Pages

Friday, November 23, 2012

22 Nov 2012

Salam

22 nov ? sejak 4 tahun lepas, tarikh ni sangat bermakna.

mama dinikahkan pada 22 nov 2008 :)

so semalam anniversary yg ke empat..hurm br yg ke-4, mama harap boleh sambut banyak lagi anniversary lps ni. moga kami dilanjutkan lg usia...amin.

sepanjang 4 tahun, semalam yg paling special. eheee...celebrate kat rumah. papa buat lamb chop. papa ni memang suka masak. antara yg mama PALING suka ialah lamb chop dia. tak tau apa yg dia masukkan..sebab bila mama buat sendiri, tak sama rasanya. Dia perap sorang2 kat dapur. Perap selama 24 jam. Lepas tu ditambah dengan black pepper & mushroom sauce. aaaaa sedap sgt.!

Hmm dalam 4 thn, banyak suka duka pahit manis sama sama. Gaduh itu biasa. huhu tp kejap je la . sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pulak mama dgn papa ni. Anak anak menceriakan suasana. Dah ada 2 org si kecik ni. ALhamdullilah :)

my heart. my soul.


 azra arissa

izz rizqi

jantung hati mama.


-mamazoora-


Thursday, November 22, 2012

KidsMe Food Feeder

Salam. Hye :)

Satu lagi benda comel untuk baby. macam macam kan sekarang.


Boleh masukkan buah-buahan yang dah dipotong kecil-kecil. Lepas tu bagi baby comel kita hisap.
Dulu mama tak tau pun. Hari tu jumpa masa cari Baby Bullet. Haishh..cari 1 benda, dapat 2. Ni yang susah kalau mama suka soping!! Yang ni brand Kidsme, kalau Munchkin pon ada jugak food feeder tapi bukan silicon, dia guna macam kain jaring2 tu (apa tah nama dia).

Boleh guna masa baby 6 bulan...nanti Izz dah guna mama upload photo.

:)

credit to https://www.facebook.com/MumNailaCollection

-mamazoora-

Wednesday, November 21, 2012

kesinambungan Avent ..

Salam :).

Hye..sila jangan bosan dengan entry Avent yea. hihiiii

Petang semalam mama ada kongsi pasal botol2 Avent mama yg ada tulisan England tu kan.

Jadi, untuk puas kan hati mama, pagi tadi mama e-mail website tersebut tanya kenapa berbeza sebab mungkin ada sebab-sebab tertentu yang mama tak tahu.

Ok ni jawapan dia ....... (click utk image yg besar)





Alhamdulillah.



-mamazoora-

Tuesday, November 20, 2012

Botol Avent lagi.

Salam.

Selamat petang.

Hye :)

Hurm . hari tu ada cerita pasal botol Avent tiruan  kat  SINI .

Hari ni masa basuh basuh botol , baru la ter perasan perbezaan ketara dua botol ni. satu beli online, satu lagi beli kat kedai baby Manjaku. Selama ni basuh laju-laju sebab banyak kerja..hari ni basuh dengan penuh perasaan..boleh eh camtu..hihi..

Kenapa satu ada Made In England, satu lagi takde...?

Yang takde tu, beli online dekat...........erm tak yah sebut lah website mana..tengah baik hati sekarang ni :) Ngeee....

Itu lah dia.
Ni je la yg boleh cakap..."hati-hati waktu soping online yea semua mama,mummy,ibu,mak sume"



gambar henset mama blur.sowie la ye ..tapi still nampak kan. 1 ada, 1 takde ! grrrrr

Ok tu je.

-mamazoora-

Monday, November 12, 2012

walker . bagus atau tidak ?

Hye dear.

Hari ni mama rasa sangat fresh dan rajin nak menaip. So ini entry yang ke-2 untuk hari ni. Tadi tentang Avent tiruan. 

Now tentang Baby Walker.

Mama sedang berfikir-fikir dan mengira duit kocek, untuk membeli walker baby Izz Rizqi. Memandangkan dia semakin hampir dengan usia 6 bulan nya nanti,Insyallah. Dan baby izz suka main sambil di dukung, tak suka berbaring. Suka meloncat-loncat dengan riang nya sekarang ni. 

Walker kakak dia ada tinggal kat seremban. Itu bukan mama beli tapi maktok hadiah kan kat Arissa. Really appreciate it maktok. Arissa macam bayi-bayi lain memang suka duduk dalam walker sambil main-main dengan benda yang ada atas walker tu :)

Setiap orang punya pendapat masing2 kan. Juga punya cara sendiri untuk menjaga bayi masing2 Memang tak salah pon ada walker ni kan :).

Aha.. banyak artikel mama baca dan sume tentang kesan burukkkk je.! teringat masa kelas psikologi dulu..Roughly apa yang mama ingat, pensyarah tu bagitau walker tidak begitu bagus bagi perkembangan psikologi kanak- kanak. bayi perlu merangkak, berguling dan lelain utk perkembangan minda.

Dan...mama terbaca satu artikel best ni....

Ringkasan.


1. Daripada tahun 1990-2001, sebanyak 200,000 kecederaan kanak-kanak dilaporkan di AS berkait dengan baby walker. 3/4 daripada kes-kes ini disebabkan jatuh tangga.
2. Pada tahun 1997, AS menetapkan garis panduan kepada ciri dan reka bentuk baby walker seperti ianya mesti besar supaya tidak boleh melepasi pintu atau tangga, dan mempunyai alat penahan (brake) apabila hendak terjatuh. Selepas tahun 1997, semakin kurang bayi yang terjatuh dari tangga. Malah, kebanyakan kejadian jatuh tangga hanya melibatkan reka bentuk walker yang lama (tidak menepati garis panduan).Adakah baby walker anak anda mempunyai ciri-ciri garis panduan ini?
3. Tetapi, mengapa ingin mengambil risiko? Kerana padahal, walker tidak mempunyai sebarang kegunaan. Malah, ia tidak membantu kanak-kanak untuk berjalan dan ia juga melambatkan sistem tumbesaran motor, otot dan mental.
4. Di Kanada, hukuman denda dan penjara dijatuhkan kepada mereka yang mempunyai baby walker. Di AS juga, para pakar kanak-kanak menggalakkan pengharaman baby walker.
Satu lagi artikel menarik daripada Eropah:  http://www.capt.org.uk/pdfs/factsheet%20baby%20walkers.pdf 
1. Garis panduan reka bentuk walker di Eropah telah diperbaharui pada tahun 2005. Walker direka agar tidak bergerak laju dan ianya sepatutnya berhenti (brake) apabila hendak terjatuh.
2. Jenis-jenis kecederaan kanak-kanak yang melibatkan baby walker: terjatuh tangga, kecederaan kepala, kebakaran air panas (mencapai cerek atau air panas di atas meja), mencapai objek tajam di tempat tinggi, keracunan (mencapai minyak wangi dan alkohol).
3. Walker mengajar anak-anak berjalan adalah mitos di kalangan ibu bapa sahaja. Merangkak, duduk, berguling dan bermain blok adalah lebih untuk pembentukan minda dan fizikal.
4. Walaupun sesetengah ibu bapa mengatakan walker selamat digunakan semasa kehadiran ibu bapa, tetapi kebanyakan kecederaan berlaku dengan pantas di depan ibu bapa dan anak mereka tidak dapat diselamatkan (70% daripada kes di AS). and why take any risk? :)
5. Di Kanada, penjualan baby walker telah diharamkan sepenuhnya.
credit to ummusaif.com

So. mama dah dapat jawapan utk mama. 
Tapi, jangan ikut mama yea...kalau nak beli walker, beli la...macam mama cakap tadi, tak salah pon nak memiliki walker ni kan :). Lain orang, lain cara. Lagipun sekarang walker banyak yang canggih-canggih.

comelkan.


wowww.... unik.
sesiapa yg guna walker make sure jgn tinggalkan baby sorang2 tau!!
Ok dah. jom prepare minum petang plak !

-mamazoora-



Botol Avent Tiruan ?? Alahaiii..

Salam. Hye ;)

Dah lama persoalan ni bermain-main dalam kepala mama. 

Adakah Avent yang mama beli untuk baby Izz hari tu tiruan? 

Salah 1 sebab , harga yang sangat-sangat murah (murah  risau,mahal pon risau,hihi..)

Yang ni beli online. Arissa punya dulu selalu beli kat Sogo masa ada sale tu. Tapi tak la dapat semurah yg online ni punya. Sekarang ni nak pegi sogo mmg tak dapat.dah dok ipoh dan jarang ke sana. Jadi nya mama banyak habiskan masa dgn online shopping.

Mama pon google la pasal avent tiruan ni dan dapat info dari 1 page ni katanya kalau yang original, ada nombor siri kat belah atas botol tu. Terus check yg beli hari tu....errrkkkkk....takde pon nombor siri tu?? kalau nak kata dah hilang sebab banyak kali cuci, mama ada botol yg belum guna pon lagi. 

Mula la berserabut sekejap kepala. Peniaga yg jual tu kata original. Hati yang negatif ni terus berbisik, "alaa...semua org pon boleh cakap benda yg dia jual tu original.!!"...grrrrr..

contoh gambar avent original hasil dari google. nampak tak nombor siri tu dan tulisan 'made in england'.

Adakah yg mama beli tu original .. made in CHINA ? hihi. 

entah lah labu ... 
dunia sekarang macam-macam.

sesama lah kita berhati-hati yea.

nak beralih ke botol MAM plak la. eheee 

=)

-mamazoora-


Saturday, November 10, 2012

Stroller punya hal :)

Salam semua.

Stroller? macam entri wajib je untuk mummy mama ibu yang suka tulis blog kan.

Mama pun nak share pasal stroller anak2 mama.
Dah lama dah mama cari,belek2 stroller apa nak guna kan untuk baby Izz mama ni. Dalam hati ni dari duluuuuuuuuuuuuuuu lagi sgt berkenan dengan Quinny Zapp Xtra. Siapa tak suka angkat tangan? huh mesti semua suka kan? Design dia comel. Kaler pon santek nak nak kaler merah. Ohhh...beratus ribu kali lah mama usha zapp xtra ni. Hari tu hampir nak beli dah tapi encik suami beri nasihat yg berjaya buat mama insaf..bahahhaaa...

Jadi. mama sedar diri semula. Dah la mama tak bekerja sekarang ni kan. suami pula goverment servant (harap maklum, servant tu ye. takpe.mama bersyukur sesangat dah). Ok xpelah. kuburkan impian utk memilik zapp xtra. hahaa.

Selepas zapp xtra, mama nak beli esprit sun plus tu je. memang bajet dah.murah je kan bila sale dpt rm300++. Tapi dia 4 roda...masa kakak dulu dah guna 4 roda. Nak jugak tu 3 roda mcm zapp xtra. bahahaa tak habis2. Kecoh btul mama ni :p.

Pilihan ke-tiga, Halford fliplite pon rm300++. Tengok mcm senang je nak bawak. boleh lipat payung style tu kan.

Tengok jugak Mac Laren. Comel jugak.  COmbi? tak mau tak cantik walaupun harga dia sangat cantik. ehee..

Haaaa last last hari ni 10.11.12, sabtu,lokasi di aeon station 18,ipoh.

Mama n papa bawak anak2 jalan kat sini lepas tu baby izz macam biasa mama guna baby carrier je. Lenguh jugak bahu,dia dah semangat. Papa handle kakak so x ley pegang izz. Erm benda pertama buat bila sampai Aeon @ Jusco tu, mama buat card jusco dulu sebab kad mama hilang. Arissa hilangkan. Nasib baik bayar rm5 je. Pastu boleh redeem voucher,dapat la rm50. Ok la tu dari takde kan.
Jalan2 kat tempat stroller ternampak sweet cherry nye brand. comel2 jugak.

Mama mmg ada usha dah SCR800 Preston kaler biru yang ini. bentuk nak jugak ala2 quinny kan. nyampah makkk.. ;p. harga dia rm 389.mmg x penah jmpa la discount nye. harga dh rm300++ pon nk mintak discount lg kan. hihi ..
tapi yg x best nye kat aeon station 18 ni, ini tinggal last stock yg show unit tu je..tgk dah ada calar2 dah. Dan lagi satu, pemegang dia tu , kat tempat tolak tu kalau dlm ms yg agak panjang, dia boleh terkoyak. sebab benda hitam tu bukan plastik yg keras tapi macam fiber ke apa ntah nama dia. so x jadi.

Akhirnya mama n papa decide amik SCR3 kaler grey. Ada 2 kaler, grey and red..Kenapa grey bukan red???? Uwaaaa mama sgt suka kaler red. tapi terpaksa amik grey sebab, yg red pon tinggal show unit tu je,pon dah ada calar, tayar pon penuh calar..sape nak kan?? Yang baru ada kaler grey je, disebabkan mama mmg sgt perlukan stroller tu hari ni sebab dah penat pegang Izz, mama amik je . redha je la. ok la tu bley perabih kan voucher jusco rm50 td tu.




hahaaa lagiii 3 roda ala2 quinny. biaq pi la asalkan izz suka. masuk2 stroller je trus tidoq meleleh2 ayaq liuq . alhamdulillah dia x meragam sepanjang masa duduk dalam menatang ni :p.


berbelanja la ikut kemampuan kita tau . muahhxx .

mamazoora.

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers