Pages

Tuesday, January 8, 2013

Bulan ke 7 untuk Izz Rizqi



Alhamdullilah Izz Rizqi genap 7 bulan hari ni.
Memang sangat happening dah rumah mama sekarang. 

Bising. 
Izz dah pandai rebut barang mainan dari kakak dia. 
Pastu Izz bila nampak papa main ball dengan kakak, terus dia pun lompat2 excited nak main sama. 

Izz belum pandai duduk lagi. Dia cuma angkat angkat punggung ngan tangan macam nak merangkak.

Tidur pun macam macam style dah si bujang ni.

 Dia dah menunjukkan minat terhadap basikal kakak. Bangun pagi letak depan TV,benda pertama dia buat, pergi kat basikal kakak. Basikal kakak memang main dalam rumah je. Tak pernah letak luar. hehe

Makan plak makin berselera. tapi dia tak suka nasi + ikan+carrot..dia lagi suka nasi+ayam+carrot tak pun nasi + carrot je. pastu sebagai kudapan , hari tu mama beli biskut MILNA rusk tu. Dia suka mula mula je lepas dah cair biskut tu dia menangis nangis. Mama try bagi Baby Bite plak. Haaa yang ini dia suka sebab tak cair kat tangan pastu bentuk panjang2 senang dia nak pegang. 

Hari tu balik seremban,papa dia bawak balik walker kakak dulu. Waktu makan mama letak dalam walker tapi dia lompat2 taknak. Dia nak duduk atas pangku mama. Aiyooo...tapi kekadang boleh pulak. ikut mood juga yea :D

ok dah boleh panjat sikit sikit.




semoga anak-anak mama sihat sejahtera selalu.

selamat ulangbulan yang ke 7 , Izz Rizqi.






-mamazoora-

Saturday, January 5, 2013

hari sabtu hari masak bersama suami

assalamualaikum ;)

buat apa tu?
mesti semua pun spend time dengan family kan hujung minggu ni. gi holiday gi jenjalan. mama macam biasa...dok rumah. hari ni start pagi pagi dah selesema. purrrffttt...apa pun tak boleh.
nasib baik ada suami tolong buat macam macam. terima kasih en.husband.

husband mama suka main masak masak.
jadi hari ni nak share kami masak apa. simple simple semuanya sebab dah kepenatan mengemas stor.
mama banyak menyibuk je.tolong kacau-kacau.

ni dia..

sarapan pagi : 
menu paling simple :)
-roti bakar + telur separuh masak. bagi tenaga sikit.hikss
-air milo kaw2



makan tengah hari:
ini sahaja.
-nasi goreng daging merah 
-air sirap



minum petang:
husband mama musti ada minum petang. tak kisah la apa pun mesti nak kunyah-kunyah.
jadi petang ni dia buat
-tepung talam gula merah dengan kopi.
 faveret dia dengan my doter,arissa.




makan malam:
biarpun malam belum menjelma tapi dah siap siap plan nak masak apa..dasarrrrrr kuat makan.!hehe
so malam ni western. 
mama request chicken chop.
teringin pulak. tak yah pi kedai....dah siap marinate lam peti ais.malam ni tinggal goreng dan tunggu en.husband prepare sos.

pada sesiapa yang kebuntuan tiada aktiviti di hujung minggu. jom ler ajak en.husband memasing main masak masak. boleh bergurau senda baling2 tepung...hahaa takdelah.

enjoy your weekend

;)


picture semua dari google.



-mamazoora-




                    

Friday, January 4, 2013

Happy Tree Friends - Snip Snip Hooray! (Ep #32)







Assalamualaikum selamat pagi semua.

Pagi ni mama takde kerja rumah nak buat. semua dah siapkan malam tadi. cehh giler rajin tiba tiba.
breakfast pagi ni? ermmm spagetti malam tadi banyak lagi. Arissa bangun kejap lagi mesti dia cari punya,so tak yah buat breakfast lain.



Ok jadi mama dengan baby Izz melayan youtube cerita Happy Tree Friends. Mula mula tu mama ingat Happy Tree ni salah satu game show. rupanya.....cerita kartun yang ganas! darah memercik2..telinga putus la.biji mata terkeluar. Baby Izz  baru bangun tido tengok ternganga je. 
ini cerita kartun untuk 'anak jantan' bak kata abg Tri hadzir suami kepada kak fynn jamal ,bapa kepada budak cute Bakti Arjuna Fitri ;)

sila la tengok yea. just for fun.




p/s: not recommended for children under 12


;)




mamazoora

Thursday, January 3, 2013

kedai perabot dan barang elektrik

assalamualaikum.

:)

huh fenat nye mama. dedua anak kecik ni baru tidur. mama nak lurus kan pinggang tapi pandang lappy , ermmm online dulu la. tu la diaaaa....hihi

kedai perabot? hang beli apa lagi ni cheq?

takde...tadi lepas pos kan barang yang mama jual hari tu. lalu kat kedai perabot faveret mama n hubby kat ipoh ni. dari awal pindah januari 2012, semua beli kat kedai ni.
termasuk la barang letrik macam mesin basuh, peti ais..senang sekaligus. Kitorang pindah IPOH cuma bawa baju-bajan,sebijik LCD Tv dgn pinggan mangkuk sahaja ye. masa beli set bilik tidur,mesin basuh dgn peti ais dulu dia bg free gift rak kasut, rice cooker,bantal,ada lagi mama tak ingat.

lagi pun yang buat kita jadi pelanggan tetap kedai uncle ni adalah..dia selalu bagi free gift dan harga memang boleh lebih kurang.

contoh :
kabinet dapur RM350 .. minta kurang dan kurang dia bagi RM280.
tilam single 8" RM235 .. kurang kurang dapat RM180...total RM460. tapi 2 barang tu RM450..

tadi kan dah lalu kedai perabot uncle tu,terus la singgah sebab nak tanya pasal warranty mesin basuh yg beli kat dia dulu tu. ada problem plak dgn mesin basuh ni.haisshhhh...naik muscle2 dah lengan mama hari2 mendobi guna tangan. kikikiii..mama tak kesah basuh baju guna tangan cuma, Izz dgn arissa nak tolong sekali. Dua dua tak boleh duduk diam diam tengok tV kalau mama takde.
Pakai mesin kan senang..tekan tot tet tot tet dah siap basuh.

Settle pasal waranty mesin basuh tu, Arissa plak dah taknak balik sebab berkenan dengan Almari baju kartun kartun tu..uwaaaa...kartun mickey mos..harga tokey tu tepek kat lemari tu RM399...alahaii lari bajet la arissa(mama memang nak cari almari baju yg baru untuk arissa)....pastu cari almari biasa dua pintu kaler coklat gelap rm180 je. tapi arissa masih melekat kat almari mickey mos tu. haiyaaaa uncle tu kata...takpe la u angkat RM250. Mama tak nak , mama jenjalan lagi cari almari lain. Takde plak yg berkenan. si Arissa dah masuk duduk dalam almari mickey tu. Pastu uncle tu cakap, u angkat la rm200...anak u suka yang ini.
Mama papa belek-belek almari arissa suka tu, hmm ada lock. ni yang paling penting sebab arissa suka sepah baju. tp takde tempat hanger. Uncle tu panggil staff dia suruh tambah tempat hanger kat almari arissa.hihi mekasih uncle.

Arissa nampak tilam. pastu dia cakap, "tilam kakak kat rumah tu dah tak sedap la papa"...hahaaaa mama gelak je. sebab memang tak sedap pun nipis gile dah tilam tu.tilam tu beli masa arissa x wujud lagi rm50 thn 2008. ok papa belikan tilam baru untuk arissa. kesian kat dia...malam ni tidur nyenyak2 tau arissa. jgn kencing sudah..

ok dh jom balik sebelum arissa nampak benda lain ;p

*actually mama dgn papa bukan ikut kan kehendak arissa pun tau. memang dah plan dgn papa dia nak cari kan almari baju memandangkan baju dah bertambah dengan kehadiran baby izz...tilam pun sama. dah penyet.kesian kat dia.hihi

ok daaa...

nama kedai uncle tu MTL furniture electric ent. kat taman bercham jaya.



-mamazoora-

           







Tuesday, January 1, 2013

TIADA tajuk



assalamualaikum

beb.

lagi beberapa minit je berlabuh lah tirai 01 januari 2013 iaitu hari pertama dalam tahun baru ni.
mama tak boleh lelap mata. tak tau kenapa.
fikir banyak benda yang nak dibuat esok pagi dan esok esok nya tu.

tiga tiga buah hati mama dah berdengkur irama dangdut dah (salah 1 sebab jugak mama tak ley tido) hehe.

tengok satu persatu muka diorang waktu tidur nyenyak, rasa sayangggggggggggg sangat...rasa nak peluk peluk cium je muka arissa,muka izz,muka papa..oooppss..hehe tapi kang terjaga pulak masing masing..satu hal nak tidurkan semula kan.



hep.
tadi tengok news feed di facebook....ramai yang menyatakan apa azam tahun baru mereka. bagus. semoga tercapai semua nya pada tahun 2013 ni yea kekawan ku.

mama pun ada azam juga.

  1. mama nak belajar masak macam macam . terlalu banyak yang mama tak reti lagi.
  2. mama nak turun kan berat badan. ewahhh buleh kah? hihi..dan....yang paling penting!!!!!!
  3. mama nak selesaikan saman parking Majlis Perbandaran Seremban!!! erghhh sepanjang kerja kat cosmopoint seremban dulu sangat selalu kena saman. panjang cerita nya kalau nak cerita pasal saman parking ni.nanti la rajin mama buat entry :)
saman parking ni pun salah satu sebab buat mama tak ley tido ni.!ohh tidak. lepas ni balik seremban mama nak pergi settle kan. huuuu +_+

ok. taknak letak banyak banyak azam tu. nanti takot tak terbuat ;p

sekian entri untuk hari pertama tahun baru. hihiii nak juga tu....!cepatttt dah kul 11.55pm! ;)


nite nite. muaahhxx!


-mamazoora-






Monday, December 31, 2012

pagi 31 dis 2012

assalamualaikum

selamat pagi.

hari ni husband kerja esok cuti balik. suruh amik cuti, dia kata nak simpan cuti utk 2013.

takpe lah.

so, pagi pagi lagi anak dara yang pelat dah request 'spejeti goweng' . . . spagetti goreng. mama pun buat kan la untuk dia. berselera sungguh dia makan tapi dia tepikan carrot,bawang dgn minced meet tu. haisshhh...memilih.


sebelum mamam baca doa dulu ;)



jemput mamam semua ;)





ok itu saja cerita pagi 31 dis 2012.
esok dah masuk cerita baru,tahun baru 01 jan 2013.
alhamdullilah.



selamat tahun baru semua.



-mamazoora-


Sunday, December 30, 2012

kemas stor , jual barang .. hehe

assalamualaikum

hari ni hari ahad.
pagi pagi buka pintu bilik stor.
termenung beberapa minit.
fikir apa yang patut dibuat untuk kemas bilik stor supaya jadi bilik biasa yang kemas.
yang mana bila tetamu datang boleh la tidur situ tak yah tidur depan tv.
hihi

ok. mama nampak ada beberapa barang yang mama dah tak perlu kan.
dan dah tak guna.

keluar kan satu persatu..

kotak pertama : electric breastpump spectra 3 + accessories nya.
kotak kedua : blossom farm sit me up kaler pink.
kotak ketiga : baby playpen
...
lagi...ada  baby carrier dan lain lain.

mak ai semua nya berkaitan baby dan mummy je kan.
hihihihii...

dah sudah keluar kan barang2 tu. mama rilex2 tengok FB. sekali terbaca page "PRELOVE BARANG MAMA".

Mama pun klik la.tengok ramai juga mama mummy sume letgo barang kat situ. mama pun cuba nasib sama. mana tau ada orang nak beli plak. barang sume elok2 takkan nak buang kan? guna pun tak lama.


mama letak breastpump dengan blossom farm tu je. tak sampai beberapa jam dah ada buyer. alhamdullilah. hari rabu @ khamis ni mama post barang tu yea.

baby playpen dan lain2 tu dalam perancangan nak letgo ke tidak. mana la tau kot tetibe ter' ngandung lagi macamana??? miahahahaaaa....


-mamazoora-


Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers