Pages

Tuesday, November 11, 2008

aNgan di awangan . .

ketika zaman kecik ku,
aku meletakkan angan,
ingin menggapai bulan dan bintang,
nun jauh tinggi di awanan,
yang tak ter gapai dek tangan.
aku melakarkan angan,
untuk membina mahligai,di tepian pantai,
yang penuh dengan kedamaian.
aku meletakkan angan,
ingin menjadi cinderella,
bahgia di samping putra raja,
megah berdiri di dalam istana.
aku jua pernah berangan,
ingin menjadi jutawan,
tersohor nama seluruh alam,
tiada pernah merasa kesusahan.
namun kini…
usia ku menginjak dewasa,
aku mula megerti,
segala angan ku hanyalah penyeri,
untuk ku lakarkan kehidupan ku ini.
Pernah jua aku dikhabarkan,
Kisah MAT JENIN yang tidak berkesudahan,
meletakkan angan tinggi di awanan,
akhirnya diri di rundung malang.
ku renung kembali angan kecil ku,
tiada apa yang mustahil di situ,
asalakan tekad dan semangat ku bersatu,
pasti ada jalan untuk ku.
Kerna..bintang kan kekal di orbitnya,
pantai tidakkan berubah kemana,
putera tetap orang biasa
jutawan hanyalah pada nama.
segalanya pasti dapat ku gapai,
asalkan usahaku bersama bersatu,
mengharungi ranjau berliku,
untuk mencapai cita-cita ku,
biar hingga kehujung hayat ku.
kerna…malangnya MAT JENIN bukan kerna angannya,
tapi daya usaha yang tidak seberapa,
akhirnya jatuh pohonan kelapa,
mahsyur segenap menjadi legenda………..
*aku mahu kamoo.syg.*
wink2 +_+

1 peninggalan:

Aniely said...

bebunga-bunga cinta la pengantin kita nih

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers