkan sehingga 25,600).
Di belakang kamera DSLR ni ada skrin LCD 3 inci yang boleh dipusing pada sudut tertentu dan amat membantu untuk merakam portrait sendiri(sesuai sangat).
Ada fungsi D-Movie dan kita boleh rakam video full HD 1920×1080 pada kadar 50i/60i.
Ada tiga warna , hitam, bronze(gangsa) dgn merah makngah :p
Mungkin en. suami akan ok dengan yang ini. Harga murah sikit dari D7000.
Nikon D5200 akan dijual dipasaran Eropah pada harga £720 (sekitar RM3,520 ) untuk badan sahaja atau £820 (RM4,010 )bersama-sama dengan lensa kit (kit lense) 18-55mm VR.
Yang mana 1 ?? Entah....tak tahu lagi. Survey dan survey lagi.. ;)
9 peninggalan:
Hana pun berangan nak beli kamera dslr tp suami ckp larat ke usung ke sana ke mari. g opis pun nk bwk kamera. xpuas hati snap gambar dgn kamera hp je. kalo canon yg yuna pakai tu ok x? nanti leh la ajar hana guna dslr ye. hehe
hehe kan hana kan. dslr best..cuma besar ckit la nak usung. nak2 klu dah ada anak anak ni.
canon yuna guna tu pon ok sangat utk beginner macam kita. ti kita blaja sama sama ye :)
sy pakai hp camera jer... sbb plng mudah biler da beranak ni ha3
henpon camera gak senang tp tu la henpon zura takde camera..oldskool punya..hihii :)
salam kenal..
sy paling suka yg cmpact jew senang dibawa mana2 n comel..hehe..
dan sy paling suka yg jenama Nikon tu..bg sy kualiti gmbar dia cantik jg..!
salam kenal :).
ikut hati mmg nak je yg compact.tp kena ikut hubby jugak kan..hihi
nikon tu mmg best..hmmm
nikon V1 best!!! sekarang dah murah da...!
baru dalam cadangan nak beli nikon..tp beli yng biasa je..sebab baru first time nak guna..heheee..
yg biasa pon dah cukup ok dah mimie.. :). nikon best.senang nak paham.
Post a Comment