Pages

Friday, June 28, 2013

almond milk / susu badam (homemade)

Izz Rizqi mama dah 1 tahun lebih sikit :)

Mama cuba buat susu almond untuk dia.
Almond banyak khasiat kan. 
Susu badam mengandungi nutrisi yang diperlukan tubuh seperti :

Vitamin A
Vitamin B1
Vitamin B2
Vitamin E
Kalsium
Kalium
Fosfor
Serat
Protein
Magnesium
Zat Besi
Sodium

Dan antara khasiat nya :

Membantu menurunkan kolesterol 
Merangsang pertumbuhan kanak-kanak
Membantu mengurangkan gangguan pencernaan dan radang perut 
Mencegah osteoporosis 
 Membantu melawan sembelit 
Meningkatkan kesihatan ibu yang sedang hamil 

Ok mari kita share cara nak buat

1. Sangai(goreng tanpa minyak)
2- Rendam dengan air masak semalaman 
3- Keesokan hari nya, dah boleh masuk dalam blender, letak air masak. mama buang
balik air rendaman tu sebab takut je tengok kaler dia. hihi
4. Kisar sampai hancur dan tapis guna tapis teh yang kain tu pon boleh
5-sedia di minum

**kalau jumpa almond organic lagi bagus
** 500gram almond boleh dapat 2 liter susu almond
**mama tambah dengan kismis. kurma pun boleh(blend asing).

Elok diminum masa fresh tu..kalau tak habis ,letak dalam peti ais, handle sama macam kita handle EBM.

Senang kan? 
Papa tanya, kenapa panggil susu? takde letak susu pon? Alaaa dia panggil susu almond sebab kaler dia tu menyerupai susu, isi almond kan putih.

Mama tengok kat Giant Hypermarket, ada juga jual dah siap tapi buat homemade je la mudah..takde campur apa-apa yang meragukan.



 Yeaayyy Izz minum sampai habis. Alhamdullilah. Nanti mama buat lagi ye.
**pastikan anak anda tidak allergik/alah pada kekacang okey.

mommies yang belum cuba, boleh la cuba..
pasni mama nak try susu barli.

ok.
Assalamualaikum

^_^


Sunday, June 23, 2013

Anje mama

Izz rizqi dah setahun lebih.
Gigi sikit lagi,atas baru nak ada 4, bawah baru 2.
Dia tak suka gigit2 orang.
Dia cuma suka gigit masa mama bf dia. Sabo je le. Rasa nak cubit2 pipi tu! Sakit tau adik.
Masa tido suke ketap2 gigi/gesel2 gigi dia...eee nyilu mama dengar la.
Dia ni manja terlebih la. Mama nak kena ngadap dia je.kalau mama takde, dia punya nangis tu 1 taman dengar.padahal mama nak gi bilik air aje.
Pastu sebab dia juga,mama dah setahun tak gi gunting rambut. Nak pegi tapiii dia taknak duduk dgn papa. Rambut mama sikit lagi nak sampai pinggang.bayangkan..rimasnya dgn cuaca panas ni..kena ikat selalu.kalau lepas, sebijik mcm hantu kak limah..kembang semangkuk.
Bila ntah nak gunting rambut ni.mama kalau gunting siap sekali dgn treatment apa kebenda makan masa sampai 2-3jam paling cepat. Tunggu izz 2 tahun,rasanya rambut mama sampai bontot dah tu. Papa nya banyak kali offer nak tolong guntingkan. Tak kosser mama. Jap lagi dia trim pakai mesin rambut tu mau nye jadi rambut rihanna lak. Hehe.

Arrghh esok suami kerja. Baju bajan semua isterinya tak iron lagi ha. Nak iron sekarang ke,iron kul 5 esok, sekarang ke,kul 5 esok???
HUuuu kul 5 esok la. mama dah malas dah malam ni.
K gud nite peeps. Kepada mereka yg berada di kawasan jerebu yg teruk, jgn keluar rumah,nak keluar pon guna mask.

Baiiiii
`°•.¸¸.•°` `°•.¸¸.•°` `°•.¸¸.•°``°``°•.¸¸.•°
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tidur.

Aku paling tak suka bila semua orang dah tidur pastu tinggal aku sorang je tak boleh tidur.

Apa nak buat ni? Nak tengok tv takot nak keluar bilik. Malam ni panas lagi. Dah lama tak hujan. Bestnya kalau sekarang ni aku ada kat cameron!
Ye minta tempat yang dekat2 je. Mintak nak pegi negara korea memang tak dapat lah :)

Esok kompom mama mangun lambat. Biasa kul 10mlm dah tidur dah.

Huiishh sedapnya arissa n papa lawan dengkur siapa paling kuat. Jap lagi ada yang 2 beranak ni kena laga kepala bg ilang dengkur. Hehe..

Eh. Tiba2 terfikir. Baju raya thn ni nak beli kaler apa lagi ni? Wah wahh...ok lah. Nak cuba berangan dan seterusnya lena diulit mimpi!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, June 22, 2013

27.selamat datang.

assalamualaikum

:)

22 jun 2013.
dah 27 tahun dah saya. macam tak sangka. sekejap sangat. cepatnya.
macam-macam yang difikir.
ehek.

pagi-pagi tadi gnola(my husband) kejut sambil cakap..happy birthday!happy birthday.
weeee...suke. i love u..*sila jangan muntah.! haha.walau dia seorang yang sungguh tidak reti romantik atau surprise2 ni, tapi...entah. saya suka.

hari ni tak ke mana-mana sangat. cuaca berjerebu ni kan. pagi-pagi tadi kemas rumah,sarapan semua,siapkan anak. hmmm..pastu google kat ipoh ni secret recipe mana paling dekat dengan rumah kami.boleh camtu? gedik nak google bagai..ye la. kita masih tak hafal tempat kat ipoh ni sebab asyik la duduk rumah..mana tau ada yg lagi dekat daripada yg dekat tu.hah apa ni ;p.

SR ada kat jusco kinta city,ipoh garden,aeon station 18 dan lain2. so paling dekat dengan rumah ni jusco kinta city je. ok ke jusco la kita. wajib eh asal birthday je nak ada kek? hihi...dah terbiasa la beb.

sampai jusco ambil extra stroller untuk Izz. Tak larat la nak dukung dah walaupun dia kurus je.


kakak sibuk nak naik stroller jusco. huh


ni yang paling best. bawa la dia ke mana-mana, mesti dia tido. heee ..
kakak pergi mana-mana je asyik la dapat belon. 

lepas tu macam biasa..melilau-lilau..masuk tempat cadar, konon nak cari bedsheet tapi nantilah. malas tiba-tiba. husband sibuk tengok kuali. dia kan suka masak. so pegi mana-mana, suka tengok kuali/periuk yang cantik2. banyak juga less..50%,70%. 
Tapi kan sejak kita terkena dah dulu dengan sale jusco ,terus macam ye ke ni harga lepas sale? dulu masa pregnant beli sandal scholl konon nak selesa..ermm tp memang selesa la. masa beli harga takde less RM115. Dua minggu selepas tu ada less untuk sandal sejibik macam yg beli tu..after less jadi RM125. uiikkkssss....terang2 tipu kan. tak baik tau...haihh kan dah melalut dah ni.

Hah. lepas tu lalu kat secret recipe incek husband terus je jalan..tak singgah pun beli kek. takpela.
Dah tu masuk Padini. Kedai wajib beli t-shirt . Dapat la hasil ckit. Nak lebih-lebih tunggu raya nanti la pulak. 

Depan padini ada Baskin Robbin. Husband ke sana. dan..tunjuk kek coklat..Ohh patut la menonong je depan secret tadi. Tukar selera. Tadi dia beriye je google kedai secret recipe kat ipoh.heh..Maybe sebab dah banyak kali mama zikir kat telinga dia mama nak kek BR. so ni kira ditunaikan la kot..kot la.






sedappp bagi penggemar coklat macam kami anak beranak 
^_^

Ada design yang lagi romantik dan santek ,love shape semua tu tapi flavour ice cream dalam nya tu tak best. so we go for chocolate juga akhirnya. senang semua pon suke kan.
Lepas ambil kek ni, cepat-cepat nak balik sebab kan icecream ..boleh tahan kejap je..kalau tidak cair. 

Sebelum ke carpark..singgah pulak kenny rogers tapau ayam golek. malas nak makan situ..Izz tidur lagi, kakak dah macam mula nak boring ..kalau dia dah boring...mau letih melayan dia dalam kenny tu nanti. 

 tengok lah tahap keboringan dia ni. kalau biar lama lagi mesti dia dah lompat-lompat dalam kenny rogers tu.


ayam sekor. cukup la untuk 4 beranak..1/2 makan tengahari, 1/2 lagi sambung makan malam ni. ngeee burfday momma tak yah masak. lalalaaa ~
*ayam kenny rogers masih tidak boleh melawan kesedapan ayam golek hanafi kat aloq staq*

yeaahh tamat sudah..hah. mama nak cakap terima kasih tidak terhingga kepada kawan-kawan yang wish di FB,sms,whatsapp..sayang korang semua. seronok je tengok ucapan2 tersebut. rasa macam...ya allah ada lagi kawan2 aku yang ingat kat aku..haha over ni.

orait. itu saja. nanti.kita.merepek.merapu.lagi.
bye .i love u.
eh tibe2 kan lately ni suke cakap i love u.
apasal tah.

>_<


p/s : gambar birthday momma takdo la plak kan. nanti2 lah. ehee



Monday, June 3, 2013

#SOPHIE PARIS







assalamualaikum dan selamat tengah hari 
>_<

mama super duper busy. tak cukup kaki dan tangan nak update blog.
tapi hari ni nak juga tulis....nak kongsi benda best. 
mama ketinggalan zaman. orang lain dah lama tau kewujudan brand Sophie Paris ni kan?
mama baruuuuu je tau last week.
huhu takpe...tak lari mana pon si Sophie ni kan.

Sophie Paris dah lama fofular kat negara luar, baru launch kat Malaysia Januari 2012.
mama balik kampung last week, tengok ada catalog sophie atas katil. belek2..terus macam...ehhh cantik nye...!pastu tengok harga...uwahhh mampu milik. catalog tu kepunyaan kakak mama. dia ahli rupanya. so mama pun register ahli RM15 seumur hidup. murah je kan.lepas tu bila dah jadi ahli,semua barang dalam catalog korang dapat 20% less.kalau beli banyak..ada komisen/bonus juga.yang best, Sophie ni kite boleh order online atau boleh pergi direct ke butik berhampiran.

Mama suka handbag,wallet dia..kualiti pon sangat best. mama dah beli 1 ni..wallet amorette pink kaler bagi menggantikan wallet sedia ada yang hampir nazak ;p

sesiapa nak jadi ahli boleh emel ----> sophieparis247@yahoo.com

klik link ni untuk cuci mata---> Sophie Paris



hah murah kan. handbag/wallet dan barang yang lain pon cantik2.

woot woot....ini kite punye ;p

jom join Sophie Paris..berbaloi-baloi~~


Tuesday, April 30, 2013

FISHER PRICE JUMPEROO RAINFOREST


FISHER PRICE RAINFOREST JUMPEROO
MARKET PRICE : RM360 - RM400
OHSEM BABYKIDS PRICE RM340/SET
POSTAGE E-PARCEL RM18(SEM)/RM45(SABAH/SARAWAK)

OPEN FOR PRE-ORDER
ETA 6 MAY ONWARDS.

VISIT and LIKE OUR PAGE---> https://www.facebook.com/ohsembabykids

TQVM


Thursday, April 25, 2013

Macamana boleh kurus??

hai :)

last week mama balik kampung.

erm ramai yang tanya macamana mama boleh kurus dari sebelum ni?
makan alpha lipid SD2 ka? makan figure-up ka?

dua2 bukan. tak makan apa...tu yang kurus tu .. mihmihmih...

ok. sejak lepas pantang anak nombor dua ni, memang mama nak minum sd2 ,nak cuba pil figure-up..memandangkan baby Izz masih breastfeeding (campur FM jugak), dan mama masih makan pil perancang,jadi SD2 tak boleh nak minum lagi. Kalau kita ambil pil perancang berdos tinggi, makanya SD2 tak jalan...sesiapa nak minum sd2 make sure jgn makan pil2 hormon macam pil perancang yang berdos tinggi. minta nasihat doctor pil mana yg dos rendah.

figure up plak mama nak makan sebab my cousin makan memang berkesan kat dia. tapi bila nak beli je en.suami kata.."tak yah la..dah ok dah ni"...sob sob...berat mama bulan 7 last year hari tu 64kg. sekarang 56kg..mama tak perasan pon badan ni kecil dari sebelum ni..rasa sama je..cuma kalau pakai seluar dah kena cerut dengan tali pinggang...

jadi bila orang asyik kata..dah kurus,dah kurus...mama pon check balik mama buat apa,makan apa.

yang mama perasan,

setiap pagi mama tak makan heavy mcm nasi lemak,roti canai...mama cuma mkn roti canai,nasi lemak tu semua masa balik kampung je..hahaa..sebab ayah,abah selalu belikan. kat ipoh ni, nak beli roti canai,nasi lemak semua tu sangat susah..kereta satu je kan. husband kul 7am dah kua p kerja. nak beli kena jalan kaki..tidak le mama nak jalan kaki dengan dua org power rangers ni..dah la anjing banyak..satu hal kena kejar anjing plak tiga beranak kami..so makan je la cereal anak2 dengan segelas susu/milo. tak pun roti bakar...apa2 je yg simple.

tengah hari mama selalu ter'skip nasi. sebab mama busy packing barang nak hantar ke customer pada petang hari dan reply segala emel. lepas tu bagi anak2 makan,tidurkan diorang,mama sambung buat kerja rumah pula..sapu sampah,kemas toys yang melambak2 budak2 ni main,mop lantai,kemas dapur..sambil2 kemas mama selalu minum air coklat atau susu dengan roti..dah rasa kenyang so takdela rasa nak makan nasi.

makan malam...wajib makan nasi. kena la kan teman husband makan nasi ...kang sensorang je laki i menjamu selera. husband mama pulak jenis makan nasi sebelum kul 8..paling awal kul 6.50pm dah makan nasi dah. so kat sini pun memberi kesan juga kan makan sebelum jam 8pm.

supper?? no supper...mama selalu tidur awal kul 10mlm dah masuk bilik....sebab kepenatan....
sebab ni la kot berat badan mama menurun.

nak turun sampai 50kg la kalau buleh...hehe..mood verangan dah sampai..

lifestyle banyak pengaruhi berat badan kan?


***waktu dan menu makan berubah 100% apabila kami pulang ke kampung...hahaa..mana bley tahan masakan mak dan mak mertua ku yang maveles..***


ok.bai ~~~

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers