Pages

Saturday, December 8, 2012

'M' eh?

Apa " M eh " tu?

Nak cerita sikit. Hari tu pergi cari seluar trek husband dekat giant ni. Urgent masa ni sebab dia nak p kursus lg setengah jam baru terperasan suar trek tak cukup. haishh mama p dengan arissa.

Sampai je Giant tu terus pergi bahagian seluar. ohh pening pale mama tengok banyak sangat seluar gantung gantung. Lepas tu mama cari seluar yang mama nak. Ok dah jumpa tapi size L/XL..papa pakai size M je . 

Cari punya cari tak jumpa. Kebetulan sebelah mama ada sales assistant/promoter tengah dok susun ,sangkut seluar trek tu. Sambil sambil cari mama cakap dengan dia tanpa pandang muka. Mama nak cepat niiiii...

mama : dik size M yang ni ada tak?

promoter : M eh? (suara dia agak kasar)

mama : ye dik M.

promoter : ...........(senyap)

mama masih mencari cari lagi size M tu dengan harapan promoter tadi datang bawakkan seluar tu tapi hampa..dekat 5-10 minit mama tunggu. waktu genting macam ni, seminit pon mama rasa lambat.
ehh tak ley jadi ni..mama tinjau tinjau la cari promoter tadi...tup tup dia ada tengah susun spenda @ seluar dalam. haiyaaaa...ingat kan dia pergi cari seluar size M.

Grrrrr..geram jugak..mama pergi dekat dia..baru je nak tanya pasal seluar size M tadi tu terus tak jadiiiii.....sebab dia pekerja OKU - down syndrom.

Patut la..sian dia..rasa nak peluk peluk je dia kat situ. Dulu masa sekolah mama pernah pergi rumah yg menempatkan kanak kanak downsyndrom kat temiang,seremban. seronok layan diorang. diorang manja dan comel :)

Ok.

Moral of the story, jika bercakap, sila pandang muka orang yang berdepan dengan anda yea..
Lagi...
Jangan jadikan kekurangan pada diri kita sebagai batu penghalang untuk kita berjaya. Usaha tu yang penting.

Mama bangga dgn giant ni sbb amik org OKU untuk kerja macam ni. Ok la tu kan ada jugak income/duit poket dia. First time mama jumpa.

hmmm



selamat malam.

-mamazoora-

0 peninggalan:

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers