Pages

Saturday, November 10, 2012

Stroller punya hal :)

Salam semua.

Stroller? macam entri wajib je untuk mummy mama ibu yang suka tulis blog kan.

Mama pun nak share pasal stroller anak2 mama.
Dah lama dah mama cari,belek2 stroller apa nak guna kan untuk baby Izz mama ni. Dalam hati ni dari duluuuuuuuuuuuuuuu lagi sgt berkenan dengan Quinny Zapp Xtra. Siapa tak suka angkat tangan? huh mesti semua suka kan? Design dia comel. Kaler pon santek nak nak kaler merah. Ohhh...beratus ribu kali lah mama usha zapp xtra ni. Hari tu hampir nak beli dah tapi encik suami beri nasihat yg berjaya buat mama insaf..bahahhaaa...

Jadi. mama sedar diri semula. Dah la mama tak bekerja sekarang ni kan. suami pula goverment servant (harap maklum, servant tu ye. takpe.mama bersyukur sesangat dah). Ok xpelah. kuburkan impian utk memilik zapp xtra. hahaa.

Selepas zapp xtra, mama nak beli esprit sun plus tu je. memang bajet dah.murah je kan bila sale dpt rm300++. Tapi dia 4 roda...masa kakak dulu dah guna 4 roda. Nak jugak tu 3 roda mcm zapp xtra. bahahaa tak habis2. Kecoh btul mama ni :p.

Pilihan ke-tiga, Halford fliplite pon rm300++. Tengok mcm senang je nak bawak. boleh lipat payung style tu kan.

Tengok jugak Mac Laren. Comel jugak.  COmbi? tak mau tak cantik walaupun harga dia sangat cantik. ehee..

Haaaa last last hari ni 10.11.12, sabtu,lokasi di aeon station 18,ipoh.

Mama n papa bawak anak2 jalan kat sini lepas tu baby izz macam biasa mama guna baby carrier je. Lenguh jugak bahu,dia dah semangat. Papa handle kakak so x ley pegang izz. Erm benda pertama buat bila sampai Aeon @ Jusco tu, mama buat card jusco dulu sebab kad mama hilang. Arissa hilangkan. Nasib baik bayar rm5 je. Pastu boleh redeem voucher,dapat la rm50. Ok la tu dari takde kan.
Jalan2 kat tempat stroller ternampak sweet cherry nye brand. comel2 jugak.

Mama mmg ada usha dah SCR800 Preston kaler biru yang ini. bentuk nak jugak ala2 quinny kan. nyampah makkk.. ;p. harga dia rm 389.mmg x penah jmpa la discount nye. harga dh rm300++ pon nk mintak discount lg kan. hihi ..
tapi yg x best nye kat aeon station 18 ni, ini tinggal last stock yg show unit tu je..tgk dah ada calar2 dah. Dan lagi satu, pemegang dia tu , kat tempat tolak tu kalau dlm ms yg agak panjang, dia boleh terkoyak. sebab benda hitam tu bukan plastik yg keras tapi macam fiber ke apa ntah nama dia. so x jadi.

Akhirnya mama n papa decide amik SCR3 kaler grey. Ada 2 kaler, grey and red..Kenapa grey bukan red???? Uwaaaa mama sgt suka kaler red. tapi terpaksa amik grey sebab, yg red pon tinggal show unit tu je,pon dah ada calar, tayar pon penuh calar..sape nak kan?? Yang baru ada kaler grey je, disebabkan mama mmg sgt perlukan stroller tu hari ni sebab dah penat pegang Izz, mama amik je . redha je la. ok la tu bley perabih kan voucher jusco rm50 td tu.




hahaaa lagiii 3 roda ala2 quinny. biaq pi la asalkan izz suka. masuk2 stroller je trus tidoq meleleh2 ayaq liuq . alhamdulillah dia x meragam sepanjang masa duduk dalam menatang ni :p.


berbelanja la ikut kemampuan kita tau . muahhxx .

mamazoora.

3 peninggalan:

Norlee said...

puan blh x lain kali pic stoller ni bila dilipat (nk maskkan dlm kete) sbb nk tau bsr ke kecik.. hntr ke email saya norlee6622@gmail.com.. thnkss

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Aah.sya pon klu bole nk tgk gmbr lipat. Berat tak?

Izz RIzqi

Lilypie Second Birthday tickers