Pages

Wednesday, July 24, 2013

GMBO.siapa belum apply sila lah apply.

hye.

hampir 2 bulan menunggu panggilan dari SKMM untuk program GMBO . 
hampir setiap hari juga tengok handset sampai dah fedap. haha.. nampak sangat aku mengharapkan geran RM1000 tu. 
haih siapa yang tak nak? boleh buat modal berniaga . walaupun ada yang kata alahai sikit je RM1000 tu...jadi lah tu, bersyukur kita.
nak lebih lagi kita usaha sehabis baik.
kalau betul-betul, RM1000 tu boleh jadi RM10,000.
kan?
RM100,000 pun boleh kalau kena cara nya.

sesiapa kawan-kawan yang dah ada business kecil-kecilan buat online , apply la GMBO ni.
tak rugi pun.

syarat nya bagi aku mudah.

-ada daftar SSM
-ada website domain .com/.com.my/.net (blog dia tak nak)
aku buat website yang simple gile. sekadar cukup kan syarat dulu..dah dapat duit RM1k tu baru nak upgrade website amik yang shopping cart tu.
-ada langgan internet (broadband/streamyx/unifi,etc)
-ada akaun simpanan (personal account pun boleh)

senang kan. ramai kawan aku tanya macamana buat website tu. senang je. sebab aku buat guna google business sitebuilder. tapi jangan nak banyak komplen la kata website tu tak banyak function. memang la. dah murah RM20/year. itu la yang kita dapat. tak dapat der nak print invois , estimate shipping cost. nak semua tu kena buat yang advanced ckit la. aku dah tengok-tengok harga dalam RM200/year. paling murah dah tu aku jumpa.
Insyaallah aku nak buat juga website tu. Memudahkan customer nak order kan. kalau sepenuh nya di Facebook pun ok je cuma buat je la backup..mana tau tetibe FB kena hack ke..kena blocked ke.Uisshh minta jangan la. haha

haaaa...kan dari hari tu dok tunggu panggilan dari SKMM. dah hampir giveup. Alih2 petang semalam dapat emel bertajuk :

STATUS PERMOHONAN GERAN GMBO-no rujukan G10****
terus excited. tinggal anak depan tV sat. hihi. Ingat kan e-mel tu nak kata lulus/gagal.
tapi dia berbunyi begini ..

"Pihak kami telah cuba menghubungi pihak puan namun tidak berjaya. Kami perlu buat beberapa pengesahan sebelum permohonan geran GMBO tuan/puan diluluskan/ditolak. Sila hubungi kami di talian 03-868***** ".

Oh tidak.bila masa hang talipon ni. aku check2 misscall pastu ada la sejak hujung bulan 6 hari tu nombor seakan-akan nombor yang dia suruh dail tu. haiyaaaa...patut la. aku ni jenis tak angkat talipon kalau xde nama naik kat screen. cerdik jugak kan.
takde la. aku malas nak angkat sebab kang orang insurans AIA join dengan ASB la , Takaful,Etiqa..macam2 kan 
..diorang kan gemar talipon suruh kita masuk insurans suma tu. 
Malas sangat nak layan. 
sekali hambik nombor SKMM pun tak angkat. mana aku tau tu nombor skmm.
weee..nasib baik dia contact thru emel. kalau tidak,takde rejeki la.

Selepas baca emel, aku terus call nombor tu.masa tu jam 4.59ptg. 
nasib ada staff angkat. dia just ambil nombor tipon aku sebab person incas takde sewaktu kejadian.
Ingat kan dia nak call lenkali.
Jam 5.10ptg dia dah return call.
yeayyyy...suka.
Interview sikit..dah berapa lama buat bisnes online, dia akan tengok website kita, so dia tanya aku barang2 besar macam rocker semua ni pun online juga ke? yerp.online ,kita hantar guna courier skynet.customer berdekatan boleh COD. lagi dia tanya nombor akaun,ic utk pengesahan.
dan..tahniah,permohonan anda diluluskan.
tempoh kemasukan duit paling lama 30 hari, paling awal dalam 4-5 hari.

lalalaaa..nak sebelum raya boleh?
amboiii..nak buat berniaga ke nak buat soping raya ni??????


orait. 
dah subuh.
mandi.sembahyang.tidoq balik.

assalamualaikum

^_^




Monday, July 22, 2013

pandang atas.bawah

hai.

ape benda tajuk ntah ni.

cuma nak cakap.

aku tak suka,bila orang pandang aku dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas.
pandangan yang macam tak puas hati tu.

haihh..
rasa nak cakap je..."kau apahal pandang aku macam tu?".
tapi tak berani pon. hahaa..

ni maksud aku orang yang tak berapa nak rapat dengan aku atau yang aku tak kenal langsung.
dan lagi satu,sesetengah salesman/salesgirl gemar pandang macam tu. tak semua la.tapi kebanyakan nya begitu. tak boleh orang pakai selekeh sikit,masuk butik dia, nak tak nak je layan. huh. tak baik tau.

aku teringat hari tu. masa nak beli handphone. 
aku nak cepat, so siap sepantas kilat capai tudung ekspress D'haja,dengan t-shirt biasa (t-shirt free dari wawasan open U) , seluar levi's aku yang paling lusuh, dan sarung selipar esprit paling lama aku ada. 

aku cukup selesa pakai macam ni. tak reti nak ladies2 sangat dengan shawl lilit2,dress, high heels apa semua tu. cadang nye nak ke kedai talipon kat kiosk2 tesco saje. tapi takde stock lak. sebab nak guna cepat talipon tu, aku pergi jusco. jusco je pun,bukan nya pavillion,klcc. heh

masuk kedai digi, baru melangkah setapak ke dalam , salesman nya dah pandang aku atas bawah dengan muka pelik dan tak senyum. eeee yaiii tak suke nye..ye la..diorang kan pakai smart (kemeja,necktie,kasut kilat kaler itam). aku terus malu nak tanya pasal talipon,rasa nak tunduk dan keluar balik. TAPI tak boleh.aku urgent nak henset blackberry tu. 

aku tanya model HP yg aku nak tu, dan dia geleng2 kepala kata takde.ok,lagi la aku maluuu. at least ko cakap la elok2, model ni takde, yang ada cuma model ini,ini,ini..boleh tak korang layan je orang2 macam aku ni macam biasa??tak yah buat2 ekspresi muka macam tu. dan rata2 bersikap begitu adalah orang melayu kita. tapi ye la kan..nak buat camane. 

lagi satu kat Guess,jusco seremban 2 (JJs2). tak tau la ada lagi ke tidak salesgirl tu. pun bersikap macam salesman kat kedai talipon tadi. orang pakai simple2 dia tak senyum pun,buat muka pelik tu. patut ke? ergghhh tension memikirkan nya. hahaa.. tapi bila kite dah serius nak beli, baru la semanis manis nye muka tu layan kite..siapa pernah kena sila angkat keyboard! :p

masa keluar masuk lif pon selalu kena. aku fikir balik, teruk sangat ke aku dress up ko nak pandang atas.bawah. ahakk .. lepas ni kalau ada orang buat macam tu, aku balas dengan muka macam niiiiii je.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

ok.bai
xoxo



Tuesday, July 16, 2013

Kasut Baby Murah dan Comel ! :D

Tak lama lagi dah nak raya..Mummy n Daddy jom cari kasut raya baby kite.

RM20 sahaja.

Adidas stripe

 converse pink for little girl
converse red

 Nike pink/brown
nike yellow/red

banyak lagi..boleh like page OHSEM BABYKIDS SHOP dan pm inbox nya untuk order.

;)

Sunday, July 7, 2013

Hari sabtu

Macam biasa. Bila 3 jantung hati beta dah lena malam2 gini, mama pun cari jantung hati lagi satu ni...sang blog. Hehe.

Hari sabtu hari ni ,pagi2 pergi kedai lauk @ pasar basah feveret mama kat tambun. kedai warisan haji jermadi. Suka pergi kedai dia..senang semua ada.

Lepas tu, tak terus balik rumah. Pergi Giant plak. Sampai giant kul 9am tepat...tak ramai orang lagi..tujuan utama pegi giant sebab nak beli rice cooker. Ye rice cooker dah genap setahun rosak. Malas nak beli. Sedap pula masak atas dapur gas je. Tapi fikir next week nak puasa dah..so kite perlukan nasi panas2...kalau masak atas gas,nak panas kan macam leceh. Gas pun copek yo habih bilo masak ateh dapur kan ? :D

Dah kat giant, berenti lak jap budak2 dua orang ni nak main mini playground dalam tu. Layan kan je sementara giant tengah kosong di pagi hari..
Ok, Masuk je pintu hypermarket giant sebelah kiri dah barang letrik kan. Terus nampak Elba rice cooker offer .. Colour pink belacan..wahh menarik..harga ok je rm74..awak bajet rice cooker dalam rm150.ada 2 kaler..pink tu dengan hijau..dedua faveret kaler, belek2, amik pink la.

Jalan depan sikit nampak pula vacuum pensonic..rm105. Erm fikir fikir .. Ok la amik yo lah. Mama allergi habuk..kalau sapu je terus bersin tak hingat..heh alasan je kan. Mengado ngado lobih.eh tapi Husband pon buleh guna vacuum kereta esok. Yay esok ye tak. Tak menyompek an.

Teruskan perjalanan capai lak baldi dengan tempat perah mop. Gaya nye macam orang baru nak pindah rumah kan. Lepas ni harus rajin dan bersemangat lagi mama mengemas. Hoho..

Dah settle beli2 bayar la apa lagi...ok,arissa suka duduk kat pangkin depan cashier. Ada uncle tu dok menyakat arissa, usik2 kasut la apa...terus meraung kat situ juga. Haihh satu hal nak pujuk.

After that, dah jadi habit, tengok resit sambil tolak troli. Jeng jeng jeng....ada yg salah ni. Masuk balik giant, tengok harga ricecooker, sasih rm74..tapi sistem nye tak update kot..dah jadi rm89.99 .. Walaupun rm15 je balance, I tak kira. Hahaa gi customer service je isi form refund. Tak terkejut dah semalam ni kali ke berapa tah mama kena. Asyik la salah harga. Last month beli ampai kain, offer rm89, bayar rm129,pampers rm39,bayar rm53,lagi satu susu harga rm69,bayar rm85.banyak lagi la.

kalau jenis yang tak kisah lepas bayar tu mesti dah burn je kan duit. So dinasihatkan semua orang supaya rajin2 la check resit tak kisah la giant/tesco/jj atau mana2 hypermarket. Diorang pun kekadang terlepas pandang nak update beribu2 barang tu kan. Ehee... Ok la.

Nak tidur dah.
Bismikallah hummaahya waamut ..

Assalamualaikum
^_^
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, July 4, 2013

cheezy bread with chicken ham

holla.

2,3 hari ni tekak asyik nak makan, roti,roti,roti....

pagi tadi buat sarapan ni.

nak menghabiskan roti gardenia yang lagi 2,3 hari expired.


1. potong roti camtu
2. pecah telur
3.letakkan ham(chicken/beef)..takde ham sosej pun buleh potong kekecik
4. letak tomato + cheese
5. tekap balik dengan roti tadi
6. terbalik kan roti...tunggu beberapa minit..siap.

inspired by Buku Resipi.


mama guna Gourmessa chicken roll @ Ayam bulat...hehe comel je ayam bulat kan >_<


taraaaa...cheezy lavaaa ..

cicah dengan sos cili untuk lebih ummpphh!
hahaa..

ok daaaa....
assalamualaikum 
^_^

Tuesday, July 2, 2013

spicy chicken wrap .

ehee...

bukan mc'Donald punya ye. 
Mr.papa yang wrap.
guna Mission Wraps saja.
eh tapi sedap la. 
senang je kan buat dia...
malam2 tengah tonton tV je mesti masing2 rasa nak makan.
nak keluar rumah memang sangat lah malas...kalau berdua je aku rajin la..
Ni nak siap Izz , arissa, buat susu apa semua pastu kalau nasib tak baik, baru nak keluar rumah je Izz ter'berry plak..dia sangat selalu buat macam tu tau. Orang dah siap nak jalan naik kereta ada je lah hal nya. heee so makan apa yang ada je ye.
nak delivery MC'D tapi area rumah aku ni takde plak delivery..padahal Mc'D kat depan tu je tak sampai 5 minit.
arghh melalut pembuka bicara nya.
abaikan lah.
ok nak gak share resipi yang mudah lagi lazat ni.
-
-
-
-
-

 wraps ni. banyak kat giant/tesco/jusco/CS 
RM6.00 sebungkus


bahan.
kepingan ayam
tepung goreng ayam (mama guna cap Bestari spicy punya)
salad
tomato
mayonis
sos
thousand island

method
1. perap ayam dengan tepung. kalau guna tepung cap Bestari ni takyah letak telur dah.gaul2 terus je.
2. panas kan kepingan Mission wrap dalam non-stick pan @ microwave pon boleh.
3. goreng kepingan ayam tadi
4. ambil kepingan roti/wrap , susun sayur mayur atas dia.
letak salad,mayonis,thousand island,tomato,ayam,bungkus..*mama tak letak sos cili siap2..nak makan baru cicah :D
5. ok lepas tu wrap aje dan ..bismillah....nyumnyumnyummm....dapnyeee...


-salah satu menu berbuka posa nanti-

;)
mamazoora

kisah benar kakak ku diragut.

Jumaat lepas, 28jun2013, kak liza (akak ku), pergi bercuti ke Pulau Perhentian. Macam biasa, dia update tempat2 dia pergi dalam Facebook,IG...
Sabtu 29jun,petang tu macam senyap je FB dia.
Malam dapat call , dia kata kena ragut...semua hilang...bacalah kisah dia.
Beringat semua kawan-kawan atau sesiapa saja...walau dimana jua anda berada.
Dunia makin tidak selamat.

- karangan ni mama copy paste dari FB dia - 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku Di Ragut Di Pulau perhentian

Aku kehilangan semua gadjet. Samsung Galaxy Camera yang baru aku beli, Samsung Galaxy Tab pon masih baru, Blackberry, fon Nokia C1, wallet (semua benda penting kat dlm - IC, Driving license, Diving license, duit, segala kad) semuanya hilang tpi tak apalah, dah rezeki si peragut. Aku bersyukur tak apa2, cuma tangan sakit dgn luka sikit kat belakang sbb aku terjatuh masa dia rentap beg sandang dari bahu kemudian bergelut main tarik2 beg. Aku tak berapa cam muka dia.

Kejadian berlaku pada hari Sabtu (29/06/2013) di "Turtle Beach" (trekking 10 minit dari D'Lagoon Chalet tempat aku tinggal. Waktu berlaku 6.40 ptg masa nak balik dari Turtle beach ke chalet. Baru jer jalan dari pantai masuk trekking route, selisih dgn sorang lelaki (konfom budak pulau), melayu, bdn besar2, kulit hitam, pakai seluar paras lutut yg beach boy selalu pakai tu, rambut pendek hampir botak, tak pakai baju dan berkaki ayam. Dia siap senyum dan tegur aku (Hi!) lagi masa selisih tu. Dah lepas selisih jer dia rentap beg aku dari belakang sampai aku terjatuh, tali beg masih dalam genggaman aku. Mmg terkejut masa tu, sambil menjerit mintak tolong sampai nak keluar anak tekak rasa. Tak der sapa dah masa tu, 3-4 org kat pantai masa aku sampai semua dah balik. Ada 1 couple mat saleh duduk nun jauh kat atas batu tpi dorang pon tak pasti apa yg sdg berlaku.

Sebelum masuk pulau ni hari tu dpt la jugak info dari travel agent yg uruskan transfer airport aku ke jeti, pasal tourist hilang brg (duit, gadjet etc) kat satu chalet ni (nama chalet biarlah rahsia tpi kat area long beach okay) dan lgi dia pesan kalau kat pantai jgn tinggal beg masa pegi mandi nanti kena curi. Aku lain plak ceritanya...kena RAGUT di pulau? Apakah? Nak buat mcm mna. Tentu ada hikmah di sebalik kejadian. Aku tau aku berada di tempat yg salah dan pada waktu yg salah masa tu tpi perkara ni tak sepatutnya berlaku. Aku pasti peragut tu mesti dari long beach. Biasa kalau jalan kat KL atau Seremban town punyalah aku berhati2 takut peragut...mmmm kat pulau??? mmg di luar jangkaan ku.

Cuma berkongsi pengalaman dgn kawan2 ku semua. Akan menjadi pengajaran buat ku. Berhati2 lah walau di mana jua kita berada. Kdg2 kita perlu utk bersangka buruk. Tempat yg cantik tak semesti penghuninya juga cantik. Perhentian akan menjadi kenangan yg paling buruk dan indah dalam hidupku. Cukuplah setakat ni saja kunjunganku ke Perhentian. Fobia dowh fobia!!!!

Aku teramat berterima kasih kpd owner chalet D'Lagoon En Razak dan isteri yg byk membantu dari mula kejadian sampailah aku balik hari ni. Aku check out hari ni, kebetulan owner nk balik rumah dia. Dia pon pelawa aku keluar ke Kuala Besut naik bot dia, hantar aku buat polis report, pegi buat IC, bwk balik rmh dia sementara tunggu flight aku belah mlm dan sampailah hantar aku ke airport mlm ni tdi. Duit bilik dgn mkn aku selama 4 hari 3 mlm belum aku byr (semua cash hilang), dia pulak siap bgi aku duit tambang balik lgi (pinjam jer nanti aku byr blk okay)...terharu giler...siap tanya lgi cukup tak tuh...hanya tuhan saja dpt membalas jasa En Razak dan isteri.

Sekian, Salam semua.
Liza mangsa ragut di Pulau Perhentian
 



Taufufa si comel

hari ni mama sangat letih.
tiap kali balik dari kampung mesti lenguh2 badan.
padahal bukan jauh mana pun...seremban - ipoh je.

bangun pagi fikir-fikir nak buat sarapan untuk Izz n Arissa
petang semalam beli barang dapur sempat capai 'organic smooth tofu' @ tauhu lembut. 
yang ini berasaskan soya. so pastikan anak anda tak allergi soya. hari tu unty ipah diorang @ bestfren mama share resipi. jadi, mari kita cuba.

mudah dan cepat.
mama kan suka benda yang simple-simple tapi best.
heee

bahan 
smooth tofu
kurma/kismis pon buleh

cara
-steam tofu beberapa minit. jangan lama sangat.
-angkat tofu dan tos..asingkan..
lepas tu,
-steam/rebus kurma/kismis 
-kisar kurma/kismis
(kalau tak kisar pon boleh je lenyek2 sampai hancur,ambil air dia) 
-tapis kurma/kismis amik jus
(mama tapis , pastu isi2 yg dah hancur tu mama amik ckit bagi pekat kuah dia)
-tuangkan atas tofu tadi...
siapppp...boleh makan,
*tak yah letak gula dah...manis je kurma tu. sedap..
mama pon join sekaki.

ok dah tu je. tengahari ni nak masak apa pulak??hmmm



papa love mama

my lil cute doter

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers