Pages

Wednesday, October 31, 2012

Restoran Ikan Bakar Anjung Kuala , Kuala Kedah

Salam.

Ahaaa...nak promote kedai makan kat kuala kedah :)

Raya Haji lepas, encik husband cuti lama ckit, so kami balik kampung di Aloq Staq. Memang Best raya haji kat kedah. Macam macam makanan berasas kan daging korban ada masa tu. Naik 2kg kot..Dah balik Ipoh, turun balik 2kg..amin...

Ok dah. Hari Isnin, Pak Mertua ku tanya nak pi makan di Anjung Kola dak?
Err Anjung Kola? cheq tak penah dengaq lg nama tu. Tempat baru katanya.. So mama yg sememang nya susah untuk berkata tidak kalau bab makan makan ni pon, angguk2 kepala tanda setuju. Lepas magrib terus p. Sampai2 ja tak ramai sgt org ..ada 1 family je tgh makan...

Ni kedai orang melayu kita, bukan kedai makan org thailand tu.

Order Ikan Siakap 3 rasa, telur dadar, sotong tepung(menu wajib!!), tomyam, kailan ikan masin, air macam macam untuk 7 orang :).

Makanan sedappppppp....air  sedapp...harga pon tak mahal...memang sedappp....!! sesapa yg dok di Kedah, atau p jalan2 kedah, pergi la Kuala Kedah yea...cari Kedai Ikan Bakar Anjung Kuala,Kuala Kedah.

Errkkk gambar makanan ngakkk ada....dah habis kena makan tak sempat nak snap :).

View kedai pon cantik, tepi pantai....berangin2 sejuk je...

Nanti nak p lagi la :)




Tuesday, October 16, 2012

Baby Bullet Food Processor

gadjet baru untuk mama kat dapur nanti.

eheee...

tak lama lagi Izz nak masuk 6 bulan dah. Bulan 12 ni...makanya, dah kena perkenalkan solid food pada dia kan.

jadi, mama memang tgh survey blender / food processor tuk budak kecik ni. Erm nak guna blender kat dapur tu takot plak kalau ada cabai2/belacan melekat bawah mata pisau tu. mana nak tau kan. 

Yang pertama mama survey dah tentu Philips Avent yg boleh steam n blend tu . Memang dah masuk list...

Kedua mama jumpa Beaba ...errrkkkk mmg best tgk tp mahal nye rm600++. Tak mungkin saya sanggup :)

Ketiga.....yeaaaa jumpa Baby Bullet. Nama pun dah cute dah kan. Pastu tengok review kat Youtube,kat website lain, waaaa misti beli ni. Best je. Baru bersemangat. hehe mengade2...

So mama decide beli yg Baby Bullet. Harga pon ok ;). Hmmm barang nye pre-order..bulan november baru sampai...minta2 selamat lah hendaknya.

Ingat lagi masa arissa dulu mama sibuk kerja, dia tinggal dgn makcik pastu bekalkan dia Nestum Beras Merah nestle tu je :). Mama x reti nak buat puree2 ni sume. Takde kesedaran langsung masa tu. Mama minta maaf yea Arissa. sekarang mama dah tak kerja so mama cuba buat yang terbaik utk anak2 mama. Sayang kakak dgn adik.




Nanti dah guna nanti baru boleh bagi review pasal benda alah ni...

*kalau mak tau mesti membazir katanya...huuuu....takpe lah utk baby..dan adik2 dia lepas ni. 

Sunday, September 30, 2012

Reject Shop

Kenapa Reject Shop??

Hehe. sebab malam tadi mama pergi Reject Shop di Ipoh Parade. Suke pergi sini sebab baju baby dia comel2 + murah. Kebetulan malam semalam mak cik kami dari negeri sembilan datang ipoh, so kami pun p la Ipoh Parade. Sampai2 terus masuk Reject Shop. Masa tu dah jam 9 mlm. Belek2 baju....Izz dah bunyi ckit...Pujuk dia, diam la kejap..tak lama tu bunyi lagi ckit2,,lama2 dah kuat dan mama x ley control. bagi botol mlm2 mcm ni mmg buang masa . dia boleh senyap klu breastfeed je. hadoii mana pulak nk duduk ni..mama n izz dah mundar mandir kat dlm tu (makcik n sepupu tgh shopping2,papa dok ligan kakak yg tak reti duduk diam).

.
.
.
.
.
.
.

tetibe ada sorang staff reject shop ni dtg, dan ajak mama ke belakang. ingat dia nak suruh duduk dlm fitting room...rupa2nya dia bawa mama ke surau diorang. dia buka aircond dan suruh mama dok dlm tu. Alhamdullilah ada juga hamba Allah yg baik hati dan sgt memahami keadaan mama n bb izz . Jadi, lepas BF, baru la si kecik ni diam. Syukur.....boleh sambung cuci mata. Kalau takde staff yg macam ni, mmg kami terus balik rumah la jawabnya.

Thanx a lot staff RS ,Ipoh Parade :).



Wednesday, August 15, 2012

hari tu mamy poko . hari ni kisah CD.

Salam.

Mummy2 sume mesti dah sangat familiar dgr nama CD kan..bukan Cd cetak rompak okk...Cloth Diapers..yg ala2 seluar napkin tu. ada button2 yg boleh adjust ikut size montot baby,ada insert dia.

Hari tu beli 2 set CD untuk arissa. Ramai yang kata guna CD ni bagus. Memang pun, dah kotor boleh basuh balik,masuk washing machine pun boleh. Jimat dan mesra alam. Kurang la sikit sampah2 kat dunia ni kalau semua orang guna CD ni kan :). Pastu boleh guna lama. Dan nappy rashes pun xde kalau guna CD. Design pun comel-comel je kan.

Arissa dah pakai dah bulan 6 hari tu tapi sekejap je. Mama tak tau kat mana silap nya, arissa guna waktu tidur. Bila dia kencing je mesti bocor dan habis seluar,selimut,tilam sume basahhhhh. adehhhh...memang dah pakai kan ikut size montot dia tapi still bocor jugak. Lepas tu tak pakai dah CD. Mama suruh dia kencing je before tidur dan tak pakai CD/diapers dah.

Lagi satu hari tu lepas mama cuci sebersih2 nya CD tu, insert dia tu semacam bau hancing. Dah cuci bersih dah. dah rendam dgn dynamo dulu before masuk mesin. dan dah jemur kering tp bau hancing tu ada ckit, memang macam tu ke atau kencing anak ku yang bau kuat sgt ni. haishhh...confius.

Mama cepat fed-up so CD dah jadi perhiasan je dalam gobok lemari tu. Takpe. tunggu baby izz besar ckit kan nanti nak try pakai kat baby Izz plak tengok ok atau tak .

:)

Selamat hari raya maaf zahir batin yeaaa -




Saturday, August 11, 2012

Mamy Poko vs Huggies

hye :)

mama baru lepas tukar diapers baby izz. so tiba-tiba nak share pasal diapers.

Huggies, mamy poko ?

mana satu yang best?

dua-dua pon ok je sebenarnya .

TAPI .. dengan mamy poko, kadar penyerapan lagi tinggi. bb izz walaupon dah kencing banyak tp dia sedap je tido. jimat masa tak yah bangun malam banyak kali nak tukar diapers. dia guna kul 6 petang,kul 4pagi bangun sahur baru mama tukar.lama kan? bukan mama malas okay tapinya bila tiap kali mama tukar kan , mama rasa dia punya diapers tu kering je dan x bocor. Patut la dia semacam tak sedar diapers dia dah penuh kecuali kalau dia poo-poo :) . Kalau travel pon memang best bila baby guna mamy poko. Hari tu guna huggies sekejap tapi kerap betul tukar sebab bb izz nampak tak selesa. Baru beberapa jam dah gelisah..check2 tengok dah basah rupanya. So far alhamdullilah tiada sebarang ruam yang naik kat area bird dia. hehe.

Masa arissa dulu memang guna huggies dari baby sampai umur 2 tahun. dan ada satu masa tu sangat banyak kali la cik mek sorang tu kena rashes kat private part dia sampai dia kena pakai kain lampin biasa sebab bila pakaikan huggies dia menangis tak berenti.  Dan masa tu mama tak reti pasal diapers2 ni. Tak terfikir langsung nak tukar brand lain. tau huggies je.. maklum la baby first. Nasib baik arissa dah pandai pergi toilet sendiri sekarang. Tidur malam pun dia tak kencing dah dan tak pakai diapers dah cuma pastikan dia pergi toilet dulu before tidur. Ha lagi satu baru teringat, huggies punya tape tu sangat senang tercabut. sakit hati betul...tarik sikit dah putus pastu tak ley pakai dah...rugi2...

*Drypers pernah try 2 keping kat arissa dulu tapi tak sesuai..sebab bocor dan bila penuh dia jadi berat mcm nak tercabut.

Ok tu je nak ngomel2 di pagi hari . kita suka mamy poko !   ;)

Tidur lena dengan mamy poko.
Bila baby izz lena, mama pon tumpang sama.
Jadi, Terima Kasih Mamy Poko ! 

Wednesday, July 4, 2012

selepas menelan beberapa biji pavlova ...... !





07 June 2012
10.00pm
at tambun,ipoh.

.....
mama sibuk online dan buat satu entry .. Apa Rasa Pavlova? sebab petang tu baru dapat rasa mcmana pavlova tu.

Tiba2....masa tengah ber'facebooking',..

opppssss sakitttt peruttttt...apasal ni...! boleh tahan lagi, 10minit lepas tu..sakit lg..ehhh lain mcm je..mama pandang muka papa yg tgh kusyuk tgk movie. Tak bagitau dia pon mama sakit perut. Lepas tu dah 10.30pm, mama mandi dulu before tido sbb mlm tu sgt panas...
Baring slow2 atas katil....adehhh sakit lagi..kenapa ni kenapa..tak pernah rasa sakit perut mcm ni. Nak buang air tp xde, mengeras pastu sakit ...mengeras lagi...sakit lagi...sampai tak tahan dalam kul 10.50pm mama dah menitiskan air mata sebab takut tiba2 bersalin masa tu...wehhh due date lambat lagi laaaa..... masa tu 7 jun, due 1 july..dekat sebulan lg tu..pastu p toilet check2 kalau ada bleeding ke..takde pon...cuma perut je yg sakit tak tau nak kata.

Last2 husband call mak kat kedah, mcmana sakit perut bersalin tu...mak kata sakit kerap..dan dia suruh ke hospital...apa lagi..terus la capai apa yg sempat, nasib baik hospital bag sume dah siap.*masa bersalin arissa x skt mcm ni, cuma pecah ketuban,masuk labor room,terus bersalin.*

Masa otw ke hospital ipoh tu, mama tanya papa... "abang tau jalan tak??"

dia bley jawab...

"entah..tau kot".. haishh jawapan yg buat perut mama lg sakit. ---*kitorg br je pindah ipoh ni*

Nasib baik jumpa jugak hospital...Terus ke emergency..mama tgk ramai gile orang tgh malam tu..Dah jalan2 kat situ tp tak tau nak ke bahagian mana...tanya pak guard, wad bersalin kat mana..

dia jawab "bukan kat sini dik..bangunan lain kat belakang tu..jom sy anta"..tima ksh p.cik.

sampai screening room mcm biasa buat ecg dulu,dekat 1/2jam. pastu doctor scan n check pintu dh buka brp cm...baru 1cm..dan dia kata blk rumah dulu klu sakit sgt n kua air/darah, sila dtg spital blk....apa lg, mama terus tny, "sempat tak klu sy blk kedah mlm ni?"..doctor tu bagi,tp jgn berenti mn2...pikir punya pikir, me n husbnd decide balik kedah jgk. sepanjang jln tu mmg contraction dah 5 minit skali...sentiasa berdoa semuanya ok.....

12.30am
08 june 2012
lembah perpaduan permai.

papa n mama sampai rumah dan amik segala barang nak bawa balik kedah.sempat bgtau jiran yg kami nak balik bersalin. main capai je apa yg ada. tak pikir apa..cuma pikir nak cepat sampai kedah.

1.00am
08 june 2012

Mulakan perjalanan dengan bismillah...dalam hati tak berhenti beristighfar. Risau tahap dewa dah masa tu. papa kata kalau betul2 tak tahan sila bgtau, dia nak berhenti kat hospital penang @ sg.petani. Alhamdullilah mama n baby bertahan.

03.30am
08 june 2012
Kg.padang lalang, alor star.

Yeayyy sampai jugak rumah mertua ku, Hantar arissa dulu. dan rilex kejap. Mak tanya sakit mcmana skrg..mama ckp, sakit dah 3-5 minit sekali. Dalam pada tu abah tanya nak bersalin kat mana. Mama kata kat hosp sultanah bahiyah je la..Mak plak kata, hosp bahyah ramai org takut depa suruh balik rumah dulu kalau baru bukak ckit.Jarak dari rumah nak ke hosp sultanah bahiyah agak jauh jugak. So mak suruh pergi Kedah Medical Centre (KMC).

04.30am
08 june 2012
Kedah Medical Centre

Abah n my husband register semua...tolak masuk labor room ... ECG lg sekali..n nurse check..laluan still 1cm lagi...aduhhh lambatnye...sakit dah tak tentu arah dah. Doctor yg handle mama masa tu ialah Dr. Kamaruzaman. Dia datang dalam kul 06.00am, check pintu lg..baru buka 1.5cm :'( . Doctor masuk kan ke ward biasa dulu, suruh tunggu if sakit terlampau atau bleeding, etc dia akan bawa ke Labor room semula.

06.30am
08 June 2012
Dalam Wad..tak ingat nama wad ;p

Amik bilik utk 2 orang. Sebelah mama tu chinese, dia b'salin c-zer.
Mama berdoa supaya normal la hendak nya. tak nak la c-zer..dah la pergi private tiba2 ni. Tak plan langsung nak b'salin kat sini. Kalau kat private c-zer dalam 7k-13k ... kalau company tanggung xpe jugak..ini sponsored by my laki n mil ..hihii.. Masa dalam wad ni mama asyik la berfacebook..nak menahan sakit yg datang 3-5minit skali tu. jam 7.30am, nurse comel datang bawak enema..untuk bersih kan segala apa yg mama dah makan..alahai ubat berak tu. 
Lepas dah settle , nurse datang cucuk kat punggung ubat untuk matangkan paru2 my little baby..Dr.Kamar bgtau ibu yg masa pregnant ada diabetes, ada risiko paru2 baby x matang dan nak2 masa tu baby yg dikandung boleh dikira premature (36weeks). ok cucuk la apa2 pon asalkan baby mama selamat.
Dah jam 10.30am...nurse datang n bawa mama pergi turun ke Labor room.masa ni still xde tanda bleeding ke air ke yg keluar.sakit je ..

11.30am
08june 2012
Labor room KMC

Nurse masukkan ubat...masih sakit mcm tadi..x lama tu husband sampai...dan tnya dah buka berapa...masih 1.5cm..papa balik rumah dulu pergi sembahyang jumaat. nanti after 2pm dia datang balik..mama tergolek atas katil menahan sakit.

2.30pm

Masih lagi menahan sakit ..kali ni terlampau2 sakit ..serius tak tahan..nurse pesan td klu x tahan sgt inform kat dia, nnti dia bg ubt tahan sakit...klu blh xnak ubat tu tp sebab mama tak larat dah...dari malam td dok tahan sakit..so nurse masukkan ubat tahan sakit tu..x sampai 10 second..kepala mama dah pusing2 n khayal.. so sakit tu rasa x rasa sgt la...mama terus tertido..actually separuh sedar masa tu. ok la tu dari tadi...berpeluh2 walaupon bilik aircond..
masa husband sampai,mama sgt2 pening...sebab ubat tadi tu..tah apa yg mama tanya dia masa tu mama tak ingat dah..

4.00pm

uwaaaa masa ni mmg nak nangis je...kenapa la lama sgt...berpeluh2 dah..sakit sangat2 tp baby tak turun2..nurse check kata kepala baby tinggi lagi..Ya Allah...masa tu hanya mampu berdoa...percepatkan la semua nya..tak tahan nak menanggung..tak cukup dgn ubat tahan sakit, nurse suruh sedut gas plak..pastu letak tiub kat hidung tu..aarrhhhh rimasssss..!

5.15pm..

Papa teman dalam labor room..pegang tangan dia kuat2..dan tiba2 mama betul2 tak tahan dah...papa kelam kabut pegi panggil nurse kat luar. dan papa terus keluar....nurse tanya, eh suami tak nak masuk ke...mama sempat cakap dgn nurse tu..

"ehh tak payah panggil dia..nanti dia pengsan"...hehe..kesian papa ..dia mabuk darah.

Nurse dtg terus check..ok dah buka 6cm...n kepala baby pon dah turun.
Dr.Kamar pon sampai..n nurse2 prepare apa yg patot..letak kaki kat atas dua tiang tu..n tangan kiri kanan pegang handle tepi katil....lain dari hospital seremban dulu. Masa arissa tu, masa nak push, tangan kena  pegang pergelangan kaki..
Ok..lepas beberapa kali push...akhirnya keluar la si kecik mama...dan keluar2 je Dr.Kamar terus azan kan masa tu jgk...perasaan masa tu....sangat2 legaaaaaaaaaaaaaaaaaa......syukur alhamdullilah 5.34pm jumaat Izz rizqi keluar dengan berat 2.45kg .. walaupon kecik tp nak keluar kan dia lagi susah dari arissa yg 2.7kg dulu...lain baby,lain rasa dia..

Doctor bagitau, baby lambat turun sebab tali pusat banyak kat leher dia..nasib baik tak terbelit.

Haaaa tiba lah time untuk dijahit..ya ampun...teringat masa arissa dulu...sangat2 sakit la bidan tu jahit.... sebab tak letak ubat kebas...Yang kali ni....mmg tak sakit n tak rasa di jahit..tau2 dah siap jer..ALLAH swt tu MAHA ADIL ... Dulu, nk bersalin kan arissa mmg mudah tapi sakit yg teramat waktu jahit...Sekarang, sakit yg melampau masa nak bersalin kan Izz rizqi...19 jam contraction...tapi masa jahit sangat best tak sakit langsung..so....fair la tu kan..hehe..alhamdullilah...

Papa pon masuk balik ke labor room..senyum je dia..suka lettew dapat hero dah...
Kul 6.00pm masuk wad balik..baby diorang amik bawak ke nursery terus. dan mama disuruh rehat..wahhh sangat mengantuk dan lapar lepas bersalin tu.

09 june 2012.

Discaj..masa yang ditunggu2. nak bawa baby balik rumah. ramai yg tanya kos bersalin di KMC berapa...hmm rasanya setiap org berbeza kos nye. tapi range dalam rm2000++ . Mama kena rm2900. Macam adik ipar mama kena Rm2400. Service di KMC memang sangat best. dari bilik, labor room, staff..semua best..

*bersalin kali kedua ni mama rasa cepat sihat..hari  ke 3 dah bley berjalan tanpa rasa sakit. dan membuang air besar tanpa sembelit :). Pantang hari ke 24 dah balik rumah sendiri  dan uruskan dua anak kecik..hoho...


ok .. pengalaman bersalin lepas makan beberapa biji pavlova. hikss

mama arissa + izz

:)




Thursday, June 7, 2012

apa rasa pavlova ?

hari ni baru first time rasa macamana rasa pavlova. kesian kan baru dapat rasa hari ni...thank you mr.hubby :)
kalau kite tengok gambar pavlova ni mesti terliur jer kan dengan buahan fresh kat atas dia tu. rasa dia memang sedap macam kite tengok gambar tu....

pencuci mulut yang satu ni rasa dia manis2 ckit tapi di balance kan dengan buah2an yang masam kat atas dia tu so memang sodap la...macam strawberry,grape,kiwi...kalau letak mangga muda bley? hakk..tak penah jumpa lagi la plak >_<. *memula tu mama ingat dia macam cake..hehe*

kat bahagian bawah dia tu macam keras tak keras sangat,masuk mulut dia cair2 jer..nyummy....! baby dalam perot pon puas hati kot asyik kicking je sepanjang masa mama makan pavlova td. hehe ngade-ngade lah kan.

kitorang kan baru pindah kat ipoh so tak tau mana ada jual pavlova ni...nak buat sendiri oven/microwave takde lagi kat rumah ni so.....tanya kat encik google je la jawab nye.....pastu terus jumpa  blog kak sue :) ni. Apa lagi, terus sms dia dan kak sue mmg pantas bg respond. hehe lepas ni nak order red velvet plak ye kak sue.

 - 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
jom kite berpavlova..nyummy nyummy +_+

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers