Pages

Wednesday, January 30, 2013

rebat smartphone rm200

assalamualaikum

selamat pagi.

mulakan hari anda dengan senyuman :)

hari ni takde wordless wednesday dah. hehee

ok. memandangkan mama dah register online untuk rebat rm200 for smartphone tu kan. jadi nya, balik kedah hari tu mama pegi la kedai-kedai yang menawarkan rebat ni. tak pergi banyak tempat pun.

mama pergi senheng di pekan simpang kuala, alor star. boleh gunakan rebat untuk beli smartphone tu tapi....yang tinggal cuma note 1, s3 dan harga yang sewaktu dengannya. samsung ace plus atau yang range harga 500-700 takde stok..sob sob....tak dapat la beli. tinggal yang memahal harga atas 1.5k. aiyoo...

lepas tu dekat Sentosa Plaza, ada dua kedai yang boleh guna rebat rm200 tu tapi HANYA untuk talipon CSL(bukan ke gov dah umumkan untuk semua jenis smartphone hari tu??) Kalau nak beli smartphone lain dari CSL, dia cuma bagi rebat RM150 je(suka hati kau je kan). Aikkk mana bley brader....nak tolak tolak rm50 plak. so tak jadi jugak...bukan berlagak taknak guna csl ke apa...tapi mama mmg nak ace plus. nak wat cane...takde rezeki lagi...so biar la dulu. ti kita jalan kat ipoh ni plak...voucher expired 8 feb.

macam-macam dugaan gak nak dapatkan talipon guna rebat rm200 ni kan. ingatkan mudah ja. hihi...tengok lah..kalau ada,ada lah ia...kalau tak, rebat by my laki ja la...



-mamazoora-

Tuesday, January 29, 2013

6 hari setengah tanpa internet

assalamualaikum 

:)

ngihihii....rasa lama sungguh tak online.
mama balik kampung umah mak mertua kat alor star. area rumah tu line 3G celcom  takde walaupun dekat je kot dengan pekan.
so dari mama fedap dan naik hangin bila dah connect internet tapi lain EDGE sahaja, baiklah mama simpan lappy,bokben diam-diam dan buat kerja lain.

lagi pun bila dah sampai alor star, mama agak sibuk berjalan jalan. pergi rumah sedara mara. itu yang best bila balik alor star ni.jalan,jalan,makan,makan sambil merapatkan silaturahim :). ermm alor star banyak tempat makan sedap2 kan. walaupun gerai tepi jalan je tapi best. 

antara makanan yang sedap kat alor star..
  • goreng pisang sedap dekat depan sekolah kebangsaan alor janggus
  • ayam golek hanafi (jalan alor star-kangar) tepi jalan je,peniaga tu bawa proton saga kelabu..
  • roti jala kat stadium
  • bihun sup kat jitra (jalan sg.korok)
  • nasi royal (nyum nyum)
  • nasi ayam kedai jamil
  • western food kat Spring Leaf Cafe (dekat dengan Celcom Centre)
dan...paling best, takde jual punya...ada dekat....rumah mak mertua saya..! hihi..apa yg mak masak semua sedap2. nasi merah,laksa,air asam...semua lah. 

hah itu la dia bila takde internet, mama kerja makan sahaja. ;p

ok la tu je. 

esok kita sambung.

masih keletihan . walaupun kedah-perak tak jauh mana pun tapi ntah la ..penattttttttt......nak p cari power root jap la. ehee


-mamazoora-



 




Tuesday, January 22, 2013

siapa tau "kuih cidah" tu apa??




Kuih cidah? kuih yang makcik bedah jual ke?? ohh tidak..bukan bukan..teruskan membaca..haha
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

arissa : mama! kakak nak "kuih cidah"...

mama : haaa?? kuih cidah ?? kuih apa tu?

arissa : alaa...yang kakak makan dengan papa,dengan mama,dengan baby ish tu la..

mama : baby izz makan kuih cidah? ooo kuih ghasidah ke? yang kaler putih tu?

arissa : haa yang tu..kuih cidah tu.

aiyooo...tunggu petang ckit kita buat kuih cidah ye..tunggu papa balik ;p





mimpi apa tak tau la tengah tengah hari ni dia nak makan kuih ghasidah ni...hehe

*bila kah arissa nak hilang pelat bila cakap..bulan 11 ni 4 tahun dah*

:)

RESIPI SILA KLIK SINI



-mamazoora-

Monday, January 21, 2013

Hi :)



siapa setuju dengan gambar kat atas? hehe 
teringat pulak tahun 2008, mama kenal dengan husband..
muka dia dulu , nak tegur pun mama takot  tau. muka ketat je tak senyum2 .
dan satu hari, mama tanya dia..

" Hye..
DOSH tu apa dia eh? "

mama tak tau DOSH tu apa. sebab orang kata dia kerja kat DOSH.
Pastu dia explain la.

"DOSH tu Dept of Occupational Safety and Health"

dan...
start pada tu la selalu borak borak dan borak....

simple word but its how love starts.
ngiahaha..


anda kenal cinta anda plak camane??

:D




-selamat hari senin kengkawan-


mamazoora


Wednesday, January 16, 2013

WW #4



tido silang panggung.


anak dara sorang ni suka tido macam macam style. 
ini nak bagi nama style apa ntah????




aptb


:)





mamazoora

Monday, January 14, 2013

satu botol seumur hidup

yuhuuu..

baby izz dah 7 bulan..pastu mama kan..mama tak tukar lagi botol susu dia. dari dia lahir. teruk nye ye.

hehe.
takde la. Izz guna botol avent , ada 4 biji botol. ada jugak 2-3 biji botol Anakku, bukan nye guna 1 botol untuk 7 bulan tu. puting tak yah cakap la. memang selalu kena tukar kan..

jadi sekarang mama tengah survey botol apa nak dibeli.
selepas google google dan google, mama decide nak guna botol stainless steel Pura Kiki dan Organickidz. 

Dah lama dah botol-botol ni ada dipasaran tapi mama tiada kesedaran nak guna. dulu masa arissa belum setahun,mama ada bagitau papa pasal Organickidz tapi papa kata tak payah la.guna je avent. sekarang ni Izz dah 7 bulan, mama nekad nak tukar dari plastic ke stainless steel. 

dah jumpa seller yang bagi harga ok..menunggu dia reply order mama.

kenapa stainless steel?

sebab mama baca stainless steel vs plastic ni.
bagus kan.

One life one bottle. tak payah tukar tukar botol dah lepas ni. kalau pandai jaga,siap boleh passing kat adik dia nanti. yeayy jimat gile. hehe.

organickidz

pura kiki



Yang best nye puting boleh masuk macam2 jenis brand. kalau bottle wide neck, boleh je masuk MAM,Avent,Anakku etc..dan begitu lah sebaliknya :).

go green yea mummy. 

*nanti kalau dah dapat botol ni mama update lagi.

;)



mamazoora






Friday, January 11, 2013

Tamat sudah



Assalamualaikum :)


apa yang tamat?

semestinya drama adaptasi novel tulisan aisya sofea iaitu Adam dan Hawa
mesti ramai yang tengok kan.
malam tadi dah last episod. ada 80 episod.
masa mula mula tengok tu rasa macam lambattttt sangat nak habis. tapi bila dah habis malam tadi,rasa cepat pula. will miss u Ain Hawani and Adam Mukhriz...
mama n husband tak pernah miss tengok cerita ni. hero and heroin memang sangat seswai..aaron aziz dengan nadiya nissa :)
comel je diorang kan..

mama tak pernah pon baca novel nya. cuma cerita ni betul betul tinggalkan kesan. dan antara tips kebahagian rumah tangga dari cerita Adam dan Hawa yang kita boleh ambil antaranya ialah :


  • Setia ( 8 tahun Adam tunggu Hawa ... )
  • Jujur
  • Jangan diungkit perkara lepas ,lupa kan benda lama.
  • Sentiasa bersikap realistik
  • Selalu berdoa 
  • Memaafkan
  • Selalu cuba jadi yang terbaik
  • Persahabatan (azie dengan johan tu..hehe)
  • Hormat antara satu sama lain
Ok sama sama la kita jaga rumah tangga masing-masing . semoga berbahgia selamanya. sekarang dah jadi trend orang kata , 'bahagia till jannah' . hehe

Selamat hari Jumaat peeps.



-mamazoora-

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers