Salam.
Siapa pernah kena ketuat,kutil,kematu ni? dia benda yg sama je kan. selalu kena di bahagian tapak kaki, juga tangan..ada macam macam bentuk.ada yg sebiji sebiji..ada yg besar.
Mama pernah kena last year tahun 2011 bulan 1 sampai la bulan 2,2012..haa ingat tu. Mula mula kecil je dia. Kat bawah ibu jari kaki. Mama biar je sebab kecil sangat..pastu dah sebulan dua..dia merebak..ya ampun..nak nangis rasanya. Walaupun cuma ketuat je, jauh daripada nyawa, tapi mama MALU tau. kalau duduk bersila tu mesti sorok2 ibu jari kaki. Ye la kan...macam kita pengotor sangat , tak jaga kebersihan,..padahal dah habis bersih dah mama rasa.
Mama pun google la cane nak hilangkan ketuat ni. Nak pi klinik malas pulak sebab mama fikir...cuma ketuat je.
Sumber dari WIKIPEDIA :
- Ketuat biasa
- Ketuat kaki (Plantar warts)
- Ketuat filiform (Filiform warts)
- Ketuat planar
- Ketuat kelamin Genital warts (ohhh noooo mama xde hoccay!)
Menurut WIKIPEDIA – ada beberapa cara nak buang ketuat ni
- Salap asid salisilik
- Terapi cryo
- Podophyllin
- Interferon & asid trichloracetic (TCA)
- Pembedahan membuang ketuat
- Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.
- Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.
- Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.
- Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.
- Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
- Ikat sekeliling ketuat dengan benang jahitan pembedahan, ketatkan ikatan dan simpulkan. Darah tidak akan mengalir lagi ke bahagian yang dikat itu dan ia akan gugur sendiri selepas seminggu.
Wooo macam macam kan. Mama tak buat pon cara tradisional ni. kadang-kadang bila dah geram mama amik ketip kuku,mama ketip2 benda tu..pastu pedih,berdarah pun pernah..terus letak minyak gamat.
Tapi yang mama perasan,ketuat mama ni ilang sedikit demi sedikit lepas mama guna sabun mandi,sabun buku LIFEBUOY. Mama guna sabun ni hujung bulan 1,2012..tiap2 kali mandi,mama gosok banyak2 kali kat tempat kena ketuat tu.Geram tau sebab makin lama makin menggila plak banyak dia. Pastu lepas mandi dia kembang dan tercabut sikit sikit...bulan 2 hari tu semua nye takde dah..licin cantik dah tapak kaki mama.Takde nak cover2.tengok lahhh! ewahhh berlagak plak tibe2..jgn dtg balik dahla ye encik ketuat.. hihi sampai sekarang melekat dgn lifebuoy. xde tukar2 dah.
Before tu mama guna duofilm,beli kat watson tp sebab mama guna secara tak konsisten so x ilang la ketuat tu. kena guna secara konsisten..everyday.jangan skip.
Ok dah.
*jangan marah mama plak tau kalau korang guna sabun lifebuoy tu ketuat tak gugur.eheee berusaha yea.buat sungguh dan istiqomah :)
-mamazoora-
12 peninggalan:
tenkiu, mmg tengah ade sebijik kat celah ibu jari kaki kiri skg nih, tension betoi... syg ko!
huu tension kan. cepat buat apa2 yg patot sebelum merebak. lap u too!
ok, dah jadi pengikut blog ni :)
rajin2 la update entri nanti nak singgah.
komen moderation tu kalo bole turn off baru pembaca mudah nak komen.
ok tq nick nashram. dah off comment moderation..baik.lepas ni slalu update n blog walking. n explore ur blog. mekasih :)
Wah nak kena try ni..ada sekor dekat tapak kaki..adoiai huhu
Aku pun ada kat jari manis ni ada tiga satu kat tangan kanan satu lagi kat tangan kiri satu lagi kat jari kelingking
sy ada 1 kt jari kelingking. besar giler.sya kecik lagi baru 12 tahun. tahun ni nk UPSR. Sedih. haritu pergi klinik. dortor india tu kate kena potong. xnak potong... ada cara lain x? sedih giler :'( rase nk nanges je :'( aminsmaĺlville ni abg punye google. sy pmpuan
sy ada 1 kt jari kelingking. besar giler.sya kecik lagi baru 12 tahun. tahun ni nk UPSR. Sedih. haritu pergi klinik. dortor india tu kate kena potong. xnak potong... ada cara lain x? sedih giler :'( rase nk nanges je :'( aminsmaĺlville ni abg punye google. sy pmpuan
fuhh terasa sakitnya kalau pkai boot kawad, nasib baik baru satu , hehehe , thanks mama
thanks for the tips..singgah dan follow :)
http://pelik-oh-pelik.blogspot.com/
Harap-ii mnjadi.. ni haa.. ade dua ekor kat tapak tangan kiri.. rimas gila rasa.. btw.. tq for tips..
ad sekor dekat tapak kaki,makin besauu pulak sekor ni..sakit time nak pakai kasut@slipar.. T_T dh prgi klinik pn xjln jgk
Post a Comment