Pages

Saturday, September 21, 2013

Laksam - kegemaran suami dan anakku.



hmm.
sejak bekeluarga,apa yg anak dan suami suka makan mesti nak cuba buat sendiri je..lebih puas hati.
aku mmg tak tau masak.tapi belajar,belajar belajar....laksam ni je dah bape kali dah try. first try dulu hambik ko keras gila. tp suami aku makan juga...dia kata,takpa nanti cuba lagi..
cuba punya cuba, kali ke berapa ntah akhirnya baru jadi.
alhamdullilah.


Resipi laksam

Bhn2 utk laksam 

Tepung beras 3 cawan 
Tepung gandung 1/2 cawan 
Air suam 4 cawan 
* guna cawan yg sama utk sukatan 
* adunan dia nanti cair je

Cara2 

1. Gaul semua bahan2 di atas & tapis 
2. Panaskan air utk mengukus laksam 
3. Ambil tudung periuk sapu dgn sedikit minyak 
4. Kukus selama 1 @ 2 minit & angkat..biarkn sejuk & gulungkan

Bhn2 utk Kuah Laksam 

Ikan sardin @ ikan kembung 10 ekor(zura guna kembung) 
Santan 1/2 kg 
Bawang besar 
Garam 
Asam keping 
Sedikit lada hitam 
kerisik (2-3sudu)

Cara2 

-Rebus ikan & toskan(air rebus jgn buang) ikan tu asingkan isi dan tulang (tulang jgn buang) kisar tulang ikan guna air rebusan tadi, kemudian tapis masuk periuk siap2.

-Kisar bawang & isi ikan (guna air rebusan juga) 
- Panaskan atas dapur 
-Masukkan pula santan, asam keping,kerisik,lada hitam,garam 
-Tunggu sampai mendidih.

Ulam-ulaman 
Timun 
Taugeh 
Kacang panjang 
Kubis 
Bunga kantan(takde pon takpa)

Hiris semua ulam ulaman * kalau nak pedas makan dgn sambal cili kering ( kisar cili kering & garam,didih atas api jap)

selamat mencoba kepada yg belum coba. hehe

Friday, September 20, 2013

italian rainbow cake. simple dan mudah.





woahh entry yang bertangguh tangguh.
hah.
italian rainbow antara kek yang femes kat kedai kek online. kan?
suka sebab eye catching sangat.
kaler warna warni dia tu. menarik.
orang tua suka, anak2 lagi la suka tengok kaler-kaler.
daripada tahun lepas la konon nya nak order tapi ntah kenapa tak terorder.
lepas tu tengok kat Facebook , cousin aku tengah belajar buat kek ni.
terus aku mencelah nak rasa la apa...lepas tu cousin aku kata, nak buat kat rumah mak mertua ku.
wah apa lagi...bestnya..kebetulan balik aloq staq lagi hari tu.

yang kek kita buat ni versi kukus.sedappp, lembut ja.
siapa nak cuba. nah resipi dan cara2. mudah ja rupanya...tak la susah sangat. dah buat baru tau.
-
-
-
-
-
-


bahan-bahan untuk kek

tepung gandum 2 cawan
serbuk penaik 1 sudu kecil
serbuk soda bikarbonat 1 sudu kecil
susu pekat 1 cawan
susu cair 1 cawan
minyak 1 cawan

pewarna suka hati .
-biru
-merah
-hijau
-purple (biru+merah)
-kuning

3biji telur (2 biji ambil putih DAN kuning , 1 biji lagi ambil KUNING SAHAJA)
1cawan gula halus (ayak terlebih dahulu)

cara-cara utk buat kek.

1. Ayak kan tepung,serbuk penaik dan serbuk soda
2. Gula dan telur, putar sampai gebu
3. Masukkan susu pekat dan minyak selang seli
4. Masukkan tepung dan susu cair selang seli


5. Selepas tu bahagi kan adunan sama rata(kalau nak buat 5 warna, asingkan kepada 5 bahagian mcm dlm gambar kat atas)

6.Panaskan pengukus.
7.Sapukan butter pada loyang dan letak baking paper(klu takde,guna A4 paper pon boleh). sapu butter lagi skali atas kertas tu.
8. masukkan adunan ikut warna. kukus satu persatu. 1 warna dalam 20minit. nak cepat bukak dua dapur gas dan 2 pengukus ye :D
9. dah siap kukus semua warna,bagi sejuk dulu..dah sejuk, sapukan cream putih tu dan lapik dengan lapisan kek warna lain, sapu cream semula,lapik lagi,ulang sampai habis lapisan.
10. salutkan kek dengan cream dan hias ikut suka.

Cara buat cream pula..

bahan2.
1 buttercup
2 sudu besar gula icing
lebihan susu cair buat kek tadi

cara-cara
-campurkan semua bahan dan putar sampai kembang,gebu dan putih. aku putar dalam 1jam lebih ckit. aaaaa lenguh tangan...kalau ada mixer yg auto ada bekas tu senang banyak la :)




ni diaaaa...next time buat kita kemas kan lagi hiasan . hari tu dah lenguh2 tangan putar krim pastu dah malam masa tu .. ngantuk penat suma ada ;p
thanx a lot sepupu ku...shazwani zakaria!!

sedapnyaaa.....esok nak buat lagi laaaa...insyaallah.hehe








Monday, September 9, 2013

TOMMEE TIPPEE EXPLORA BLENDER DI MALAYSIA




tommee tippee explora blender 
This small and handy food blender helps you make the perfect portion sized meals for your baby.
Use it to blend fruit and vegetables into smooth purees or for a slightly chunkier texture.  It comes with a 2 speed setting and has a pulse action so you’re in total control.
 Details
  • Perfect for blending small portions
  • Two speed settings for different textures purees, mash and chunks
  • Easy to clean  - container and blade suitable for dishwasher
  • Pulse action
  • Lid safety lock
  • Non slip rubber fee                                                                                                                                    
haa..ni barang preorder.
dijangka tiba ke pangkuan ku pada awal disember.
lambat lagiiiii kan?
direct dari UK...bukan ulu kelang ye ;p

ramai yang suruh aku jual botol tommee tippee.
tapi macam biasa la..survey botol dapat blender.
hehe.

kalau ada sesiapa yang nak order, boleh emel : ohsembabykids@yahoo.com 
nanti aku bagi detail.

atau 
whatsapp 019-6563689 pon boley
:)
bai..



papa love mama

my lil cute doter

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers