Pages

Friday, December 28, 2012

bawah pengaruh dadah

hai la..kepala mama sangat pening sekarang ni sebab mama amik sebiji dadah bernama primifed..
hihihiii rilex rilex jangan tangkap ai ok...

mama selesema. actually mama resdung dari kecil lagi. masa belajar kat upm dulu,makcik  mama dah suruh buat minor operation untuk sinus tu. tapi mama tangguh tangguh sampai la dah beranak pinak ni macam susah la kan.

so bergantung pada ubat je skang ni.
rimas beb asyik selsema je.

mama tak boleh :

  • kena habuk sikit
  • mandi pagi2
  • sejuk lebih2
  • makan makanan laut banyak2 (udang,sotong,belacan,cencaluk)
  • orang usik hidung
cepat sangat mama terbersin, dan selsema selama 1 hari. bukan sikit2 nye selsema...yg kaw2 punya. jiran dengar mama terbersin pun boleh terkejut kot. eheee...sowi la ye.tak boleh kawal.

errr tak tahan nye. ni yang dok type entry ni sebab nak melawan ngantuk la ni. nak tidur tak dapat sebab anak2 kecik ni ha. kalau tidur confirm kakak kerjakan adik dia...adik plak merayap masuk bawah meja..ohh tak boleh tak boleh...tunggu papa balik jap lagi baru boleh nak tidur sekejap. 

sekejap pun jadilah. bayangkan bila dah makan ubat selsema yg berdos tinggi pastu kita tak tidur, gigil2 tangan..nak cakap pun tebal je lidah ni.....

primifed ni memang sangat kuat. nak beli pun susah hari tu..nak kena isi form,alamat rumah,no. ic, full name. 

ok dah tu je. jangan la kamu kamu hisap dadah yea. aaaa dah melalut dah ni .. . . .

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz .  . . . ....................






jumaat terakhir..(mengimbau kenangan) hahaa






assalamualaikum :)

selamat pagi !

syukur alhamdullilah nafas ini masih dipinjamkan untuk hari ni. moga dipanjangkan umur kita semua.

hari ni jumaat yang terakhir untuk tahun 2012. mama rasa sangat cepat masa berlalu. hampir genap setahun dah mama berhenti kerja, jadi surirumah sepenuh masa. jaga anak kecik ni ha.

mama letak resignation letter pada 1.11.11 ..tarikh nak cantik je kan..
2 month notice. masa ni nak berhenti kerja konon konon sebab tension sangat dah dgn kerja.memang pun.husband izinkan so apa lagi ye tak..actually kerja mana2 pun sama je kan.ada je pressure.kerja kedai runcit jual sayur pun tension jgk.
mama kerja kat tempat tu 4 tahun. tak la lama mana pun. ni kerja pertama mama lepas abis study kat UPM,serdang.

lepas je mama letak notis berhenti kerja,ada beberapa berita gumbira mama dapat. alhamdullilah. husband dpt kenaikan pangkat. tapi kena pindah..dari seremban ke ipoh(tempat mama sekarang).elok la tu kan mama pun dah resign. erm masa tu juga mama dapat tau mama tengah pregnant.
ohhhh patut la tension sangat2 kat ofis sampai nak berhenti kerja. ada benda dalam perut rupanya.syukur lagi sekali.menangis mama kat klinik masa tau tengah pregnant sbb mama ingatkan perut mama buncit.mama pergi gym,jogging semata mata nak kurus,nak kempis perut. nasib baik sangat2 anak mama dalam perut ni kuat.  hihi Allah swt dah aturkan apa yang terbaik utk umatNya kan.

jadi, januari 2012 mula la kehidupan baru di ipoh. mula tu dah risau sebab husband tak jumpa rumah utk disewa. mama cari kat internet pun tak banyak sangat. lepas tu kebetulan pulak ada sedara duduk ipoh ni. mama pergi rumah dia,tumpang tidur satu malam dan dia bawa jalan jalan sekitar taman rumah mencari umah sewa. alhamdullilah dapat juga akhirnya.

awal nya sangat kekok ok duduk rumah je. mama rasa sangat penat masa baru pindah tu. dengan perut yg makin besar.tapi seronok jugak..dapat tengok arissa 24/7..
semua nya ok sepanjang masa duduk ipoh cuma TRAGEDI 02 MEI yang tak boleh dilupakan. takpe. allah bagi kita gembira, allah bagi kita sedih juga kan. dugaan setiap manusia tu berbeza beza :).

pastu selepas Mei yang sadis tu, datang pula Jun yang sangat bahagia. Mau tak nye..mama bersalin 08 Jun tu. awal sebulan pada due...kelam kabut sekejap kat ipoh..mama cerita kat SINI .

pejam celik pejam celik baby Izz dah nak masuk 7 bulan dah. Next week dah new year? azam tahun baru,macam biasa, carry 4wd mana mana azam tahun baru yang tak terbuat hari tu :D


Selamat hari Jumaat yang terakhir untuk tahun 2012 yea kawan kawan. Semoga esok lebih baik dari hari ini dan semalam.




klik besarkan image 



-mamazoora-

Wednesday, December 26, 2012

WW #2

Assalamualaikum.

Tamat sudah percutian di kampung. Sekarang dalam kereta on the way ke Ipoh. gambar sepanjang masa kat kampung :)

 baby Izz dengan Wantih dia. Jalan jalan Jusco Seremban 2

 Maklang belanja hamper. Terima kasih maklang....! ;)

 Tempat wajib untuk Arissa setiap kali balik seremban...main main kat carrefour yang takde orang..hehe

 huhu.. baby baju belang biru baru 5 bulan, berat dia 10kg..geram gila mama. kena gomol2 sekejap...nama dia adam ahmad. Izz 6 bulan baru 6.5kg.berbeza sungguh kaki dengan tangan diorang. hihi


gurau gurau manja adik beradik ni ;p


kepenatan...dua dua tido. mama update blog. jap lagi sampai la kat ipoh...


nanti kite balik kampung lagi...!

;)





-mamazoora-

Monday, December 24, 2012

selamat hari isnin


selamat hari isnin semua. 
ini waktu subuh subuh...
sepanjang beberapa hari duduk kampung ni, cuaca seakan tak benarkan kami bangkit dari katil..
hujan...redup...sejuk..matahari pun tak muncul.
wahhh memang nikmat bila duduk kampung.


Ada tak yang bekerja hari ni?
eheee selamat bekerja yea.

:)





-mamazoora-





Friday, December 21, 2012

kadar dividen ASB 2012

Alhamdullillah..


Dividen ASB 2012 Telah Diumumkan pada 21 Disember 2012.


Pada tahun 2012 ini, pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012.

Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit. Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.

Sumber petikan dari BERNAMA.


Rancang lah kewangan anda sebaik yang mungkin.






*papaaaaa...nak nikon d7000 balik bulih tak..

berani tanya kat blog je.. mana la tau kot kot dia terbaca..hahahhaaaa

ok dah jom tidur. jangan lupa doa tidur ;)



-mamazoora-

tapai dan misterinya

assalamualaikum.
selamat petang :)

hihi tajuk nak macam cerita hantu plak kan.
camni. mama nak cerita pasal Tapai.

Arwah atuk mama memang terkenal dengan tapai dia yang sangat sedap. Selalu dia akan buat setiap kali raya. 

Mama ingat lagi masa tu mama darjah 1. Balik kampung dan tibalah waktu arwah atuk untuk buat tapai. Dia bawak segala kelengkapan untuk buat tapai tadi dalam sebuah bilik dan kunci pintu tu. Dia buat sorang sorang je. Tak bagi langsung cucu cucu dia yang berderet ni masuk. Macam menurun ilmu plak yea. Kitorang mesti memanjat manjat pintu bilik nak tinjau atuk buat tapai :)

Dan sekarang, kepandaian buat tapai ni menurun kat mak mama pulak. Sama rasa macam arwah atuk buat. 

Mak cerita, kalau ikutkan arwah atuk, pantang larang tapai ni banyak jugak yea. Antara nya :
  • tak boleh buat dalam keadaan riuh rendah (sebab tu masuk dalam bilik kunci pintu sume)
  • tak boleh makan sireh 
  • tak boleh buat tapai sekiranya tukang buat tu 'datang bulan'
  • tak boleh makan benda masam
Jika langgar pantang, tapai ni tak jadi , tak sedap, boleh jadi masam, boleh jadi kaler merah(kalau buat masa datang bulan). ye ke ?? tapi kenapa mak buat tapai sekarang ni dalam keadaan hiruk pikuk jadi je tapai dia.

kenapa keluar cite tapai petang petang ni??


pic dari en.google


sebab...akak ipar mama ada amik order tapai 200 bungkus (8kg beras pulut)
nak jadi kan cerita, dia dah buat 2 hari lepas tapi tapai dia tak jadi, jadi masammmm sangat.orang yang order tu nak amik hari ahad 23 disember ni. sebelum ni dia buat sedap,manis..thats why jiran dia tu order kat dia. akak ipar mama buang yang masam tu semua pastu hari ni nak try buat lagi sekali...dah elok kukus semua, akak ipar mama call..katanya dia tetibe 'datang bulan' plak so tak berani nak buat takut tapai tak jadi lagi..

huhu nasib baik mak mama ni baik hati..mak pergi rumah dia nak tolong buatkan tapai. kesian juga kalau tak sempat siap orang dah order kan.

terus abang mama kata tadi, lepas ni taknak amik order tapai lagi dah..banyak sangat misterinya. hari tu buat rasa dah manis tapi pulut nya tak masak. Buat lagi skali, pulut masak elok dah, rasa pun manis tapi dia jadi kering sekering kering nya..takde air...

ikut je la pantang larang cik tapai ni yea..hehe




-mamazoora-


siapa suruh tinggalkan buaian mama oiii!




hurm sekarang mama kat rumah mak.
dan sedang mengalami masalah iaitu susah sangat nak tidurkan baby Izz.
biasanya mama bawa balik buaian.
tapi kali ni konon konon malas nak bawa la sebab nye masa pergi melaka hari tu ok je baby izz ni tidur atas katil.
senang je. mungkin dia tau waktu tu pergi jenjalan kan. sekarang ni tak jenjalan mana pun ..cuma duduk rumah uwan je.

sampai mama tak ley nak buat apa. kena berkepit je dengan dia.
akhirnya mama dapat solution.
ni haaaa.....
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-


alhamdullilah nyenyak dan lama dia tidur dalam ni..tolak kedepan kebelakang...ehee..sesiapa mengalami masalah yang sama di saat saat genting dan terdesak macam mama buleh la try yea..hihiii...nak beli buaian baru macam tak berbaloi la plak. tu yang mama bley blogging kejap ha...kui3x...
*glow in the dark rupanya stroller budak ni*



-mamazoora-



Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers