Pages

Tuesday, January 22, 2013

siapa tau "kuih cidah" tu apa??




Kuih cidah? kuih yang makcik bedah jual ke?? ohh tidak..bukan bukan..teruskan membaca..haha
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

arissa : mama! kakak nak "kuih cidah"...

mama : haaa?? kuih cidah ?? kuih apa tu?

arissa : alaa...yang kakak makan dengan papa,dengan mama,dengan baby ish tu la..

mama : baby izz makan kuih cidah? ooo kuih ghasidah ke? yang kaler putih tu?

arissa : haa yang tu..kuih cidah tu.

aiyooo...tunggu petang ckit kita buat kuih cidah ye..tunggu papa balik ;p





mimpi apa tak tau la tengah tengah hari ni dia nak makan kuih ghasidah ni...hehe

*bila kah arissa nak hilang pelat bila cakap..bulan 11 ni 4 tahun dah*

:)

RESIPI SILA KLIK SINI



-mamazoora-

Monday, January 21, 2013

Hi :)



siapa setuju dengan gambar kat atas? hehe 
teringat pulak tahun 2008, mama kenal dengan husband..
muka dia dulu , nak tegur pun mama takot  tau. muka ketat je tak senyum2 .
dan satu hari, mama tanya dia..

" Hye..
DOSH tu apa dia eh? "

mama tak tau DOSH tu apa. sebab orang kata dia kerja kat DOSH.
Pastu dia explain la.

"DOSH tu Dept of Occupational Safety and Health"

dan...
start pada tu la selalu borak borak dan borak....

simple word but its how love starts.
ngiahaha..


anda kenal cinta anda plak camane??

:D




-selamat hari senin kengkawan-


mamazoora


Wednesday, January 16, 2013

WW #4



tido silang panggung.


anak dara sorang ni suka tido macam macam style. 
ini nak bagi nama style apa ntah????




aptb


:)





mamazoora

Monday, January 14, 2013

satu botol seumur hidup

yuhuuu..

baby izz dah 7 bulan..pastu mama kan..mama tak tukar lagi botol susu dia. dari dia lahir. teruk nye ye.

hehe.
takde la. Izz guna botol avent , ada 4 biji botol. ada jugak 2-3 biji botol Anakku, bukan nye guna 1 botol untuk 7 bulan tu. puting tak yah cakap la. memang selalu kena tukar kan..

jadi sekarang mama tengah survey botol apa nak dibeli.
selepas google google dan google, mama decide nak guna botol stainless steel Pura Kiki dan Organickidz. 

Dah lama dah botol-botol ni ada dipasaran tapi mama tiada kesedaran nak guna. dulu masa arissa belum setahun,mama ada bagitau papa pasal Organickidz tapi papa kata tak payah la.guna je avent. sekarang ni Izz dah 7 bulan, mama nekad nak tukar dari plastic ke stainless steel. 

dah jumpa seller yang bagi harga ok..menunggu dia reply order mama.

kenapa stainless steel?

sebab mama baca stainless steel vs plastic ni.
bagus kan.

One life one bottle. tak payah tukar tukar botol dah lepas ni. kalau pandai jaga,siap boleh passing kat adik dia nanti. yeayy jimat gile. hehe.

organickidz

pura kiki



Yang best nye puting boleh masuk macam2 jenis brand. kalau bottle wide neck, boleh je masuk MAM,Avent,Anakku etc..dan begitu lah sebaliknya :).

go green yea mummy. 

*nanti kalau dah dapat botol ni mama update lagi.

;)



mamazoora






Friday, January 11, 2013

Tamat sudah



Assalamualaikum :)


apa yang tamat?

semestinya drama adaptasi novel tulisan aisya sofea iaitu Adam dan Hawa
mesti ramai yang tengok kan.
malam tadi dah last episod. ada 80 episod.
masa mula mula tengok tu rasa macam lambattttt sangat nak habis. tapi bila dah habis malam tadi,rasa cepat pula. will miss u Ain Hawani and Adam Mukhriz...
mama n husband tak pernah miss tengok cerita ni. hero and heroin memang sangat seswai..aaron aziz dengan nadiya nissa :)
comel je diorang kan..

mama tak pernah pon baca novel nya. cuma cerita ni betul betul tinggalkan kesan. dan antara tips kebahagian rumah tangga dari cerita Adam dan Hawa yang kita boleh ambil antaranya ialah :


  • Setia ( 8 tahun Adam tunggu Hawa ... )
  • Jujur
  • Jangan diungkit perkara lepas ,lupa kan benda lama.
  • Sentiasa bersikap realistik
  • Selalu berdoa 
  • Memaafkan
  • Selalu cuba jadi yang terbaik
  • Persahabatan (azie dengan johan tu..hehe)
  • Hormat antara satu sama lain
Ok sama sama la kita jaga rumah tangga masing-masing . semoga berbahgia selamanya. sekarang dah jadi trend orang kata , 'bahagia till jannah' . hehe

Selamat hari Jumaat peeps.



-mamazoora-

Wednesday, January 9, 2013

WW #3

semakin tidak boleh leka. mau terjun tiruk kalau dibiar 

:)



Tuesday, January 8, 2013

permohonan rebat rm200 telefon pintar

hai :)

tengahari ni mama sibuk la memohon rebat rm200 untuk telefon pintar tu. sebab nya telefon mama yang sekarang ni kejap ok kejap k.o

Izz suka gigit telepon mama,makanya air liur dia habis la masuk celah2 qwerty pad tu (ewahh ini sengaja diberi atau apa.haha)

sekarang Mama guna Nokia X5 je. Ini pun dapat free tau. Husband dapat masa cabutan bertuah waktu dinner ofis dia dulu hujung tahun 2010. See..lama dah kan mama guna. Free lak tu. Mama tak tukar tukar ikut trend pun. Cukup la dapat call,sms,amik gambar,video bebudak ni.

mama konpius sekejap tadi. boleh ke orang dah kahwin mohon untuk rebat rm200 ni. erm bila tengok syarat, takde plak kata yang boleh mohon cuma belia yang bujang. belia yang dah berkahwin pun boleh la kan asalkan umur tak sampai 30tahun lagi.

hihi mama pun cecepat la apply tadi..terus keluar 'permohonan anda berjaya'..Penebusan luput pada 8 februari 2013 ni. jom survey talipon. dalam otak ada blackberry dengan samsung yang murah2 je.

alhamdullilah.

hari tu kerajaan tetapkan telefon pintar yang boleh dibeli cuma yang RM500 kebawah sahaja,tetapi 2,3 hari lepas dengar berita, diorang tukar semula..tiada had harga.maknanya boleh beli samsung s3,iphone5. Uwaahhh banyak cantik...mama ada rebat rm200 je pastu lagi yang lebihan ribu raban belakang tu siapa mau nambah? hahaa jadi, husband mama tetap guna syarat yang kerajaan tetapkan awal awal tu...boleh beli telefon yang tidak melebihi rm500. alaaa sayang...lebih ckit la rm600 ke rm700 ke...hikss

ok lah...sesiapa yang belum melebihi 30 dan nak mohon sila ke http://www.skmm.gov.my . surirumah yang bekerja sendiri pun boleh je mohon ;)

-mamazoora-






Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers