Pages

Thursday, December 20, 2012

bila gambar bercerita :)


bibir baby Izz bengkak. tahu kenapa? mesti la tak tahu !  eheee...sebab. first time dia guna botol susu p****n pastu bibir dia tersepit antara puting dengan botol tu. tak tahu la camane sebab sekelip mata je. hehee terus band tak mau guna dah botol tu. boleh? :p
 tukar balik pada botol yang biasa diguna.



port tidur baby Izz dalam kereta dari Ipoh -------> Seremban. Bila baringkan terus terjaga.


ahaaaa ni dia bila dah sampai rumah wan ngan atok....kul 9.00 pon tido lagi..kalau kat ipoh kul 6.00 pagi dua beradik ni dah jaga.


Arissa seronok balik kampung sebab boleh naik kuda dengan sepupu sepupu dia ! mentang mentang dia kecik! :p





hehe . saja saja post  untuk menghidupkan blog hari ni... 
tarikh best kan....20122012 ;)

-
-
-
-
-
-
 gud night peeps!





-mamazoora-


Wednesday, December 19, 2012

WW #1

ini adalah kali pertama WW mama ;)


 abah dan mak mertua ku sayang ;)


 adik ipar mama.
tudung kelabu dah kawen anak sorang. tudung itam nak masuk form 2 :)


 ammar faris dengan abah dia (biras mama)

 tuan puteri azra arissa 

 rambut dah panjang,...pastu dia x mau ikat !

 hehee abah ni kelakar tau ! gemar bergurau.

 tuan puteri dengan pak jang amy :)

 3 adik ipar mama ..

mama dan mr. hubby..
masa ni izz meragam so dia tolong suapkan mama dan kena kan mama sekali. 
cicah kerang dengan kuah kicap pastu selitkan cili cili api sekali! PEDASSSSS!!!!










ok. dah nak siap siap balik seremban. tak sabar! lama sangat rasanya tak balik. 
bye ;)









-mamazoora-

Tuesday, December 18, 2012

cara atasi bayi sembelit

assalamualaikum.
selamat pagi ;)

semalam mama nak buat entri pegi melaka tapi baby izz meragam 1 hari dari pagi sampai malam.
sebabnya dia nak terberak tak boleh. beriya iya meneran tapi tak keluar. dia kena sejak malam sabtu.

baby izz kan dah mulakan solid food dia. mama selalu bagi puri apple, carrot + bubur nasi, dengan puri pisang. waktu pergi jenjalan melaka, mama bawa stok puri pisang sampai hari jumaat je. ingat nak beli kat melaka je pisang tapi dah ramai ramai , kelam kabut ..tak sempat nak ajak husband singgah beli pisang untuk baby izz.

mama pun buat kan bubur nasi je. tak campur apa apa. alhamdullilah baby izz makan sampai habis. pastu minum susu. kenyang dah la kan.
petang nye tu, mama nampak dia meneran. mama pun tunggu dia habis teran dan bawak p bilik air nak cuci. buka pampers...aikkk takde apa pun. hurmmmm sah la ni sembelit. urut perut dia..terkentut kentut. pastu dia meragam , susah nak tido.

bangun esok nye pun sama, nangis je..urut lagi perut dia...mama sampai tak ley nak buat kerja apa sebab dia nak dukung je...pastu gigit bahu mama sambil teran.


gambar sabtu petang..ni bukan tersenyum yea...elok je mama tengah nak amik gambar dia terus meneran. 
hehe

kesian dia...tak boleh jadi ni.
papa balik kerja je terus pegi giant, cari betik...pastu papa memang nak tukar susu izz. so kami tukar dari lactogen ke dutch baby. harga pun ok sangat kan.

balik rumah , mama buat puri betik dan bagi izz makan. dia makan dengan seronok nye. pastu minum susu dutch baby tu. pun habis sebotol. nasib baik awak ni tak memilih Izz...terima kasih ye anak :)

pagi subuh ni tadi, dia meneran lg. tp tak nangis la. pastu dia main2 atas katil sementara tunggu mama angkat dia. bawa toilet..tu diaaaa.....berjaya. alhamdullilah.

terima kasih la kat buah betik yang sangat melawaskan. kepada mama mummy ibu mak semua kalau baby sembelit ti buat puree betik yea...tapi make sure umur nye 6 bulan ke atas la ye..hehe.


-mamazoora-


Saturday, December 15, 2012

Townstay a.ka homestay di Melaka

Assalamualaikum semua.
Selamat hari sabtu :)

Apa plan hari ni? Dah hujung hujung tahun ni semua pun mesti mau jenjalan kan. eheee..
Merata rata tempat jadi pilihan.
Mama n husband tak plan ke mana mana untuk tahun ni. Tunggu la tahun depan .
Tapi....last week, mertua ku dari kedah ada call dan katanya nak pergi jenjalan melaka bandaraya bersejarah.

Bukan family mertua je tapi ada mak , pak menakan semua...*dulu masa baru kahwin mama sangat blur apa itu 'menakan'???*

Kami diminta untuk cari homestay....dan husband terus cakap.. "susah laaa nak cari last minit masa cuti sekolah ni kan".

Mama pun kata..."sabar..kita cari dulu. tak cari tak tau..."

dan...serentak itu juga keluar lah mentol lampu nyala2 kat kepala mama..hihihiiii...terus teringatkan ex-officemate yang family nya ada bisnes homestay kat melaka..apalagi terus on Facebook cari FB dia dan PM tanya kekosongan. Alhamdullilah rejeki . Ada la kosong untuk semalam...yeaa hari jumaat 14 disember.
Jadi hari khamis, mama tunggu family dari kedah datang ke ipoh.
Pagi semalam dari ipoh terus ke melaka.Konvoi 5 biji kereta.

sekarang mama tengah taip entry dari bilik homestay nye.
hihii alhamdullilah selamat sampai dan anak anak tak meragam.

Ok. straight to the point....homestay ni highly recommended sebab...


  • sangat best dan selesa..
  • bilik ada 4 (3 bilik ada katil queen, 1 bilik ada 2 katil single)
 ini pemilik homestay En Zakaria. 
Baik orang nya :)
Luas kan ruang tamu dia. Sesuai duduk dgn family ramai ramai kalau ada kenduri kendara kat melaka ni.


 bilik di tingkat bawah ada satu. sesuai kalau ada atuk/nenek yang tak larat naik tangga.
masterbedroom pon besar.
mama , anak2 dgn husband tido bilik 1 tu.
  • taman perumahan yang baru
  • lokasi di tengah-tengah melaka (nak ke alor gajah , masjid tanah, bandar hilir semua nye dekat..cuma bergantung jugak dgn keadaan trafik nye)
  • dapur dia lengkap dengan adanya dapur gas, blender,rice cooker, pinggan mangkuk cawan dan lagi best ada mesin basuh. tak sempat amik gambar dapur . pi tengok kat FB yea.
  • ada WI-FI
Nama homestay nye Hafza Townstay Bertam Setia. Hubungi En. Zakaria 012-3661134
Facebook Hafza Townstay bertam setia . Jom LIKE :)

Ok baiiii enjoy your weekend bebeh!


-mamazoora-

Wednesday, December 12, 2012

Baby Bullet best ke???

Assalamualaikum sume.

Hehe.

Oktober hari tu mama ada order BENDA NI.
Jadi mama baru dapat hari ni.
Nak jugak tu sampai masa tarikh best 12.12.12 kan :)

Hampir 2 bulan juga tapi takpa tak urgent sangat nak guna(padahal punyalah excited nak guna).
Dah tentu nama pun barang pre-order so memang kena tunggu ETA dia le.
Sesiapa yang beli barang pre-order kat online jangan la marah penjual tu ye.
Sabar banyak banyak. Last week tokey kedai Mum naila bagitau barang dah sampai kat supplier dan dia akan pos barang mama. Berbunga hati...yay macam dapat duit sejuta lak kan ;p

Macam biasa mama menunggu abg pos laju. Sebab selagi tak dapat hasil tangkapan online ni, mama nak keluar beli barang pun dah tak senang hati sebab hari tu poslaju datang hantar barang masa mama pergi Giant. Dah nak kena suruh en.asben pegi amik kat pos laju kat pekan ipoh. Kekadang malas nak suruh sebab kekadang tu jugak dia tak tau mama ni shoping on9!!!hahaaa tak pasal pasal la kantoi kalau suruh dia amik barang kat pos laju.

haishh panjang pulak dah melalut.
dapat dapat je tadi benda pertama mama buat...tangkap gambar la apa lagi  =).


arissa dengan izz excited nak tau apa dia dalam tu.ingatkan mainan diorang la tu. ni mainan mama kat dapur jap gi tau ;p

  ni barang yang mama dapat. lengkap semua nya. timakasih wawa :)
dah buka ni bawak pi sinki pastu basuh bersih bersih before guna yea puan puan.
eheee


dan hari ni mama buat puree carrot untuk izz sebab sepanjang 2 minggu dia makan ni, dia lebih suka carrot dari pear atau epal. maybe sebab carrot ni manis manis kan. pear ngan epal tu masam ckit.pandai ye nak yg sedap je.
mama rebus sikit carrot tu bg lembut dulu pastu baru blend. gunakan air rebusan untuk blend.
kalau mummy2 nak buat puri dalam kuantiti yg sikit, cuma guna short cup ni je. kalau nak buat banyak guna la batchbowl yg besar tu. 

Nak blend beras untuk dijadikan bubur guna milling blade.



tadaaa dah siap dan tersimpan comel lam peti ais. eheee...siap ada tempat date kat setiap bekas ni..jadi tak la mama konpius bila mama buat puri ni..kalau chill boleh tahan 3 hari, kalau frozen boleh tahan 30 hari.
 6 bekas comel ni tak tau boleh habis bila..takde la tiap2 hari nak kena buat kan. izz  makan dengan bubur nasi. 
lagi satu, buku buku panduan yang dia bekalkan tu sangat sangat berguna.

ok kesimpulannya. mama suka baby bullet. best .! memudahkan kerja dan senang untuk mama (semua nak senang je??!haiii)




*tak semestinya kalau takde benda ni kita tak boleh bagi makanan yang terbaik untuk anak anak kan . ia sedikit sebanyak  memudahkan lagi kerja mama yg suka berkungfu kat dapur ni haa. yang paling penting ialah cepat sebab anak mama 2 orang ni tak boleh langsung tinggal lelama kat depan berdua. kejap kang kakak nangis, pastu adik pulak sambung. (dah besar nanti mesti rindu masa masa ni kan )

ok tu je nak share ;)


-mamazoora-



go baby go.!

assalamualaikum. gud mowning =)

makin hari makin laju..good job baby Izz Rizqi..lepas ni confirm penat mama nak kejar awak ni.



video pagi semalam


Tuesday, December 11, 2012

kerja pertama selepas SPM

selamat pagi.

mulakan hari anda dengan senyuman :)

mama dengar Era.fm. Siapa dengar angkat tangan!!!
haa topik dia kerja pertama selepas SPM.
macam macam cerita kita dengar kan.

tiba tiba mama teringat kerja pertama mama selepas SPM.
SPM mama tahun 2003. so start kerja 2004.
tau tak mama buat apa? hehee...
berbekal kan seluar hitam,kasut hitam,baju putih...mama kerja kat Hotel Royal Adelphi Seremban yang mana nama baru dia sekarang Royale Bintang. Lagi glamerrr . hehe mama dengar selepas je mama berenti kerja royal tu, mereka tukar management baru..ada la tu sebab sebab tertentu nya kan.bukan sebab mama benti ye.hahaaa

macam mana pulak mama dapat kerja situ??
ok..mama ikut kawan mama nama dia ayie. terima kasih ayie, tak pernah ku lupa jasa mu dulu . ehee :)

sampai je kat tempat punch card tu kena bagi IC kat guard dulu tukar dengan pass kerja  sebelum masuk hotel. dah masuk hotel, diorang bagi baju uniform..ingat lagi..ala ala 'kot' ..kaler kelabu nak biru..hihi.. ada corak corak sikit. masa tu mama tak pakai tudung...rambut pendek gile macam lelaki. macam tomboi dah. dengan kasar nya(tak sangka aku dah beranak dua!!muahahaaa)

kerja mama masa tu ermmm...set up table dalam ballroom untuk event yang ada. first day tu mama lap segala cutlery yg ada. pastu lap cawan yg orang hotel panggil goblet nia haa.



goblet.bukan goblok ok.

lenguh jugak la tangan waktu tu. tapi best cepat dapat ramai kawan. mama kan peramah..muahahahaaa..memula nak start kerja tu punya lah malu . berdebar debar jantung mama. maklumlah pestime keluar kerja. mama jenis tak boleh duduk rumah. biar la kerja apa pun, mama nak gak kerja. 

haa gaji kalau tak silap sejam rm3 kot..ke rm4 tah..tak ingat..gaji pula diberi setiap hari khamis petang..setiap minggu..haaaa masa ni memang best..beratur ramai ramai kat tempat pak guard tu ada akak muka garang dengan cash box dan kertas. pergi kat dia, dia dah siap kira total gaji kita seminggu berapa. mama dulu boleh kata tiap tiap hari kerja. sehari dalam 12 jam..paling cepat ada yang 5 jam je. suka hati la kan..kata part time. tiap tiap minggu dapat duit tu punya la seronok..duit sendiri kan. walaupun sikit tapi bg budak budak banyak tu.lebih seratus.budak budak kan...duit beli topap..duit tengok wayang..beli baju..hihi.

mama ingat event yg terbesar dalam waktu tu ialah Chit Chat Azwan Ali..alaaa program dia yg selalu kua astro ria dulu tu. masa ni memang kerja bersungguh sungguh.lebih 12 jam kerja sebab nak make sure sume dapat siap. malam nye tu memang penuh la artis..mama  jaga table sharifah shahira, laki dia ijoy,lagi tak ingat siapa.terlampau ramai.

urmmm terlalu banyak kenangan manis yang nak diceritakan waktu kerja masa ni.tapi takpelah.mama simpan elok elok dalam hati je. 

kenapa mama berhenti?

mesti la..sampai bila pulak kan nak kerja situ. hehe..masa tu bulan jun,2004..mama tengah gosok seluar nak pi hotel ni..pastu dapat call dari UPM,serdang..mama ditawarkan belajar kat situ..uwahhhh sewonok nyess..terus tak jadi p hotel...sebenarnya surat tawaran dah lama sampai..tapi bukan sampai kat rumah mama..sampai kat ofis unty mama. unty pula beberapa minggu outstation di sabah untuk kejohanan sukan dia. thats why la UPM call rumah bagitau awak ni kena register secepat mungkin sebab orang lain dah nak habis orientasi masa tu. 

Mama terus packing baju untuk masuk U, dan petang tu jugak mama pegi sensorang naik komuter. hahaaa berdikari gila. orang lain mak bapak hantar. takpe...lagi pun mama start naik komuter dari Seremban ke Serdang sorang-sorang masa mama darjah 6 lagi (boleh pulak mak bapak lepas kan.hahaaa). 

Kenapa naik komuter sorang sorang darjah 6 tu???
Unty mama tinggal kat serdang. Mama sangat rapat dgn dia.setiap kali cuti sekolah unty akan jemput kat seremban bawa pergi rumah dia. so bila dah ada komuter, mama dengan kakak mama selalu la gi sana. ada satu hari tu kakak mama tak nak pergi, so dia hantar mama kat komuter tu pastu dia tengok mama naik dan dia pesan jangan turun mana mana. turun kat serdang je. alaa lagipun komuter kan straight je. turun turun serdang masa tu unty dah siap tunggu dah kat situ. senang kan...wei dah terkeluar tajuk...takpe lah ek :p

So apa yang korang buat selepas habis sekolah? kerja kah? duduk rumah sampai dapat tawaran belajar? ke terus kahwin??? best jugak sebenarnya kahwin awal lepas spm kan? tau2 anak dah besar dah sekarang..hihihiiii



-mamazoora-


Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers