Pages

Thursday, April 5, 2012

Kisah Semalam :)

Dah masuk bulan ke - 4 dah aku tinggal kat Ipoh,Perak. Tapi tak banyak tempat pon pergi sebab mr.hubby sibuk kerja..dan weekend plak selalu balik kampung...Kedah n Negeri Sembilan.

Dan semalam aku ada BSP test.Orang ngandung..biasalah kan macam2 nak check.alhamdullilah result sangat cantik walaupon makan macam biasa.

8.00am : 4.5mmol
12.00pm : 4.0mmol
6.00pm : 5.00mmol
9.00pm: 4.8mmol

Ok lepas check kul 12.00pm tu, aku teringin nak p tengok camana rupa Kinta City Shopping Center (Jusco). So dr klinik terus drive ke sana..1st time nak pegi n tak pernah tau jalan ke sana macamana. Before tu ada tgk google map je :). Kalau nk naik highway dari tambun tu nampak je JUSCO kat belah kiri. Dengan condifent nye...ikot kata hati..last2 jumpa n alhamdullilah x sesat..Semalam p jalan berdua je dengan cik mek molek si Arissa tu je. Papa dia kerja.

Seronok jugak rupanya Kinta City ni..maybe sebab kat Seremban takde mcm kat sini...pape pon Seremban best jugak :). Paling best benda 1st aku nampak kt sini..FOSSIL..mmg dr dulu admire kat bag fossil ni.,Asyik beli online je sbb x jmpa boutique nye kt seremban.Dah ada anak kecik ni pastu suami yg sangat2 tak suka traffic jem ni mmg payah la nak turun KL kan. boleh kata yg favourite aku ada kat c2...Esprit,Fossil,MnG,Pco,auntie anne,etc. Pasti jadi tempat shopping wajib lepas pantang ni ok.
Ipoh Parade dia pon best...pergi hari tu tp x habis jalan sebab arissa meragam .
Dah penat jalan , perut dah kenyang, aku pon balik la...Keluar2 je dr parking Jusco tu aku dah confius sbb ada dua jalan,kiri dan kanan..mana satu ntah nak ikut...mmg no idea langsung dan macam biasa aku ikot kata hati jugak..amik kanan...ok..jln lurusssss je...pdah masuk dalam taman perumahan plak. Adoi yai aku patah balik...pastu ehh kua kat jalan yg td jgk..Hurm rilex2.minyak full so jalan je..nak call Mr.hubby mmg tak la kan. Mmg kena marah la nnti. hihi..Last2 aku ikot jalan yg banyak kereta ikot..Haaa...see.. dah nampak signboard Lost world of tambun, The Banjaran.Alhamdullilah dah jumpa..rupanya keluar dekat dgn taman rumah aku duduk. Best jgk sesat jalan ni, kalau x , x tau la aku boleh ikot jalan tu utk ke kinta city :).


Okiessss tata...nak siap p check up @klinik kesihatan :). Harap2 sume ok hari ni.

* terima kasih Jusco Kinta City sbb provide baby stroller camni..kot tak penat la arissa nak ikot mama jalan satu building tu :)



-mamazoora-

Monday, April 2, 2012

nahhh . . . .27 minggu ?

Assalamualaikum :)

Minggu ni si kecik dalam perot dah masuk 27minggu . Ohh x lama je lagi rasanya. Barang2 ada yg dah ada, ada yg x ada lagi..nak kena tengok checklist semula. Takot ada yg tercicir macam masa bersalinkan kakak nye dulu. nak beli baju dia tapi gender belum tau. Papa dia x bg scan dulu..tunggu balik kedah nanti katanya. Ok mama tunggu..Mama dah super duper excited nak tau baby boy ke baby girl yg dok kicking mama hari2 ni. Sangat2 aktif x macam kakak dia dulu..

Letih .. yurp sekarang sangat cepat rasa letih..baru buat kerja rumah ckit dah mengah,sakit belakang. Tak dinafikan, mengandungkan anak kedua adalah lebih mencabar dari anak pertama. Salah satu sebab nya, mama kena layan kakak dia yang sangat2 banyak kerenah. Arissa nak kan perhatian diberi sepenuhnya pada dia.Sampai mama nak duduk sekejap pon x boleh kecuali kalau dia tengah tidor macam sekarang :). Kalau papa dia ada, baru lah mama boleh rehat betul2...thanx papa sebab hari2 tolong mama buat itu buat ini...masak tu masak ni...nyum3 ..*really luv ur Mee Kuah*. hehe..

Haaa..ni baru duduk typing sekejap pon dah sakit belakang. Ohhh haii...cepat la 01 July 2012. Itu due date doctor bagi. Mama nya dapat rasakan yang baby tecik ni akan kua dalam bulan Jun ni..aaaa cepatnye kan. Yang kedua ni terasa sangat cepat sebab mama sedar yg mama pregnant masa dah masuk 3 bulan..hewhew ..  Cian baby..masa usia kandungan 1-3bulan tu mama sibuk pergi gym, aerobik yg hardcore punye semata2 nak kempiskan perot..sorry sayang..mama x tau awak ada rupanya ... masa 1st time check hujung Disember 2011 dulu, sangat2 terkejut bila doctor scan n nampak segala kaki tangan jantung dia sume dah complete. Menangis mama kat klinik tu...haishh. nasib baik ALLAH jaga dia. Mama nya langsung x perasan sebab period mmg x dtg sejak amik injection, pastu takde langsung rasa mual,loya,..cuma pening tu ada ckit tp ingat pening biasa, telan panadol je la masa tu bulan Oct - Nov 2011. I'm sorry baby............semoga awak sihat kat dalam ni..dan selamat bertemua mama n papa bila cukup masanya nanti ok... :)



:: mamazoora ::
02 April 2012

Thursday, January 12, 2012

SEBENARNYA. tak seperti yang disangka :)

Alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan untuk bernafas hingga detik ini :).  Sebenarnya, tiba-tiba terasa macam nak meluahkan perasaan. Bukan apa, ermm...ok. Bulan januari 2012, bulan pertama dimana aku tidak lagi bergelar wanita berkarier...eeyaii macam bagus jer kan ! hihi.
01.11.2011..tarikh aku buat keputusan muktamad..dengan bersemangat aku karang Resignation Letter as Student Lifecycle Executive at Cosmopoint College. Selepas hampir lima tahun aku bekerja. Sebelum convocation year 2007, rezeki aku dah di Cosmopoint. Sepanjang hampir  lima tahun tu, segala macam benda dah aku lihat dan harung. Dan segala macam orang juga yang aku jumpa. Ada yang baik, ada yang sebaliknya. Biasa lettew kan :).

A'ha..sebenarnya lagi...ini kali pertama aku duduk rumah dan jadi fulltime housewife. Aku dilahirkan sebagai anak bongsu dan aku mengaku aku memang anak bongsu yang betul2 bongsu..apa yg aku mengarut ni. Maksudnya disini dari segi semua  hal rumah tangga. Selepas berkahwin, aku masih lagi duduk dengan mak ayah, ermm 3 tahun juga. so faham-faham la semuanya dah tersedia ada.

Januari 2012 ni baru aku berjauhan dengan family di Seremban sebab  mengekor bontot suami ke Perak. Lagi-lagi aku dah tak berkarier kan. hehe.

Dan, baru aku sedar, SEBENARNYA jadi surirumah sepenuh masa tidak semudah yang disangka. Jangan ambil mudah ye. Ramai yang kata, senang nye jadi housewife...best la duduk rumah je.! Oh tidak semudah tu wahai kawan. tanggungjawab yang dipikul lebih besar. Kalau dulu, pagi-pagi hantar anak kerumah pengasuh ,lepas tu kite pergi office. Kalau banyak kerja ok la, kalau xde kerja facebook la kan.Ooppss +_+. Kalau dekat rumah pulak, selagi ada benda tak dikemas selagi tu aku rasa macam nak duduk pon tak senang. Kalau dulu kemas ala kadar je pagi2 nak cepat pergi kerja. Sekarang tak lagi. Sebelum ni kat rumah mak bukan aku malas tapi ramai sangat penghuni nya,jadi, kemas tak sampai 5 minit dah tsunami balik,Lagipon masa tu kite bekerja..cewahh alasan jer kan.hehe ;p.  Ini bukan satu rungutan tapi cuma pandangan aku yang tak pernah lekat duduk rumah ni la. Baru first time nak merasa.  Dulu aku pon selalu cakap dalam hati , "bestnye kalau x kerja,duduk rumah goyang kaki,tunggu laki balik kerja". Tapikan aku lega sangat sebab dapat tengok Arissa depan mata 24/7. Walaupon dia lasak dan suka sangat2 kacau mama dia tapi takpe...aku puas.

                                            
Lagi satu sebelum aku resign , ada yang berkata macam ni " Rugi la belajar masuk Universiti lepas tu duduk rumah. Baik tak payah belajar ". Mula-mula macam nak marah tapi tak jadi, sebab semua orang ada hak nak bersuara. Katalah apa saja kat aku. Jawapan aku senang.. "setidak-tidaknya saya seorang surirumah yang berpelajaran.dan apa yang saya belajar akan saya praktikkan pada anak2 saya. Saya kan amik jurusan Human Development. KAU ADA?" hahaaa sombong la plak kan. Lagipon zaman sekarang sangat canggih, walaupun surirumah, tu semua tak menghalang kite untuk berjaya. Boleh jer nak berniaga online ke,kite kan tak buta IT!haa berlagak lagi tu :p. duduk rumah mengasuh anak orang pon boleh jugak kan?jual cupcake ke...macam la pandai kan. xpe2 boleh belajar!Internet kan ada. Macam-macam lagi boleh buat. Tunggu lepas bersalin nanti kite tengok apa yg boleh dibuat ye..

Ok lah mama dah bosan. Nak tidur. Esok nak mengemas lagi...hihi P to the O to the Y to the O!


Assalamualaikum :)

Thursday, December 22, 2011

Perak will be my . . . . . ?

hehe .

selepas beberapa tahun en.hubby menunggu,akhirnya baru dapat jawapan. alhamdullilah mungkin ini rezki anak2 .... dengan mama sekali. ngeeee tak malu +_+.
last friday masa bercuti kat kampung kedah, dia dapat call dari office. terkejut jugak tiba2 dengar dia menjerit...hish apsal pulak la ni...ok lepas tu dia kata, "cheq naik pangkat dpt transfer perak." Ohhh syukur alhamdullilah. Nasib baik perak, dekat nak ke kedah,dekat jugak nak ke negri sembilan...sebelum ni, aku dah berangan2 dah yg dia dapat pindah johor. bukan apa, sebab kawan2 baik ada dua org kat JB! Takde rezki la nak duk ngan diorg :). Xpe...lepas ni aku dah kena berdikari sepenuhnya. First time duduk jauh sikit dari family, dan...first time jugak aku menjadi surirumah sepenuh masa. harap semuanya akan dipermudahkan...amin ~
Ok lepas ni jom kite explore PERAK pulak !!
dah nak balikkkk rumah...!daaaa


-mamazoora-

Wednesday, November 9, 2011

heh encik hubby :)

Tetiba teringat pasal ni :)

Macamana kita nak ajar anak kecil tidur asing dari parent dia? Sekarang ni anakku sayang baru 2 tahun :). Awal sangat ke nak asing kan dia tidur tempat lain. Sebab arissa ni jenis yang kalau dah lelap kul 9.00 malam, sampai pagi kul 6.00pagi baru terjaga. Dia tak jaga tengah malam minta susu. hehe...so malam tadi kita saja la nak letak dia asing.saja nak try..nak tengok boleh tak tido tanpa papa n mama. Ok lepas tidur kan arissa...kita pon tinggalkan dia ,dan siap2 nak tidur sebab arissa dah lena nyenyak...Tapi kan tetiba terasa something weird....kita tengok papa dia amik selimut n bantal...kita pun tanya la "ehh yang..nak pegi mana ni???" pastu papa jwb " nak tido dengan arissa...kesian dia"..............~ hurmmm nak tak nak...angkat la balik si arissa tido kat celah ketiak dia.....sabar jer la. bukan anak yg meragam...papa plak! grrrrrr +_+


love u sayang :)




-mamarissa-

astro bYond

ok.

last week dapat call from telemarketeer Astro. Diorang offer untuk change/upgrade dekoder yg sedia ada kepada Byond. 1st soalan yg kena tnya kat astro ni.....charges macamana? kang x pasal2 naik ke 300/month. tercekik nak bayar....hehe . Ok no charges at all asalkan korang pulang balik dekoder lama,remote control, n dish/piring besar....kalau korang nak simpan yg lama2 tu kena byr rm100....mcm pakej lama ada Mustika,Movie,Variety,Sport,Disc Channel....tapi bila tukar pada byond..kitorg dapat lagi bnyk channel pada harga yg selalu kitorg byr evrymonth iaitu Rm125 . . dah ada ABO,Cartoon for my arissa dll. Best jugak...gambar pon cantik skit pada biasa sbb tV kitorg cuma Haier Plasma32". Ingat kan tak ley pasang sbb bukan full HD....kalau nak lagi cantik kena la upgrade TV plak....Nak2 kalau dpt Samsung LCD 3D Full HD tu...haaa amik..sume DDDDD....hehe berangan sudah.

K lah so kalau ada sesapa terima call dr astro offer utk byond ni amik jer la...x rugi pon. x kena bayar....service pon cepat jer... :)..*tapi kalau hujan, awan mendung kelabu still "service not available"*. huh!!



mamarissa

Tuesday, October 25, 2011

: pengakhiran sesuatu permulaan :

aku perlu lakukan ini.!
tak semestinya perkara yang bakal aku akhiri ni akan terus berakhir macam tu saja. 
mungkin ada sesuatu yang baru sedang menunggu aku. hmmm tak siapa tau :). 
kadang2 aku takut untuk teruskan tapi bila fikir, fikir dan fikir......I HAVE TO !! 
apa2 pon yang perlu aku tanam dalam diri sekarang :


-peduli kan orang yang memandang sinis pada kita (anggap itu cabaran)
-jangan sekali-kali aku give-up (mudah-mudahan)
-usaha sehabis mungkin
-berdoa pada yang MAHA BERKUASA YA RABB
-dan bertawakkal.







::mamarissa::

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers