Pages

Sunday, January 26, 2014

Cheeky Tots, De-Garden, Ipoh

Hari minggu.
Tak plan ke mana. Cuma nak ke Samsung service center sebab Galaxy Tab 3 yang tak sampai sebulan dah buat hal. Bateri tak boleh caj, kena restart baru boleh tu pun tak naik-naik..asyik la 43%. Lepas tu padam tiba-tiba sebab bateri dah 0%....stressss...

Sampai ke De Garden Ipoh, tutup pula pusat servis nya. Tengok kat website Samsung kata hari ahad buka..lepas tu sebelum datang tadi siap call samsung, kata nya buka jam 10pagi..argghh double stress..

Dah alang-alang ke situ, naik tingkat atas jumpa Cheeky Tots tempat anak-anak beriadah. Arissa dan Izz dah super excited loncat loncat. Kesian pula kalau tak masuk. Actually memang dah lama nak bawa tapi tak terpergi pergi.

Masuk lah kami. Ni caj yang dikenakan..


ok la bagi aku. berbaloi sesuai dengan tempat yang selesa,luas dan bersih.

kalau nak pergi pastikan anda dan anak2 ada bawa stokin. kalau takde pon takpe je..beli kat kaunter la macam kami.. Rm1.50/pair. kalau rm15/pair tadi memang keluar balik la. hihiii
Dalam tu ada mini cafe juga..banyak menu untuk anak-anak.

Ni rupa bentuk dalam nya...maaf gambar tak santek kamera takda..


paling best...gelonsor panjang..mama papa pon boleh naik yang ini tapi aku gayat tiba-tiba tadi + malu orang tengok dah tua-tua gedik naik gelonsor. hahaa

 suka lettew


layan ye papa..


ada banyak kereta kecik dan basikal..


ada musix room juga..


malas nak rotate...peace ~~~


dalam ni boleh buat birthday party...ehem...macam best je ...


izz suka main ni ja...len tak mau..


itu musix room, sebelah ada bilik masak-masak...ada dapur,anak patung dan maciam-maciam lagi..


berangan lah anak ku..

okies...itu aja gambar..
sesiapa yang nak pergi keluar masuk ikut suka hati .. boleh la beli annual pass berharga RM280/YEAR/PERSON. Jimat kalau kita pergi tiap-tiap hari kan...kalau jarang-jarang tak payah lah. membazir saja.


tata!!

:)




Thursday, January 23, 2014

Suami tak romantik?

Olla..

Kebanyakan perempuan mahukan lelaki yang romantika d amor kan?
Tapi nak buat macamana, tak semua lelaki itu begitu ye..nasib masing2 la.
Dapat yang romantik alhamdulillah, tak romantik pon alhamdullilah jugak tau!
Suami kita ada kekurangan dan kelebihan yang tersendiri. Betul tak? Kita je yang tahu.

Lagi satu, orang pompuan suka kan kalau suami bagi hadiah? Buat surprise ke kan...
Hihi..tapi ada lelaki yang jenis tak tahu nak buat tu semua..bila dia tak buat benda2 tu, tak bermakna dia tak sayang kita. Jangan dok tengok orang lain dapat hadiah dari incek suami dia,pastu awak yang tak penah dapat tu nak sedih sedih pula..JANGAN ye. Cecepat istighfar.
Lain orang,lain cara.

Haa apasal pula aku tulis benda ni ?
Aku salah sorang perempuan yang punya suami tak berapa nak romantik.hahaaa...
Tapi sangat bersyukur dikurniakan dia sebagai suami..jadi, bila dia tak reti nak bagi hadiah kat aku kan, aku selalu minta je apa aku nak..minta direct..jangan malu dan berkias kias..nanti melepas...kikikiii



haaa ni salah satu cara..kan dah dapat tu ...kalau dia diam,hang pon diam,aptb.
komunikasi sangat penting dalam hubungan.ni la dia.
hihi.

CNY banyak sale..apa lagi..cepat.

ok..bai
>_<

Wednesday, January 15, 2014

2014,katil.tilam.

Hye..
Selamat tahun baru 2014...walaupon hari ni dah berbelas hari bulan takpa la..cheq x dan nak update.heeee
Sempena tahun baru, katil kami yang usia nya tak sampai 2 tahun dah patah kayu bawahnya.
Macamana boleh patah pon pelik..tau2 dah patah dua..
Mesti arissa melompat kuat sangat kot.
Takpa la...dah jadi pon.

Maka, aku dan incek somi sepakat g cari katil n tilam lain.
Sebelum ni di seremban, kami guna tilam vono gambar ziana zain.hehe
Dah pindah ipoh, takkan nak angkut pula kan. Lagi pon tilam tu kat rumah mak.
Sayang tilam tu sebab best tak sakit badan dan itu tilam kahwin kami dulu.

Masa baru pindah ipoh ni,memang kami bawa baju je. So nak cepat punya pasal, beli je set bilik tido yg biasa dan tak ambil tau pon
jenis tilam dia macamana.
Sampai je set tu kat rumah, tidur beberapa malam ,tiap kali bangun pagi mesti sakit badan. Sama la dgn incek somi.waktu tu pregnant..ohh sangat tak selesa tapi tahan ja.untung dah ada tilam kan?orang lain ada yang tido atas kotak je........!

Ni alang2 katil patah, apa lagi...terus survey katil,tilam ..tak payah beli set2..semak rumah ja...rumah dah la comel je ha.
Antara jenama tilam yang best, yang aku tau Vono, slumberland,goodnite,dreamland,kingkoil..
Cuma tau jenama saja..tak tau jenis apa..
Kat kedai perabot, cina tu explain macam2..last2 kita sangkut dengan Divan bed cap Goodnite dan tilam cap KingKoil.
Katanya tilam waranty
10years.  lebih kurang vono dulu. Tebal tilam 10inch. Ok la tu tak yah tebal sangat ti Izz jatuh payah plak. Ni pon dah  rasa tinggi sebab katil yg patah tu rendah sesangat..

Ok. Selepas bergolek2 atas tilam kingkoil ni.. dapat rasa perbezaan yang ketara dari tilam sebelum ni.memang best la..rasa x nak bangun..
Keselesaan tilam bagi aku sangat penting sebab dia mempengaruhi kesihatan kita.macam aku sendiri la kan..sangat kerap lenguh badan tiap kali bangun tidur if tilam tak seswai..ohh mengada sungguh!Haih..nak buat lagu mana...hmm

Sesiapa yang sedang mencari tilam, beli lah cap king koil...best!
;)

Yang atas . Katil lama.

papa love mama

my lil cute doter

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers