tengah-tengah malam ni mama tak boleh tidur...erm.
arissa demam panas, Izz pon demam juga. kami 3 beranak ada kat kampung. encik asben kat ipoh..hari tu dia bekerja di luar kawasan. itu yang balik kampung ni. duduk lama sikit kat kampung..2 minggu...yer 2 minggu tanpa suami disisi. eheheee... tapi kejap je rasa..ni dah nak habis minggu pertama dah.
minggu pertama kat kampung ni mama sangat busy okeh. mama sampai sini hari sabtu 9 mac..hari ahad 10mac, kakak mama pecah ketuban..nak bersalin..due date dia 23-27mac ni..tapi biasala kan .. takley percaya 100% dengan due date =D. syukur alhamdullilah. mama dapat anak buah baru pada 11mac lepas..baby girl..seberat 3.2kg..diberi nama Fatimah Az-Zahra . . klasik kan nama dia. Kata bapa nya..tak perlu nama glamour2 sangat. baguss tu .. i like...hehe..semoga dia membesar menjadi anak yang solehah. jadi, bila dah ada baby kecik , mama la yang mandikan dia,siapkan dia sementara mama ada kat rumah mak ni. Mak mama dah tak larat nak jaga baby kecik2 ni. ada lagi seminggu je sebelum balik Ipoh. hmmm mesti mama sedih nak tinggal baby Zahra ni nanti. dia comel sangattt..geram tengok :).
ok. ni nak cerita benda sedih...
semalam pergi Pejabat Poslaju Senawang,nak kurier susu Alpha Lipid SD2 dan barang2 lain. Kebiasaan nya ada sorang staff pregnant jaga kat kaunter tapi semalam dia takde. Kita tanya staff lelaki tu,mana staff yg pregnant tu..dah bersalin ke..sebab dia punya due lebih2 kurang sama dengan akak mama yg bersalin 11 mac tu.
dengan muka dan nada sedih, staff lelaki tu kata..
"ada cerita sedih la...dia(staff yg preggy tadi) dah takde..selepas selamat bersalin kan baby girl hari jumaat lepas, dia meninggal dunia sebab ada komplikasi jantung"...
zuppppppp tersentap bila dengarrrrr! macam tak percaya..sangat2 tak percaya...tapi itu la kan..ajal maut ditangan tuhan.tak siapa tau. memang sedih sangat2..baby girl tu baby first dia...hmmm..airmata mama sangat murah bila dengar benda2 macam ni..semoga syurga menanti dia kat sana. dia baik dan lembut orang nya...lepas ni...takde dah la kawan borak2 bila hantar barang kat poslaju tu..
haiihh..
tetibe mama teringat kat encik asben plak...cepat la jumaat depan. sekali sekala PJJ seronok jugak kan..kejap2 nak SMS,kejap2 nak call..TAPI dia call bukan nak cakap dengan kite sangat pon...banyak cakap dengan anak dara dia je.hihihihiihihii...yang si anak dara ni pon tak bagi chance langsung mama nak gayut tipon dengan papa dia. huh ;p
esok dah sabtu. pagi esok mama banyak benda nak buatttttt.....beli barang itu ini..pergi tesco,econsave..lagi mana tah..tapiiii ni dekat kul 1pagi mata tak boleh lelap..rasanya esok akan ada istilah "subuh gajah" atau tak? ooopppss ..
ok sudah sudah....mama nak cuba melelapkan mata sebentar..
ehh jap jom like page barang2 baby cecomel :). terima kasihhhhh~~
2.0
1 month ago
0 peninggalan:
Post a Comment