Pages

Monday, December 3, 2012

Anak.




Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,

Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi tidak diberi rezeki itu.

.
.
.
.
.
.
.


Sayangi mereka :)



-mamazoora-

Friday, November 30, 2012

baby izz :: 1st solid food ::

yea..hari ni . 30 november 2012 baby izz mula mamam solid food dia yang pertama.
ikut kan mama nak genapkan 6 bulan.

izz 6 bulan 8 dis ni,minggu depan je pun. tak lama dah. mama tak sabar dah. lagi lagi bila baca entry mama sakinah comel ni ha.. hahaa..

hari ni mama buat kan Izz..

Bubur nasi.

  • kisar beras halus2.
  • buat macam bubur biasa
  • kacau-kacau sampai masak
  • no salt pleaseeeee =)
Steam Vege.

  • Kukus carrot dalam 15minit atau sehingga lembut.
  • Lenyek /  kisar
Pastu mama campurkan carrot kisar tadi sikit dalam bubur nasi tu..dan...anak ku makan dengan gelojoh!! kesian je...hihi :)


muka excited tengok makanan dia.

disebabkan unplan nak bagi dia makan, so mama belum beli bib, pinggan mangkuk sudu untuk Izz..guna la mana yang ada dulu yea baby Izz :)



awal awal ni bagi sikit je...selebihnya tu siapa lagi abiskan kalau bukan kakak arissa . nasib baik ada kakak ni ..kot tak mama jugak yg abiskan :)


-mamazoora-





Thursday, November 29, 2012

berguguran.

apa la yang berguguran kan? durian? bukan... air mata?? ohh tidak jugak.. eheee..

ni ha. rambut mama ni. RAMBUT.!

aduhh tension je bila mengalami masalah rambut gugur ni. hari tu masa preggy elok je cantik tak gugur. dah lepas lepas bersalin ...amekawww...banyak betul gugur. nak nak setiap kali bangun pagi dan waktu mandi. hissshhhh..

paling tak suka bila baru je mop dan sapu lantai. lepas 5 minit tu dah ada pulak rambut rambut. aduhh.

shampoo mama guna dari dulu pantene anti dandruff . kata kurang kan rambut gugur kan. tak berkesan untuk waktu sekarang ni.

orang tua plak selalu cakap kalau bayi dah start menyembur air liur dia, lagiiiii banyak rambut mama nya akan gugur. baby izz memang 2,3 bulan kebelakangan ni suka sangat2 la menyembur2 main air liur.
hehe mama tak dapat nak relate kan dari segi saintifik nya di sini. mungkin hanya mitos je kan ;p

urm. potong rambut bg pendek? ohhh tidak..sayang plak dengan rambut panjang ni..tapi itu la..kenapa la dia GUGUR! terasa dah kenipisan rambut mama ni. tidakkkkkkk mama tak mau botak awal.!! +_+

sesiapa ada petua nak share pasal rambut gugur ni sila lah share..boleh mama try nanti.




tadaaaa....rambut baby Izz Rizqi dah panjang....hihi takde lah. Baby Izz pinjam rambut kakak dia sekejap >_<





-mamazoora-

Tuesday, November 27, 2012

dera mama.!

uwaaa izz dah pandai..
dah semakin lasak .. mentang mentang next week nak 6 bulan dah.
paling seksa sekarang ni tiap kali lepas mandi nak kena bersilat dengan dia atas katil tu.. nak pakai kan pampers je dia menyarap. kita telentang kan , dia nyarap balik. aiyooooo.... sakit pinggang / belakang mama nak oi..kalau dah besar sikit nanti maunye berlari lari tak nak pakai kan. jangan la cam tu anak ku.



Yang ni pulak si kakak. Dia pun nak dera mama jugak. kerja dia selang beberapa jam je nak tukar baju. nak mandi lah..baju kena susu sikit terus nak tukar baju lain..pastu baju nak pilih sendiri..tengok tu ha. siap amik kerusi kecik dia panjat laci baju dia. Lepas ni mama nak kena beli almari baju yg berkunci plak utk dia. Kemas laci tu pagi, tak dan sampai tengah hari dah sepah sepah...hai la  anak dara :)





apa apa pun, sayanggggggg sangat2 kat dua orang ni.
muaahhhhhh!!
-mamazoora-

Monday, November 26, 2012

Kidsme food feeder dah sampai.

Salam .. Hye :)

Pagi ni pos laju datang hantar food feeder Kidsme . Mama beli untuk baby Izz. Sebab baby Izz suka sangat hisap buah pear.

Jadi dapat dapat je terus rasmikan bagi dia . Wahhhh seronok betul dia bila dapat hisap tu. Tapi.....bila rasa manis manis buah tu dah ilang terus menjerit2 ...mama ganti kan dengan buah yg baru terus senyum balik. Pandaiiiii ekkkk!

Ni gambar baby Izz dgn food feeder. Tak risau dah pasal tercekik. enjoy your pear my lil baby Izz.


Lepas ni mama beli epal plak yea :)

Thank you Mum Naila Collection .

*menanti baby bullet dgn penuh kesabaran :)

tak sabar nak bg Izz mamam macam macam.





-mamazoora-

Saturday, November 24, 2012

Alpha Lipid SD2

Assalamualaikum semua!

Mama nak kongsi sikit pasal ALPHA LIPID SD2.

Ramai yang dah tau tentang alpha lipid sd2 ni kan.

Mama tak minum pun sebab sekarang mama makan pil perancang yg mengandungi hormon agak tinggi , so tiada atau sikit je penurunan berat badan akan berlaku kalau mama minum alpha lipid sd2 ni sekarang.So tunggu la next year nak minum.

Cuma sekarang mama tolong kakak mama jual. Berani tolong jual sebab my sis sorang tu berjaya turun kan berat badan dia dgn alpha lipid sd2 ni. Seronok tengok dia dah kurus dan......setelah bertahun2 berkahwin, baru2 ni dia hamil.  Doctor pernah nasihat kan dia untuk turunkan berat badan supaya boleh hamil. Alhamdullilah rezeki dia.

Nama my sis ni Fiza. Selepas fiza berjaya turunkan berat badan dan hamil, kawan dia pon terus cuba minum. Kawan dia kahwin 6 tahun tapi belum ada rezeki utk timang anak. Last week mama dapat tau,kawan dia pun alhamdullilah dah pregnant juga lepas berat badan turun dgn alpha lipid sd2. Kita berusaha, ALLAH swt tentukan semua kan. Yang penting,usaha tu :)

Ok itu satu. Lagi satu, mama ada jual sd2 ni kat sorang kawan di seremban. berat dia before ni 79kg.
Mama bg kat dia October hari tu. Dia nak try se tin je dulu. Dan lepas tu dia message, ada perubahan dah rasa. Minggu ke dua, dia minum lagi se tin..dah habis tin ke dua dia amik lg satu tin maknanya dah 3 tin.

Petang semalam, tetibe dia muncul kat FB Chat....good news lagi. Ni ha........




Ni testimonial dari dia setelah minum 3 tin alpha lipid sd2. Betul betul punya testimonial yea..mama tak edit apa2. Tahniah sayang ku. Seronok je dengar berat dia dah turun.

Mama bila lagi ??? Uwaaaa nak jugakkk..


Siapa2 nak cuba atau ada sebarang pertanyaan, boleh e-mail mama yea -----> nazurawhy2@yahoo.com atau pun message kat FB. Penghantaran ke seluruh dunia.

Dunia tu..bukan Malaysia je. alaaaa kalau entri bahasa omputih buleh la mat saleh order kan. hihihihi.... Mama cakap dunia tu sebab , my sis Fiza tu hantar kat kawan2 dia yg study kat Korea, US, etc ..

Jom la sama sama kurus dengan sihat, In Shaa Allah :)




-mamazoora-

Lagu yang diharamkan waktu majlis persandingan







Salam.

Hye :)

Lagu apa yang tak boleh dimainkan sewaktu majlis perkahwinan?

Siapa jadi DJ sila alert ok.

Ni lagu ni..lagu Norkumalasari... Hati Seorang Kekasih. Actually tadi dengar Sinar.fm. Kak engku la kata jgn putar lagu ni waktu majlis persandingan.


Tapi dulu mama pernah dengar kat satu majlis kahwin . Sayu plak hati . .

Lagu dan lirik memang best....boleh menangis pengantin atas pelamin nanti :p


Hai la lagu.... :)




-mamazoora-


Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers