Pages

Monday, December 10, 2012

senyap pon.

Assalamualaikum :)

Hehe pagi ni bangun bangun pagi baby Izz mama nangis-nangis.
bagi susu taknak,semua taknak.Tengok pampers macam penuh je.

Mama bawa masuk bilik air,tadah air dalam besen.
Masuk dalam tu...wahhh kemain suka main air rupanya.


Dah siap mandi pastuuuu...................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-

TIDOQ!!


waaaa...sangat seronok menjadi seorang bayi dan kanak kanak kecil kan :).
kalau mereka tau dan faham dengan masalah yg sentiasa ada waktu dewasa,pasti mereka mereka ingin sentiasa menjadi bayi .

hehe


dah kepada surirumah,jom masuk dapur.
kepada yg kat ofis sila bekerja sambil berFB yea..baru tak tension.miahahaaaa ;p


Saturday, December 8, 2012

'M' eh?

Apa " M eh " tu?

Nak cerita sikit. Hari tu pergi cari seluar trek husband dekat giant ni. Urgent masa ni sebab dia nak p kursus lg setengah jam baru terperasan suar trek tak cukup. haishh mama p dengan arissa.

Sampai je Giant tu terus pergi bahagian seluar. ohh pening pale mama tengok banyak sangat seluar gantung gantung. Lepas tu mama cari seluar yang mama nak. Ok dah jumpa tapi size L/XL..papa pakai size M je . 

Cari punya cari tak jumpa. Kebetulan sebelah mama ada sales assistant/promoter tengah dok susun ,sangkut seluar trek tu. Sambil sambil cari mama cakap dengan dia tanpa pandang muka. Mama nak cepat niiiii...

mama : dik size M yang ni ada tak?

promoter : M eh? (suara dia agak kasar)

mama : ye dik M.

promoter : ...........(senyap)

mama masih mencari cari lagi size M tu dengan harapan promoter tadi datang bawakkan seluar tu tapi hampa..dekat 5-10 minit mama tunggu. waktu genting macam ni, seminit pon mama rasa lambat.
ehh tak ley jadi ni..mama tinjau tinjau la cari promoter tadi...tup tup dia ada tengah susun spenda @ seluar dalam. haiyaaaa...ingat kan dia pergi cari seluar size M.

Grrrrr..geram jugak..mama pergi dekat dia..baru je nak tanya pasal seluar size M tadi tu terus tak jadiiiii.....sebab dia pekerja OKU - down syndrom.

Patut la..sian dia..rasa nak peluk peluk je dia kat situ. Dulu masa sekolah mama pernah pergi rumah yg menempatkan kanak kanak downsyndrom kat temiang,seremban. seronok layan diorang. diorang manja dan comel :)

Ok.

Moral of the story, jika bercakap, sila pandang muka orang yang berdepan dengan anda yea..
Lagi...
Jangan jadikan kekurangan pada diri kita sebagai batu penghalang untuk kita berjaya. Usaha tu yang penting.

Mama bangga dgn giant ni sbb amik org OKU untuk kerja macam ni. Ok la tu kan ada jugak income/duit poket dia. First time mama jumpa.

hmmm



selamat malam.

-mamazoora-

selamat ulang bulan ke 6 baby Izz

Camat Pagi :)

Hari ni 08 disember 2012 genap umur anakku Izz Rizqi 6 bulan. Alhamdullilah.

Setiap hari menghadap dia dan kakak. Walaupun letih, tapi tak pernah jemu dan bosan.

Sempena umur 6 bulan Izz dah pandai.......


  • menunjukkan tanda tanda nak merangkak. 
  • meniarap dah pro dah siap golek golek. hehe
  • dah boleh maju ke hadapan dengan laju. sebelum ni asyik mengundur je.
  • haaaa lagi satu..paling mama geram dia dah pandai kutip barang barang masuk dalam mulut. pastu batuk batuk. memang tak boleh lepa dah sekarang. kena make sure selalu depan mata.
  • kalau tengok mama siap pakai tudung, mula la berenang renang nak pegi kat mama. takut kena tinggal la tu kan :)
Mama harap izz membesar dengan sihat la hendaknya ye..


 sayang budak mucuk. gambar pagi2 tadi..


ni tengah malam tadi..



mama papa & kak long love u so much  izz rizqi.




-mamazoora-


Friday, December 7, 2012

blog kak tijah memang best.

miahaaahaaa..
start start n3 dah nak gelak apahal =D
adehh..mama dah lama tak baca blog akak  ni.
dulu masa masih kerja memang selalu baca...
jadi mama start baca balik post dia dr tahun 2010..
2011 kejap lagi la sambung.

memang sempoi orang nya. dan jujur. dan kelakar serta spontan.
orang nismilan(negeri sembilan).
sama la kita kak. entah2 penah selisih bahu kek kodai bob.
kreatif orang nya.
ada sorang anak bujang nama cem.
lawak aaa..arissa pelik apasal mama banyak gelak sorang2 pagi ni ;p

nak sambung baca entry 2011 plak.

jom aaa baca sesama ;)

http://dikja.blogspot.com
.






Thursday, December 6, 2012

pos laju buat surprise!

Hye :)

Hari ni mama dapat hadiah?? hahaaa ..

Tadi masa baru nak kemas kemas rumah dengar ada orang hon hon depan rumah. Tinjau tinjau tengok van pos laju.

Dalam hati menjerit..YEAYYYY BABY BULLET dah sampai.  Pastu masa on the way ke van tu terpikir jap..aikk semalam wawa kata baru nak pos hari ni..tak kan dah sampai.

Ke....ada benda lain yang mama beli??

Ehhh takde . mana ada beli apa apa dah. Gila nak shopping lagi waktu sekarang ni? Gaji orang gomen lambat lagi weiii...!

Hurm waktu orang pos tu suruh sign, ada 3 kotak mama nak kena sign. Aikk pelik lagi...benda apa sampai 3? Sebelum sign mama tanya orang pos tu dulu, betul ke alamat ni? untuk siapa eh barang ni? Dia check2...Untuk norazura. Haa? itu adalah saya..hahaaa...takpe lah amik je la dulu masuk rumah baru tengok.
Masuk rumah tak tunggu dah ..terus koyak plastik dengan rakus..mana la tau kot menang apa apa peraduan..dapat talipon ke Ipad ke tab ke..miahahahaa berangan tak sudah!!

Buka buka je..Ooooohhhh laaa benda ni.!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



 dapat 3 pack free..

mama redeem anmum essential untuk arissa bulan 10 hr tu so ini la hasilnya..
syukur alhamdullilah sesungguh nya Allah swt sangat memahami...
gaji lambatttt lagi..wahh mcm la mama kerja kan ;p.
suka la arissa ni.

susu anmum sedap.sambil sambil buat susu kakak, mama curi2 ratah ckit..hihiiiii 

THANK YOU SO MUCH ANMUM!





-mamazoora-

Wednesday, December 5, 2012

GOTCHAAAAA!!!!



Adeh..

Ni tengah malam tadi punya hal. Mama dengan papa macam biasa syok melayan drama bersiri Adam dan Hawa kat astero.

Tiba tiba kami pelik sebab cik mek Arissa takde tengok tv sama kami. Dia peminat setia adam dan hawa. Mama panggil, takde pulak dia menyahut. Mama tengok dalam bilik depan takde, kat toilet takde,kat dapur takde..ahh sudah mana dia ni.

Tapi masa mama pergi dapur tu mama dengar bunyi macam tikus je dalam bilik stor. Selama duduk sini memang belum pernah la terserempak dengan tikus. Lipas ngan cicak je banyakkk..eeeuuuuwwww...

Perlahan perlahan mama buka pintu stor..takut jugak kot tikus tetibe lari mencicit. Mama tengok takde apa pun. Ehhhh dengar bunyi belakang pintu la...haaaaaaa...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


GOTCHAAAA!!!




arissa sorok apa tak tau bawah baju papa dia tu. dok tersengih sengih.kebetulan mama pegang henset papa,terus snap.ni bilik gelap gelita. lampu kalimantang rosak.! berani arissa dok dalam bilik gelap sorang2.


Mama panggil dia keluar, dia tak nak. 


Tu dia ada loyang dia amik. apa plak dia buat ni..


Laaaaaaa dia curi curi makan choclate cadbury rupanya..patut la kat peti ais tadi ada kerusi. Sebab choclate mama sorok kat belah atas tempat2 ais tu.Jumpa juga yea. Mama memang tak suka dia makan choclate. itu mama yang punya tu. miahahaaaa..jahat nye. bukan tak suka apa, dia kalau dapat makan, kalau boleh nak habiskan satu bar besar tu. Mungkin sebab mama dengan papa jarang belikan choclate kat dia, so bila dapat ,tu yang sampai macam ni. Sanggup bergelap dalam bilik. Oh anakku....macam macam dah ye.

=)

Tuesday, December 4, 2012

Kamera.

Sejak mama kehilangan Nikon D7000 pada bulan Mei lepas, nak pergi jalan mana-mana rasa tak best sebab tak boleh nak amik gambar cantik cantik. boleh camtu? lalalaa =D

Jadi, haruslah mama dengan papa cari yang baru. Tapi bukan sekarang. Sekarang cuma waktu untuk survey dan target mana yang nak. Macam tu sekali kan..hihii

Kalau ikutkan, encik somi nak beli Nikon D7k tu semula tapi mama tak nak. Fobia dah nak guna.

Mama nak kamera compact je bukan Dslr TAPI..haaa ada tapi tu yang tak best...biasalah kuasa vito terletak di tangan suami. hahaa takde lah. Papa nye nak dslr.katanya alang alang beli compact yg harga ckit lg boleh dpt dslr, baik beli dslr. Entah la..ikut je la.

Mama dengan papa cuma survey Nikon je. Mungkin sebab dari dulu guna Nikon, dan dah selesa dengan Nikon. 

Tapi....baru baru ni..mama jatuh cinta plak dengan camera samsung (dasar cepat terpengaruh!!)

Samsung Galaxy Camera

Pulak dah.... Boleh capture gambo (mestila klu tidak bukan camera) edit2 gambo pastu share terus ke FB/Blog etc..sebab boleh connect guna wi-fi. compact ,comel, senang nak bawak selit masuk dalam diapers bag(sejak jd mummy,diapers bag adalah handbag mama). Tapi tak ley buat call la. kalau boleh memang dasyat ah. cakap talipon kat kamera...hihi ada jakun disitu.


Harga yang ditawarkan RM1899 dan didatangkan bersama sistem operasi Android. Bukan kamera pertama yang menggunakan Android, sebelum ni Nikon pun ada peranti lebih kurang sama. Tapi, Galaxy Camera didatangkan dengan sistem operasi yg terkini, iaitu Android 4.1 Jelly Bean. Skrin bersaiz sebesar 4.8-inci, paparan terbesar di sebarang kamera kompak. Sensor 16.3 megapixel, 21x zoom optikal. Ada kaler putih dengan hitam. Mama pilih putih. hehe berangan jap.

Nikon 1 J2

Ha ni yang mama dok perhati dari hari tu.
Macam biasa kompak, comel, lagi2 boleh tukar lens,gambar pon cantek2 mcm dslr je.
Kamera tanpa cermin (mirrorless) ni, model susulan kepada kamera Nikon 1 J1 yang dilancarkan tahun 2011. Ada banyak kaler, oren,PINK,merah,grey,putih,itam.
Harga pasaran malaysia sekitar RM1650.

i love white ? ..yum yum...best nya kalau dapat....berangan je semua ni sebab en. somi tak suka kamera kecik2..nak yg gedabak..larat plak mama nak bawak p mana mana. kang kalau tinggal kat rumah macam dulu kan hilang lagiiii...tak sanggup dah tau. Serius mama takkan lupa tragedi tu. huh

seterusnya..last yang mama suka. 

Nikon D5200

D5200 merupakan model yang akan gantikan Nikon D5100 yang  ada. Spesifikasi Nikon D5200 ini berada antara spesifikasi Nikon D7000(i miss u d7000) dan Nikon D3200.
Spesifikasi Nikon D5200
Nikon D5200 lengkap dgn  24.1 Megapiksel CMOS sensor, enjin pemprosesan imej EXPEED 3, dan jarak ISO antara 100-6,400 (boleh dipertingkatkan sehingga 25,600).
Di belakang kamera DSLR ni ada skrin LCD  3 inci yang boleh dipusing pada sudut tertentu dan amat membantu untuk merakam portrait sendiri(sesuai sangat). 
Ada fungsi D-Movie dan kita boleh rakam video full HD 1920×1080 pada kadar 50i/60i.
Ada tiga warna , hitam, bronze(gangsa) dgn merah makngah :p


                                 
Mungkin en. suami akan ok dengan yang ini. Harga murah sikit dari D7000.

Nikon D5200 akan dijual dipasaran Eropah pada harga £720 (sekitar RM3,520 ) untuk badan sahaja atau £820 (RM4,010 )bersama-sama dengan lensa kit (kit lense) 18-55mm VR. 

Yang mana 1 ?? Entah....tak tahu lagi. Survey dan survey lagi.. ;)







Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers