Pages

Thursday, December 22, 2011

Perak will be my . . . . . ?

hehe .

selepas beberapa tahun en.hubby menunggu,akhirnya baru dapat jawapan. alhamdullilah mungkin ini rezki anak2 .... dengan mama sekali. ngeeee tak malu +_+.
last friday masa bercuti kat kampung kedah, dia dapat call dari office. terkejut jugak tiba2 dengar dia menjerit...hish apsal pulak la ni...ok lepas tu dia kata, "cheq naik pangkat dpt transfer perak." Ohhh syukur alhamdullilah. Nasib baik perak, dekat nak ke kedah,dekat jugak nak ke negri sembilan...sebelum ni, aku dah berangan2 dah yg dia dapat pindah johor. bukan apa, sebab kawan2 baik ada dua org kat JB! Takde rezki la nak duk ngan diorg :). Xpe...lepas ni aku dah kena berdikari sepenuhnya. First time duduk jauh sikit dari family, dan...first time jugak aku menjadi surirumah sepenuh masa. harap semuanya akan dipermudahkan...amin ~
Ok lepas ni jom kite explore PERAK pulak !!
dah nak balikkkk rumah...!daaaa


-mamazoora-

Wednesday, November 9, 2011

heh encik hubby :)

Tetiba teringat pasal ni :)

Macamana kita nak ajar anak kecil tidur asing dari parent dia? Sekarang ni anakku sayang baru 2 tahun :). Awal sangat ke nak asing kan dia tidur tempat lain. Sebab arissa ni jenis yang kalau dah lelap kul 9.00 malam, sampai pagi kul 6.00pagi baru terjaga. Dia tak jaga tengah malam minta susu. hehe...so malam tadi kita saja la nak letak dia asing.saja nak try..nak tengok boleh tak tido tanpa papa n mama. Ok lepas tidur kan arissa...kita pon tinggalkan dia ,dan siap2 nak tidur sebab arissa dah lena nyenyak...Tapi kan tetiba terasa something weird....kita tengok papa dia amik selimut n bantal...kita pun tanya la "ehh yang..nak pegi mana ni???" pastu papa jwb " nak tido dengan arissa...kesian dia"..............~ hurmmm nak tak nak...angkat la balik si arissa tido kat celah ketiak dia.....sabar jer la. bukan anak yg meragam...papa plak! grrrrrr +_+


love u sayang :)




-mamarissa-

astro bYond

ok.

last week dapat call from telemarketeer Astro. Diorang offer untuk change/upgrade dekoder yg sedia ada kepada Byond. 1st soalan yg kena tnya kat astro ni.....charges macamana? kang x pasal2 naik ke 300/month. tercekik nak bayar....hehe . Ok no charges at all asalkan korang pulang balik dekoder lama,remote control, n dish/piring besar....kalau korang nak simpan yg lama2 tu kena byr rm100....mcm pakej lama ada Mustika,Movie,Variety,Sport,Disc Channel....tapi bila tukar pada byond..kitorg dapat lagi bnyk channel pada harga yg selalu kitorg byr evrymonth iaitu Rm125 . . dah ada ABO,Cartoon for my arissa dll. Best jugak...gambar pon cantik skit pada biasa sbb tV kitorg cuma Haier Plasma32". Ingat kan tak ley pasang sbb bukan full HD....kalau nak lagi cantik kena la upgrade TV plak....Nak2 kalau dpt Samsung LCD 3D Full HD tu...haaa amik..sume DDDDD....hehe berangan sudah.

K lah so kalau ada sesapa terima call dr astro offer utk byond ni amik jer la...x rugi pon. x kena bayar....service pon cepat jer... :)..*tapi kalau hujan, awan mendung kelabu still "service not available"*. huh!!



mamarissa

Tuesday, October 25, 2011

: pengakhiran sesuatu permulaan :

aku perlu lakukan ini.!
tak semestinya perkara yang bakal aku akhiri ni akan terus berakhir macam tu saja. 
mungkin ada sesuatu yang baru sedang menunggu aku. hmmm tak siapa tau :). 
kadang2 aku takut untuk teruskan tapi bila fikir, fikir dan fikir......I HAVE TO !! 
apa2 pon yang perlu aku tanam dalam diri sekarang :


-peduli kan orang yang memandang sinis pada kita (anggap itu cabaran)
-jangan sekali-kali aku give-up (mudah-mudahan)
-usaha sehabis mungkin
-berdoa pada yang MAHA BERKUASA YA RABB
-dan bertawakkal.







::mamarissa::

Saturday, September 24, 2011

MAA Takaful .

a.ha.. sebenarnya dari arissa lahir lagi dah terfikir nak amik edu. plan tuk dia..tp asyik tangguh sebab x kenal mana consultant. pastu x reti nak pilh mana satu yg ok..Prudential,takaful ikhlas,etiqa,maa...banyak bebenar. Last2 hari ni aku register kan arissa under Educational Plan MAA Takaful. Kebetulan semalam p beraya kat rumah makcik,pastu anak dia yg bekerja sebagai cikgu tu rupanya consultant utk MAA takaful ni. Lepas dia explain semua,dan aku pon dah pikir habis2an, aku pon setuju. hehe...Untuk tahun ni aku amik yg paling minimun sebanyak Rm50 sahaja. Rm50 ni takde Medical Card..Aku plan, next year Januari baru nak start yg Plan Rm150(termasuk medical card). Yang best nya tentang MAA Takaful ni, kita boleh keluarkan duit dengan syarat kena tinggalkan rm1000 dlm akaun. Dalam erti kata lain, kita boleh amik 80% daripada jumlah simpanan yg kita ada..Lepas tu kalau dah ada medical card, misal kata anak kita terkena apa2/kena warded secara tiba2(tapi minta dijauhkan anak ku dari sebarang perkara tak diingini), cuma hulurkan medical card tu je.Ini salah satu langkah berjaga2.Ok lepas tu tak payah keluar ape2 duit kecuali KPJ,kena byr deposit rm200,masa discharge dipulangkan semula. Kalau warded, setiap hari tu akan dapat elaun harian.Depends pada pakej yg kita amik. Benda ni penting utk masa depan anak kita. Kalau parent kaya raya takpe la tak payah risau. Untuk yg mcm aku, ni la cara nak tolong masa depan arissa. Taknak dia pinjam PTPTN dah mcm aku!Jenuh nak bayor.  Huhu..Itu la cerita dia... :). Sekian......Mekasih.


-mamarissa-

Wednesday, August 24, 2011

saya ada kawan baik :)

illy maisara & norazura
saja. nak cerita pasal budak tomel sebelah kite tu . hehe.
ni kita panggil ayong. kenal dia since 2002 masa tu form 4. dan form 5 jugak. tapi masa tu kitorg tak serapat hari ni. sombong .hihi. memasing ada kawan baik sendiri kan. biasala bebudak. Pastu klu x silap masa thun 2004 or 2005, aku terserempak ngan dia kat kedai buku. Since dari tu, bermula lah persahabatan yg betul2 sampai sekarang.
Kita selalu lepak sesama, buat benda baru sesama.kita hijau, dia hijau.. ngeee :D. takkan lupa pada warna hijau merak tu kan ayong. Pastu memalam lepak Azhar Maju senawang. Gossiping. Yes. I like...! dan rindu benda tu...
Semua nya tak lama sebab kita dah ada tanggungjawab lain. Dah kawin, dah ada anak. Tapi masih ada jugak peluang utk keluar sesama dgn dak ayong ni. terima kasih encik suami sebab bagi chance/izin kat kita kua memalam dgn girlfren kita.
Hmm tak lama lagi .... ayong akan menjalani perkara yang sama dgn apa yg kita buat sekarang. Dia nak kawin dah bulan Oktober nanti :). Mesti cantik kan dia masa tu. hihi. kita plak yg tak sabar nak tgk muka ayong blushing. haa pipi dia ni kan kalau tgh malu je pasti merah pink. comel yo. Ayong nanti jgn nangis tau masa kena tinggal kat Sg. Buloh. hakhakkk :p.

Ok cukup utk hari ni. akan ada next entri utk ayong.......! Blueekkk!





-mamazoora-

Monday, August 22, 2011

7 days to go.

dah nak raya dah..? tp mood utk raya tak berapa nak ada. tahun ni. kite beraya dgn penuh kesederhanaan. preparation x mcm last year. barang arissa pon beli apa yang patut jer. kenapa kejap sangat puasa tahun ni yea...walaupon 30 hari sama macam tahun2 sebelum ni tapi..aku rasa sgt sekejap dan tak puas.kalau waktu kecik dulu 30 hari rasa bagai berbulan2..pastu tak sabar2 nak raya...main bunga api, mercun...Ohhh ok. dah dapat jawapan....the answer is....aku dah makin tua.!telah dimamah usia :). hehe..





* terima kasih YA ALLAH kerana masih memberi aku peluang utk bernafas hari ini...dan peluang utk aku menginsafi diri yg hina ini*




-mamazoora-

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers